Pages

Monday, October 25, 2010

Dah macam tokey karipap pulak ^_^

Cerita ni pun dah basi. Ye...masih berkisar pasal cerita raya lagi :p. Ok la..ok la..ni last cerita raya. Lepas ni takde dah *wink*. 1 Oktober lepas saya berjaya menyiapkan hampir 200 biji karipap. Yay! Dah macam tokey karipap pulak..eheh. Saya mula buat karipap hari sebelum tu lagi (30 September). Ingatkan dapat la siapkan hari tu juga tapi disebabkan ada 'pembantu cilik' kat rumah ni, terpaksa la saya sambung keesokan paginya. Intinya saya buat lebih awal lagi, 28 September. Inti kentang semata-mata saya buat pada pagi 1 Oktober sebab last minute baru dimaklumkan ada yang tak makan daging/ayam.


Masih belum menjadi mangsa minyak panas..hehe..


Yay...dah siap! Nak? ^_^
Daripada 200 biji yang diminta, saya dapat buat 197 biji karipap; 160 biji inti kentang-ayam, bakinya inti kentang semata-mata. Setakat nak tambah 3 biji lagi macam tak berbaloi pulak. Ikutkan, 198 biji kesemuanya saya buat tapi...sebiji dah dipicit Safiyyah sebelum sempat digoreng..huhu..


Karipap yang dah takde rupa karipap -_-"


Karipap ni dibuat untuk jamuan raya NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Association). Saje la saya jadi sukarela buatkan karipap sebab kesian dengan adik-adik yang incharged bahagian makanan untuk jamuan tu. Dah la diorang nak kena masak nasi lemak untuk lebih kurang 100 orang (mujur Izza tolong adik-adik tu masak nasi lemak). Pastu minggu tu pulak diorang sibuk dengan exam. Assignment pun berlambak-lambak. Lagipun masa tu homesick saya tak hilang lagi, tu yang nak sibukkan diri supaya boleh alihkan fikiran saya daripada teringat nak balik Malaysia je.

Jamuan tu bermula jam 6.30 petang (1 Oktober) tapi saya sekeluarga keluar dari rumah lepas solat Maghrib. Itu pun, petang tu (dalam pukul 4) baru dapat tahu yang kami pun dijemput juga ke jamuan tu. Hehe...memang tak tahu langsung. Duk fikir saya hanya tolong buatkan karipap je.

Sampai-sampai je kat sana...makanan dah licin! Nasinya banyak la lagi tapi sambal dan telur rebus dah habis. Karipap pun licin. Ayam goreng ada la tinggal 3-4 ketul lagi. Nasi impit dan kuah kacang (yang ni menu last minute) pun licin. Makan la nasi dengan ayam goreng je. Nasib la...sape suruh datang lambat :p


Mulut Safiyyah penuh dengan nasi :D


Kami bertiga. Gambar tak banyak, masa ni saya tak rajin nak ambil gambar


Safiyyah melalak je kat dewan makan tu. Jenuh papanya pujuk, baru la dia nak masuk ke situ. Tapi lepas je makan, melalak balik..huhu. Bawak je dia keluar, terus diam..haih. Safiyyah memang tak suka aktiviti yang dibuat dalam bangunan. Kalau buat kat luar takpe. Sampai Bon dengan Roz gelar dia 'outdoor girl'. Oh ye, gaun ni la baju raya Safiyyah 1 lagi. Gaun ni atuknya yang sponsor. Ayah saya berkenan dengan baju ni, tu yang dibeli untuk Safiyyah. Memang comel gaun tu, siap ada cardigan sekali


2 beranak ralit tengok fountain (papa Safiyyah berpura-pura je tu...konon-konon macam tak nampak la saya snap gambar dia dengan Safiyyah :p)

17 comments:

yatie chomeyl said...

mmg cantek dress safiyah, siap ada cardigan. safiyah pon siap posing off shoulder lagi hik3x

Suziey Ahmad said...

xpe bole smbung utk raya haji plak..ekeke:p

adei sedapnya la tgk karipap.sy adelh peminat tegar karipap..huhu

Ummi Hanie said...

rajinnyeee k.nadiah n izza ni masak2 ye...hanie kan kak...dahn lamaaa xbuat karipap ...tingin gak!

Unknown said...

terliur min tgk karipap akak..aih klu la dpt merase lg best...dah la karipap my pebret...huhu.

Suhana Shahril said...

ish..ish..suma2 student yg sambung blajar kat luar negeri ni..rajin betul masak lah..Dah tu plak, masak bukan setakat goreng2 jer siap baking2 lagi gitew.nasi plak bukan setakat nasi putih jer..segala beriani & mcm2 ada.kalah k.ana yg dok m'sia.Hohoho..kekadang membuatkan diriku begitu jeles sekali krn jarang berkesempatan utk tunjuk keteroran dlm memasak.Uwekks..cam lah reti masak sgt..muhahaha.

lina said...

comel nyer Safiyyah

Ummi Shira (AshAnas) said...

dah lama x buat karipap....

Affieza said...

Macam nk gelak jer..lg sikit nk capai misi utk buat 200 karipap..hehe
tp xcukup gk

transformed housewife said...

mahu lenguh jugak nak siapkan karipap sebanyak tu. Knur dulu nak siapkan 50 biji pun, rasa penat dah.

transformed housewife said...

mahu lenguh jugak nak siapkan karipap sebanyak tu. Knur dulu nak siapkan 50 biji pun, rasa penat dah.

Unknown said...

nadiah,
gigihnya.. kakyong nak buat karipap 2o biji pun terhegeh2.. inikan pula 200 biji...

Nadiah Sidek said...

yatie: kecik2 ni takpe off shoulder. besar nnt buat gitu ummi cubit :)

suziey: saya minat juga karipap tapi belum sampai tegar la :D

ummi hanie: hehe..mana ada rajinnya. buat la, boleh makan puas2 ;)

meen: minat karipap ek? meh sini, nnt akak buatkan karipap utk meen ;)

k.ana: nak makan punya pasal kak ana...kena la buat sendiri. sini mana ada kedai melayu..uhuk!

Nadiah Sidek said...

lina: thank you! :)

ashanas: shira takleh masak lagi kan skrg? nnt dah hilang morning sickness boleh la buat :)

affieza: hihi..tu la, tak cukup 3 biji je pulak tu :p

transformed hw: mmg lenguh tangan dibuatnya

kakyong: kesian dgn adik2 tu la kakyong..tu yg nadiah buatkan tu

Nana said...

salam kak....
wahh kak rajinnye buat karipap...
apasal xlengkap je ..tnggal 3 je lg pun ahahaha lawak lah...

-aZa- said...

uhuu...sedapnyerr karipap....pe lagi kak..upload la resipinyer lak...hehe..

Ummi Maryam said...

Salam,

pandai betul nadiah buat karipap. saya belum ada kemahiran lagi buat karipap ni. Lain kali boleh bagi resepi dia plak yer..tq:).

Nadiah Sidek said...

nana: dah nana tak tolong buatkan lagi 3 ketul tu..hehe..

aza: aii..mcm mana tahu sedap? belum rasa pun lagi :D

ummufarhan: masa mula2 belajar dulu saya tak reti juga tapi lama2 alhamdulillah jadi :)