Pages

Saturday, August 22, 2009

Dapat lesen kereta!

Bukan saya...tapi suami saya sengihnampakgigi. Suami saya dah dapat lesen kereta semalam. 2 kali ambil ujian memandu baru lulus jelir. Kelmarin ambil failed..salahnya sikit je tapi terus digagalkan. Suami saya cerita masa tu ada lori berhenti tepi jalan dan suami saya pun bagi signal ke kanan dan lalu la tepi lori tu. Kebetulannya pulak...pemandu lori tu turun. Masa tu la suami saya digagalkan. Katanya jarak kereta dengan pemandu tu dekat sangat... boleh menyebabkan kemalangan. Semalam re-test dan alhamdulillah lulus senyum.

Suami saya memang ada lesen kereta masa kat Malaysia tu tapi kat sini kena ambil juga lesen kereta sekali lagi walaupun dah ada lesen sebab lesen Malaysia tak laku. Sebelum ke sini, Dr. Nasri (ex-boss saya) ada bagitau pasal ni. Lebih kurang camni la dialog antara kami:

"Hang kalau gi sana kena ambil lesen memandu kalau nak drive walaupun hang dah ada lesen kat sini," bagitau Dr. Nasri pada saya.

"Hah?? Kenapa pulak?" memang saya tak tahu-menahu pun hal tu.

"Lesen kat Malaysia ni tak laku..tak diiktiraf di peringkat antarabangsa sebab banyak sangat kes kemalangan jalan raya. Kalau hang takut-takut nak drive kat sini (Malaysia)...kat sana (US) mesti hang boleh bawak kereta punya la. Kat sana diorang memandu cermat je..kadang-kadang bukan turn hang jalan tapi diorang akan bagi laluan pada hang jalan dulu. Kalau tak percaya, nanti kat sana hang tengok la sendiri," jelas Dr. Nasri. Dia memang sporting...dengan student, aku-hang je..hehe..


Tapi memang betul pun. Dari pemerhatian saya, pemandu kat sini amat la cermatnya! Memang ikut betul-betul kelajuan yang ditetapkan. Kalau kata 25 miles per hour...25 miles per hour la dipandu. Oh ye...sini pakai miles..tak pakai kilometers. Kita kalau kat Malaysia...ada JPJ je baru ikut kelajuan yang ditetapkan...kalau takde...sure memecut! Dan pemandu-pemandu kat sini mengutamakan pejalan kaki especially orang buta. Kalau ada je orang buta yang nak melintas kat traffic light, automatic kena berhentikan kereta dan bagi orang buta tu jalan dulu.

Masa kami nak ke klinik hari tu...yang saya cerita kat sini...kami kena cross jalan. Lampu pejalan kaki menyala masa tu dan pada masa yang sama jugak, lampu hijau menyala bagi kenderaan yang nak masuk ke jalan yang sama kami nak melintas tu. Kebetulan ada sebuah kereta nak lalu jalan tu. Kalau diikut logik akal...sepatutnya kami la kena tunggu kereta tu jalan dulu...then baru kami melintas tapi lain pulak yang berlaku. Pemandu tu berhentikan kereta dan suruh kami jalan dulu.

Kalau ada je cross lane contohnya macam depan supermarket, pemandu mesti berhentikan kereta kalau ada pejalan kaki yang nak melintas jalan. Pernah sekali dulu kami ke Walmart. Dah jadi kebiasaan saya, kalau nak melintas tunggu dulu biar kereta jalan, tak kira la ada cross lane ke tidak, dan saya pun buat macam tu juga la masa tu. Tengok-tengok pemandu kereta terus stop dan bagi laluan pada kami untuk melintas dulu. Setahu saya, dari segi undang-undang memang macam tu...kena bagi pejalan kaki melintas jalan dulu kalau ada cross lane...tapi kat Malaysia tu dah jadi terbalik pulak. Walaupun ada cross lane, susah betul nak berhenti dan bagi laluan pada pejalan kaki. Siap bagi horn lagi tu! Huhu...saya pernah terkena dulu masa di USM. Nasib baik bukan orang Malaysia yang buat macam tu...tapi Pak Arab! Huhu..tak pasal-pasal nak horn orang! gigil

Oh...sini takde kelas memandu. Sebelum belajar driving, kita kena ambil Learner Permit dulu...kalau kat Malaysia tu lebih kurang lesen L la. Kena ambil ujian untuk dapatkan permit tu. Tapi sebelum tu mata kita diperiksa dulu...ala-ala kita check mata kat kedai cermin mata la. Bila semuanya dah settle dan dah lulus ujian, baru kita diberi Learner Permit tu. Yang bagusnya kat sini...gagal berapa kali pun tak perlu bayar. Bayar sekali je...11 dollar. Nak repeat test...free of charge! Lepas dapat Learner Permit tu la baru boleh belajar memandu. Belajar la dengan kawan-kawan ke...sedara-mara ke...sape-sape je la janji yang duk di sebelah kita yang nak ajar memandu ni mesti yang dah ada lesen memandu.

