Gambar tu saya snap semalam. Tengah-tengah main tu boleh dia tertidur! Sebelum tu saya nak tidurkan dia...saya susukan la dia. Menyusu sekejap je terus dia bangkit balik nak main. Padahal saya tau dia mengantuk, memang nap time dia pun. Suka betul 'lawan' mata. Kadang-kadang saya pura-pura tidur, dengan harapan dia akan tidur jugak tapi kadang-kadang je la berkesan *duk pura-pura tidur, umminya sempat terlena sebab lama sangat nak tunggu dia tidur sama *
*Zoom out*
Sebelum tu Safiyyah duk main tepi tilam tu (kami takde katil, hanya ada tilam je ), tengok-tengok terlena dah dia. Orang berbantalkan bantal, dia berbantalkan tilam
Sebelum tu Safiyyah duk main tepi tilam tu (kami takde katil, hanya ada tilam je ), tengok-tengok terlena dah dia. Orang berbantalkan bantal, dia berbantalkan tilam
Ni bukan kali pertama dia tertidur. Sebelum-sebelum ni pernah juga macam tu...
Ni masa Safiyyah 9 bulan. Tertidur masa tengah makan biskut. Biskut tu tak jatuh-jatuh pun daripada tangannya sampai la dia tersedar balik
Ni pulak masa 10 bulan. Terlelap masa umminya tengah suapkan bubur nasi. Lama jugak dia tidur. Bangun-bangun tidur, sambung balik makan
Dulu-dulu selalu tergelak tengok aksi macam ni kat TV dalam rancangan Funniest Home Videos. Sekarang ni boleh tengok secara live
p/s: gigi ke-4 Safiyyah dah keluar! Sekarang ni ada 2 batang gigi bawah dan 2 batang belah atas. Dah mula balik dah hantuk-hantuk kepala kat dinding . Menggigit pun ikut mana dia suka je...setakat ni peha dan tangan dah jadi mangsa gigitan Safiyyah. Tajam sungguh giginya!