Pages

Monday, May 30, 2011

Lompat ala kanggaru atas sofa

Erk. Atas sofa??

Layan je la aksi Safiyyah ni...

Friday, May 27, 2011

Nasi daging dan air asam

Menu kami Selasa lepas :). Tiba-tiba teringat nostalgia makan nasi daging di USM dulu. Terus saya cari resipinya. Setiap kali Ramadhan mesti ada hidangan nasi daging dan air asam di masjid Al-Malik Khalid USM. Sejak tahun pertama bergelar pelajar USM lagi memang saya akan berbuka di masjid. Saya antara sukarela yang tolong menghidang. Lepas tu terus berbuka di situ je la. Seronok makan ramai-ramai!

Saya bukannya minat daging tapi sedap pulak bila makan masa berbuka kat masjid tu. Berkat agaknya dimasak dan makan beramai-ramai. Ah, rindunya kenangan lalu!

Nasi daging & air asam hasil air tangan saya ;). Dagingnya sikit pulak. Rasa macam dah letak banyak daging dah. Air asam tu pulak memang berapi! Tapi bertambah juga suami saya makan ^_^. Suami saya dah tahan pedas sikit dah berbanding mula-mula kahwin dulu ;)


Resipi ni saya ambil dari blog kak Nieza. Izinkan Nadiah copy paste kat sini ye kak :)


Bahan-bahan   
2 cup beras - basuh dan toskan
200 g daging - apa-apa jenis daging ...dipotong kecil dan bersihkan dan toskan
2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung ataupun apa-apa  jenis minyak msk
1 cawan susu cair
2 cwn air rebusan daging atau  air yg secukupnya utk memasak nasi
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan)
2 s/b sos tomato
2 s/b sos cili
3-4 tangkai cili hijau
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis
1 s/k serbuk lada hitam
1 kiub lembu
daun sup/daun bawang
bawang goreng
Bahan Mesin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
  1. Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan  kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Sukat air secukupnya dan masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.
  4. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa ...tapi kalau dah bubuh kiub lembu tak perlu garam lagila coz dh masin. gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
  5. Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  6. Tabur dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang...selamat mencuba.

Wednesday, May 25, 2011

Monday, May 23, 2011

Malaysian Sunday Lunch

Makan tengahari bersama Malaysian di Omaha. Aktiviti kami semalam :). Atas inisiatif kak Ellie, dapat juga kami kenal dan jumpa dengan Malaysian yang ada di Omaha. Sebelum ni tak tahu pun ada Malaysian terutama Melayu di Omaha. Kenal kak Ellie pun dari Facebook melalui Pak Dan. Kak Ellie pun tak tahu ada Melayu kat Lincoln ni sebelum diberitahu Pak Dan.

Rupanya ada 5 keluarga Melayu di Omaha termasuk kak Ellie! Eh, ke 6 keluarga. Lupa pulak berapa kak Ellie sebut semalam. Dan kesemua mereka bertemu jodoh dengan rakyat sini. Dah bermastautin di Omaha le dah pun :)


Shakir dapat skill baru di rumah kak Ellie! Dah boleh angkat kaki tinggi-tinggi macam tu ^_^


Makanan. Masing-masing bawak sorang sikit. Pot luck style. Kak Ellie awal-awal lagi dah request keropok lekor :D. Jadinya kami bawak keropok lekor la. Macam biasa...suami saya la tukang buatnya..hihi. Sementara suami saya buat keropok lekor, saya buat kuih cara manis ;)


Ni menu yang kak Ellie sediakan. Siap ditulis lagi :D


Selain suami saya, yang lainnya adalah warga Omaha. Dari Lincoln, hanya kami dan Hafiz sekeluarga je yang dapat hadir. Terasa macam kat Malaysia pulak. Melayu, Cina, India semua ada masa ni :)


Sementara mak ayah masing-masing bersembang, anak-anak dilepaskan di laman belakang. Best la rumah kak Ellie ni. Laman belakangnya luas betul. Seronoknya kalau rumah sendiri nanti ada laman macam ni jugak


Shakir dengan aunty Arfah dan aunty Ellie


Safiyyah jumpa bunga kat laman belakang rumah kak Ellie


Kami berempat ♥


Muka-muka yang balik paling lambat (kecuali kak Ellie la). Dah dekat pukul 6 petang baru kami balik
*gambar ni dari kamera kak Ellie*

Sunday, May 22, 2011

Cute baby fighting sleep

Isnin datang lagi! Mesti ramai  Monday blues kan...kecuali surirumah macam saya la..hee. Lagipun sekarang ni masih Ahad di US ni :D. Jom layan video bawah ni. Cute sangat baby ni! Kalau ada depan mata...saya dah picit-picit dah agaknya..ehe. Dah la cute...asyik tersenyum je. Eii...memang geram la!