Kalau rasa-rasa dah bersedia, boleh la ambil ujian memandu. Kalau failed and nak re-test...still free of charge! Hoho...seronoknya kalau kat Malaysia pun macam ni. Bila dah lulus baru bayar...hanya 26 dollar! Campur dua-dua tu baru 37 dollar je...murah, kan? Dan satu lagi...lesen yang kita ada tu untuk 5 tahun tau. Learner permit test + driving test + 5 years license = 37 dollar = muraaaaahhh sangat! Isy...kenapa ye kat Malaysia tu mahal padahal tak laku pun lesennya. Mari kita berfikir fikir jelir


Sambil-sambil tu tengok apa yang Safiyyah buat dalam gambar bawah ni:


Safiyyah tengah aim barang-barang kat rak tu. Dulu kat bahagian bawah sekali rak tu pun saya letak barang jugak tapi sejak dia dah pandai berguling dan mengesot ke belakang, dia dah pandai menyelongkar pulak! Sudahnya, rak bahagian bawah tu dikosongkan. Tak putus asa lagi rupanya dia! Dicapainya pulak barang-barang kat aras 2 tu...masa tu ada barang yang diletak di hujung kat rak aras 2 tu...memang boleh capai la. Habis berterabur barang-barang tu ditarik Safiyyah. Again, saya terpaksa pindahkan sikit barang-barang ke aras 3 dan tolak yang lainnya ke dalam sikit. Dalam gambar tu Safiyyah tengah cari akal la tu macam mana dia nak dapatkan barang-barang tu senyumkenyit

Suami saya kata: "Haii..tak lama lagi takleh letak langsung dah barang-barang kat rak ni.." sengihnampakgigi

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan 1430 H..

Dapat kad dari kak Love..


Thank you so much for those beautiful cards! kenyit


Di kesempatan ni saya pun nak ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh barakah pada semua teman-teman yang beragama Islam. (Takde kad la nak bagi...). Kalau ada tersalah silap, maafkan saya ye! Moga Ramadhan kali ni memberi sepenuh pengertian pada kita semua...


Sebelum tu...meh tengok gambar Safiyyah bawah ni:


Hehe...pagi tadi saya dengar Safiyyah menangis. Saya pun gi tengok la. Ingatkan kenapa..rupanya dia tak boleh lepaskan badan dia dari comforter tu! Duk balut badan sendiri dengan comforter tu reti pulak! jelir

Entah macam mana entah dia boleh gulungkan badan dia camtu. Sedar pun sebab dia menangis pastu tak semena-mena saya terketawa. Tengok saya ketawa, Safiyyah pun berhenti menangis dan ikut ketawa jugak gelakguling! Kelakar la Safiyyah ni sengihnampakgigi


Ok la...selamat berpuasa ye semua!

p/s: jelesnya dengan Yatie Chomeyl yang dapat berpuasa kat Malaysia...huhu...nak balik Malaysia jugak..! nangih

Tuesday, August 18, 2009

August 18, 2009

Semalam kami ke People's Health Center...bawa Safiyyah gi check up. Kali ni naik bas sebab tak nak menyusahkan Hafiz yang sibuk menguruskan isteri dalam pantang dan anak yang baru seminggu umurnya. First time naik bas kat sini. Ok juga naik bas kat sini. On time dan tak sesak dengan manusia (kat sini bukannya ramai orang sangat pun dan majoriti ada transport sendiri sebab tu tak ramai naik bas). Driver pun cermat je orangnya...takde pun nak memecut! Huhu...tension tau naik M*t*o*bus kat KL tu. Sebelum kahwin dulu kalau saya balik ke rumah dari Penang, saya akan turun di Pudu pastu dari situ naik bas tu la ke Serdang. Berjam duk tunggu dalam bas. Selagi seat tak penuh atau selagi driver tak nampak bas yang bernombor sama sampai..selagi tu la tak bergerak! Aduh..sabar je la. Nak naik teksi sorang-sorang tak berani. Nak tak nak terpaksa juga la naik bas. Udah le tu...teramat la laju driver memandu! Macam nak berlumba je gayanya gara-gara nak mengejar masa. Sakit jiwa dibuatnya! tension