Thursday, May 19, 2011

Shakir dah 2 bulan

Alhamdulillah hari ni Shakir genap 2 bulan usianya. Petang tadi bawa ke klinik, check up untuk 2 bulan. Berat Shakir dah 4.88 kg. Dalam pada dia muntah-muntah pun naik juga hampir sekilo berbanding beratnya sebulan lepas (3.97 kg). Alhamdulillah. Tingginya pulak dah 56.5 cm :)

"Umur saya dah 2 bulan tau" ^_^


Sekarang ni dah pandai dah nak berteman dan ajak bersembang. Kadang-kadang duk menjerit-jerit. Bila saya pergi kat dia...terus dia senyap pastu tersengih-sengih. Ingatkan nak apa la menjerit-jerit. Rupanya nak ajak bersembang ^_^. Kalau bersembang dengan dia, lagi la duk menyegih. Macam faham je apa yang ummi dia cakap..hihi..

Bawah ni video yang saya rakam masa pertama kali Shakir ajak bersembang. Sama hari dengan gambar dalam entry Wordless Wednesday: Senyuman pertama Shakir. Masa tu Shakir baru 45 hari. Tu pun mujur saya teringat nak ambil kamera

Wednesday, May 18, 2011

Sunday, May 15, 2011

Resipi keropok lekor Lincoln

Pandai-pandai je letak Lincoln kat belakang tu..ehe. Atas permintaan, saya kongsikan resipi keropok lekor ni. Resipi ni dah diubah suai ikut tekak suami saya :D


Bahan-bahan:
  • Ikan kembung/selayang atau apa-apa ikan yang sesuai
  • Bawang merah (1-2 biji)
  • Tepung ubi
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Cara-cara:
  1. Blend ikan (ambil isinya sahaja) dan bawang merah
  2. Gaulkan dengan tepung ubi (tepung jangan letak banyak, nanti kurang sedap), serbuk lada hitam dan garam
  3. Gentel adunan tepung tu tadi kemudian rebuskan
  4. Lepas rebus boleh la digorengkan

* bawang merah tu tak letak pun takpe. Nak hilangkan bau hanyir je. Ikan sini tak fresh..berbau sikit


Ikut arah pusingan jam: ikan digaul dengan tepung, adunan digentel, keropok lekor yang dah direbus


Sedia untuk dimakan! ^_^


Selamat mencuba!


psstt...saya pun belum pernah buat keropok lekor sendiri. Dah ada orang rajin buat keropok lekor kat rumah ni...saya jadi tukang makan je la! ngee~

Ni la tukang buat keropok lekor kat rumah ni :D

Wednesday, May 11, 2011

Wordless Wednesday: Senyuman pertama Shakir

 
3 Mei 2011
(45 hari)

Monday, May 9, 2011

Sempena Hari Ibu...

...saya dapat kad ni:



Daripada Safiyyah dan Shakir :p. Tak sabar nak dapat kad yang betul-betul anak-anak bagi. Seronok tengok kawan-kawan dapat handmade card daripada anak-anak diorang :)


...saya juga dibelanja makan kat luar!

Suami saya bawa saya ke restoran Arab (Sinbad Restaurant). Patut la pagi Ahad tu dia kata tak payah masak..nak belanja makan rupanya ^_^


 
Ni makanan saya. Chicken Tikka Rice. Nasib baik mintak small size! Punya la banyak nasinya. Saya berjaya habiskan separuh je. Separuh lagi bungkus bawak balik


Ni pulak makanan suami saya. Combo Sinbad. Nasinya sikit je. Lauk bukan main banyak lagi. Side dishes kami sama je..salad dan bean soup. Saya tak makn bean soup. Suami yang perabiskan. Dia kata sedap
 

Safiyyah pulak? Tak pandang pun nasi. Roti Arab yang dia berkenan. Roti Arab tu diberi. Saya yang suka roti tak berkenan pulak roti Arab. Liat rotinya


Suami saya beli sekali baklava ni sebab Safiyyah suka makan baklava


Shakir??

Lena! :D


...saya dibawa pergi shopping lepas makan! ^_^

Suami saya suruh pilih 1 benda sebagai hadiah hari ibu tapi kesudahannya saya tak beli apa pun. Tak jadi nak beli bila tengok harganya. Mahal sangat. Takde sale pulak tu. Pastu suami saya kata takpe la, hadiah untuk hari ibu beli kemudian :). Window shopping je la jadinya ;)

Safiyyah cukup suka main train ni. Kalau pergi mana-mana kedai yang ada mainan ni mesti dia leka main


Lepas main train, main benda ni pulak


Pastu main botol air. Sedap je duduk atas lantai..macam kat rumah je :p


Gigih pegang dua-dua botol tu. Sebelum tu banyak kali dia cuba angkat dua-dua botol tapi tak berjaya sebab berat. Tapi tetap tak putus asa Akhirnya dia berjaya jugak :)


 Letih main, tengok kartun pulak


Shakir ni pulak kejap je dia nak duduk dalam kedai. Pastu melalak-lalak. Bawak keluar terus senyap. Bukan kaki window shopping kot..ehe..


p/s: thank you abang! ^_^

Sunday, May 8, 2011

Spring BBQ 2011

Macam biasa la bila dah masuk Spring, ni la aktiviti 'wajib' kami di sini. BBQ! Masing-masing tak sabar nak buat aktiviti kat luar. Al-maklum le..Winter terperuk kat dalam rumah je..menternak lemak-lemak di badan..hihi. Lepas je habis final exam, terus buat BBQ ni. Tempat pun macam biasa la...di Holmes Lake Park.

Semalam punya la susah nak cari tempat. Ramai sangat yang buat BBQ kat situ semalam. Pastu ada 1 event pulak yang dibuat kat situ. Graduation party kalau tak silap. Sebahagian kawasan reserved untuk event tu. Mujur ada juga meja kosong

Outing pertama Shakir! Outing pertama saya jugak sejak dalam pantang *wink*


Sesi bakar-membakar


Makanan. Macam-macam ada! Ni yang best kalau buat pot luck. Ada nasi beriani, lasagna, muffin, roti jala, sandwich, apple strudel, air koktel


Ni yang saya buat untuk pot luck kali ni. Orange Chocolate Cheesecake yang overcooked..hee~
Suami saya pulak buat keropok lekor Lincoln ;)


Sebelah saya tu Qamar (tak tau ejaan sebetulnya macam mana), Pakistani


Orang sibuk membakar, Safiyyah pun nak membakar jugak..hihi. Yang putih tu marshmallow..suami saya terjumpa marshmallow halal di kedai Arab. Saya tak berapa gemar rasanya. Orang lain kata sedap





Nampak tak benda di jari dan lengan Safiyyah tu? Aluminium foil tu. Roz rajin melayan Safiyyah duk balut-balut aluminium foil. Kejap Safiyyah suruh pakaikan, pastu disuruh bukak, pastu mintak dipakaikan balik. Lebih 10 kali Roz ulang benda yang sama. Yang kelakarnya, lepas je Roz balutkan aluminium foil tu kat jari dan lengan Safiyyah...Safiyyah berdiri tegak je macam patung. Tak bergerak langsung..macam dalam gambar tu la..hihi..


Video aktiviti Safiyyah dengan Roz yang sempat dirakamkan. Ni pun Muaz yang tolong rekod (terima kasih!). Saya tengah menyusukan Shakir masa ni. Gambar Safiyyah atas tu pun Muaz yang tolong ambil. Dah dia yang paling dekat...dia la jadi mangsa..hihi..


1 lagi aktiviti Safiyyah kat sana semalam...kejar anjing! Adeh..sabar je la. Dia memang suka kejar haiwan. Kalau lepaskan Safiyyah kat belakang rumah...dikejarnya tupai. Kawasan rumah kami ni banyak tupai. Tupai tu takpe la...ni dikejarnya anjing pulak! Huhu. Mujur Alif Sophian tolong halang. Saya tengok dari jauh je la...tengah menjaga Shakir. Semalam memang adik-adik undergrad yang tolong jaga Safiyyah (terima kasih banyak-banyak ye!).