Tengah tunggu bas nak ke klinik




Satu lagi yang saya suka...driver kat sini sangat la hormat penumpang. Dia takkan terus drive selagi penumpang tak duduk. Sikap driver macam ni saya tak pernah jumpa lagi la kat Malaysia tu (tak termasuk bas ekspres). Kadang-kadang kita tak sempat berpaut pada tiang dalam bas tu, driver dah memecut dah. Hampir terjatuh dibuatnya! Sepatutnya benda-benda macam ni la dicontohi...ini benda-benda yang bukan-bukan nak diikut. Kadang-kadang tu lebih 'barat' dari 'barat' sendiri. Yang elok-elok tak nak ikut pulak adus

Oh...berat Safiyyah sekarang ni 14.9 pounds (6.78 kg). Bulan lepas 6.35 kg...naik sikit la berbanding bulan lepas...alhamdulillah. Semalam hanya berat badan dan lilitan kepala Safiyyah je diukur. Injection bulan depan kot. Tak pasti la imunisasi kat sini macam mana. Nanti la kalau rajin cari maklumat (tanya Mr. Google je kot sengihnampakgigi).




Tunggu turn dipanggil nurse




Masa Dr. Brooke keluar sekejap call staf medicaid...Safiyyah nak berjalan pulak dia. Papanya la yang duk pimpin dia berjalan dalam bilik tu sampai papanya dah terlarat dah. Hehe...mana tak...badan duk bongkok masa pimpin Safiyyah. Safiyyah dah mahu pakai kasut dah! Sejak hari Jumaat lepas; atas usaha gigih papanya yang memaksanya pakai kasut setiap hari jelir. Bila berjalan je kejap-kejap dia tunduk tengok kasutnya tu. Entah apa la agaknya yang dia fikir masa tu fikir

Meh tengok aksi Safiyyah masa dalam klinik semalam..



video




Masa nak balik ke rumah ada yang baik hati nak tolong hantarkan. Wanita Iraq tu kesian tengok kami duk tunggu bas tengah-tengah panas tu. Bus stop situ takde tempat nak berteduh. Safiyyah lak masa tu tengah tidur dalam pelukan papanya...lagi la mengundang simpati. Duk sembang-sembang, rupanya dah 14 tahun wanita tu duduk di sini. Haifa ke Aifa namanya...lebih kurang gitu la. Dia kerja kat sini sebagai penterjemah. Siap tanya kami lagi ada apa-apa tak yang boleh dia bantu. Katanya...sesama Muslim...kena la bantu-membantu senyum

Monday, August 17, 2009

Cheese cake & pizza

Khas kepada semua yang bertanyakan resipi cheese cake dan pizza...

Klik sini untuk dapatkan resipi cheese cake..

Dan di sini bagi resipi pizza..

Saya memang suka cari resipi dari myresipi tu sebab ada sekali laporan masakan dari orang lain yang duk cuba resipi-resipi tu. So, boleh tahu la resipi tu sedap ke tidak. Psstt..tapi kalau masa saya masak tu tak sedap...maksudnya saya la yang tak reti masak jelir

Selamat mencuba ye! kenyit

Tuesday, August 11, 2009

Air tangan suami

Jumaat lepas suami saya buat kek kegemarannya yang bukan kegemaran saya - cheese cake! Sebenarnya dari 2-3 minggu lepas lagi suami saya cakap kat saya yang dia teringin nak buat sendiri cheese cake tapi Jumaat hari tu baru terlaksana jelir. Suami saya buat lepas Maghrib dan masa tu juga la saya sengaja call mak saya adacall supaya suami saya berdikari buat sendiri tanpa bantuan saya sengihnampakgigi. Kalau tak asyik ditanya saya je 'lepas ni kena buat apa pulak?' atau 'lepas ni kena masukkan apa pulak?' padahal resepi dah saya bagi dan ada depan matanya adus. Akhirnya berjaya juga taktik saya tu! senyumkenyit

Inilah hasil air tangan suami saya:

Atasnya suami saya tabur biskut oreo yang dihancurkan


Keesokan harinya pulak suami saya teringin buat pizza. Saya pernah buat sekali dulu dan saya bagitau kat suami saya:

"Senang je bang buat pizza. Abang pun boleh buat sendiri," sengaja saya katakan begitu dengan harapan suami saya boleh buat sendiri nanti sebab saya tak makan pizza jelir.

Tapi memang senang pun buat pizza sendiri. Tak percaya cuba la! kenyit

Dan taktik itu juga berjaya! Petang Sabtu dia memulakan operasinya tapi....buat sekerat jalan! Huhu...sabar je la. Dah tahu dia nak keluar jam 6 petang...pukul 5 baru dia mula buat. Sudahnya saya la yang kena habiskan kerja-kerjanya yang terbengkalai tu. Suami saya hanya sempat menguli doh je. Saya sambung buat sos pizza dan sediakan toppingnya. Ini la hasilnya:

Toppingnya saya letak udang, sosej, turkey slices, lada benggala dan nenas


Bila la agaknya suami saya nak masakkan makanan kegemaran saya ye...? Teringin rasanya nak makan masakan suami sendiri (agak-agaknya taktik saya ni berjaya tak? jelir)

Monday, August 10, 2009

Tag about 6th

Saya ditag oleh Ummi Salsabila..


These are the rules:

1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.

2. Select the 6th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.



Gambar atas tu gambar di rumah kak Yah...salah seorang kakak ipar saya. Masa tu adik ipar saya bertunang (saya pernah cerita di sini). Saya sekeluarga tak dapat nak pergi majlis tu nangih. Yang duduk bertudung tu Kak Nah (kakak ipar), duduk paling kanan Abe P (biras saya...suami Kak Ni), duduk di belakang tu Mazlan (abang ipar) dan di belakangnya isterinya, Cik Da yang tengah dukung anak kedua mereka, Ain. Yang lain-lain tu anak-anak buah suami saya..


4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!

  1. Husna
  2. Farhana
  3. Kak Yati
  4. Roziana
  5. Zuhaini
  6. Dan sape-sape yang rajin dan belum buat tag ni sengihnampakgigi

Saturday, August 8, 2009

Safiyyah dan kasut

Sekarang ni Safiyyah suka jalan. Kalau dipimpin berjalan, suka sungguh dia. Perasan sungguh anak ummi ni. Duduk sendiri pun tak reti lagi ada hati nak berjalan jelir. Kelmarin papanya bawa dia jalan-jalan kat luar. Petang-petang kalau suami saya takde apa-apa aktiviti, memang dia akan bawa Safiyyah jalan-jalan ambil angin kat luar. Kalau nak harapkan umminya ni...dalam mimpi je la jawabnya jelir. Balik rumah je suami saya bagitau...Safiyyah tak mau berdukung pulak...nak berjalan atas tanah pulak dia! Dia ingat dia dah pandai jalan sangat la tu..hehe..

Pagi tadi suami saya belikan la kasut untuk Safiyyah. Boleh la dipakai kalau Safiyyah nak berjalan kat luar. Pastu bagi Safiyyah cuba kasut barunya tu. Meh tengok perbezaan video kat bawah ni:


video


video


Safiyyah tak nak berjalan bila dipakaikan kasutnya tu! Sampai menangis-nangis dia. Buka je kasutnya tu laju je berjalan. Agaknya masa dia pakai kasut tu dia ingat kakinya digam kot sengihnampakgigi

Thursday, August 6, 2009

Majlis tunang..

1 Ogos lepas Along (sepupu saya) bertunang...dengan orang Selangor juga. Saya minta gambar dari Angah (adik Along yang setahun tua dari saya dan insyaAllah akan bertunang dalam bulan 11 ni)...dapat tengok gambar pun jadi la... xpasti


Ini la Along saya


Mak Long menyarungkan cincin pada bakal menantu
(comel la tunang Along..patut la Along berkenan..hehe)




Dan pada hari yang sama juga (masa pun lebih kurang sama)...adik ipar saya (satu-satunya adik suami saya) pun bertunang! Adik ipar saya mengikut jejak langkah abangnya ni...dengan orang Selangor juga! Hehe. Majlis pertunangan dibuat di Shah Alam, rumah kak Yah (kakak suami saya - anak ke-6) sebab nak buat kecil-kecilan. Kalau buat di Kelantan harus makan banyak belanja...al-maklum la..sedara-mara ramai..kang kalau tak dijemput ada yang kecil hati lak. InsyaAllah walimah akan dibuat dalam bulan 3 tahun depan.. senyum

Sarung cincin


Adik ipar saya - Wan Rosni namanya


Sebahagian daripada ipar saya.
Kiri: Kak Ni (Wan Mazni namanya, anak ke-5), yang tengah tu Kak Nah (Wan Maznah, anak ke-4), yang berbaju kelabu tu Mazlan (Wan Mazlan, anak ke-7)




Sedih la tak dapat pergi. Tahun depan diorang kahwin pun tak dapat juga nak nyibuk-nyibuk nangih. Kan best kalau ada yang sponsor tiket untuk kami...