Thursday, May 5, 2011

Safiyyah dan si hijau

3-4 hari lepas suami saya keluarkan mainan-mainan Safiyyah yang tersimpan dalam kotak termasuklah dragon hijau (erk..dragon ke??). Bagi kat Safiyyah si hijau tu..dia takut pulak. Punya la lama terperap dalam kotak sampai dia pun dah tak ingat tu mainan dia masa kecik. Nak pegang pun takut :p


Duk tengok je, pegangnya tak nak. Suruh dia tekan perut (ada muzik) si hijau tu pun dia tak nak


Kadang-kadang sengih pulak tengok si hijau tu. Isy, tak faham ummi. Entah apa la yang difikirkan agaknya


Shakir pulak main sorang-sorang atas katil ^_^. Bagusnya Safiyyah ni dia tak kacau adik dia. Selalu je saya tinggalkan Shakir atas katil tapi Safiyyah tak kacau pun. Setakat tengok je. Memang tak risau la kalau tinggalkan Shakir macam tu. Tapi kalau ummi/papa ada sekali dengan Shakir, dia pun nak sibuk la jugak. Nak pegang la, nak cium la :)

Wednesday, May 4, 2011

Wordless Wednesday: Menu selepas pantang

Nasi lemak + ayam goreng berempah


Pineapple upside down cake


Tempe goreng berlada


Kuih cara manis


Alhamdulillah..
Nikmat! ^_^

Monday, May 2, 2011

Berpantang gaya perantau

Macam mewakili semua perantau pulak :p. Ni pantang cara saya je..orang lain mungkin berbeza ;)

Bertungku
Hari tu ada yang bertanya saya bertungku ke tak kat sini. Yup, saya bertungku cuma tungku yang saya gunakan kali ni tak sama dengan tungku yang saya guna masa pantang kali pertama dulu. Dulu saya guna tungku batu. Kali ni pakai tungku moden (tungku herba)..mak saya poskan dari Malaysia. Mana nak cari tungku batu kat sini. Kalau nak pos tak berbaloi la..berat sangat! Bagus juga ada tungku moden..dapat juga la bertungku masa pantang

Ni la tungku yang saya guna. Tungku Tangisan Burung namanya. Erk..jangan tanya kenapa nama tungku tu macam tu ek. Dalam set tungku tu diberi sekali tembikar kecil tu dan 2 lilin. Mula-mula guna je pakai lilin dan tembikar tu untuk panaskan tungku. Lepas tu panas atas dapur je! Lambat la panaskan guna lilin. Cepat sejuk pulak tu. Panas atas dapur sekejap je dan habanya lama juga bertahan..takde la kena panaskan tungku banyak-banyak kali




Berurut
Pantang kali ni saya tak berurut. Takde tukang urut. Saya tak suka diurut pun..sakit! Huhu..


Set bersalin
Saya masih menggunakan set bersalin HPA, sama macam pantangkan Safiyyah dulu. Tak rajin nak survey set bersalin mana yang paling bagus. Pada saya ok je set bersalin HPA ni. Serasi la dengan saya. Dalam set tu ada ubat periuk, kapsul wanita A, kapsul wanita B, minyak barut, minyak bayi, minuman herba, ubat basuh dan spirulina

Set bersalin HPA


Mandian herba
Oleh sebab kat sini takde akar-akar kayu dan daun-daun herba...saya gunakan garam mandian therapeutic. Ni pun kebetulan je terjumpa masa gi kedai. Betul-betul ada 1 botol je masa tu. Sedap baunya. Bau serai wangi ;)

Green Tea Body Soak
Campuran Green Tea Leaves, Lemongrass, Chamomile & Calendula flowers


Menu
Setiap hari menu hampir sama. Dah nama pun pantang, kan? Ikan singgang dapat makan sekali je sebab takde ikan yang sesuai untuk masak singgang. Takde stok agaknya. Sebelum saya bersalin banyak je ikan merah dan ikan selar. Saya dah bersalin takde dah ikan-ikan tu..huhu. Yang ada hanyalah ikan bawal. Hampir setiap hari la makan ikan bawal goreng. Sekali je masak kari sebab rasa kurang sedap pulak ikan bawal masak kari. Mungkin sebab ikannya tak fresh..isinya lembik bila dimasak kari. Sudahnya goreng je la. Kalau tak makan ikan bawal, saya makan ayam. Mak saya pesan rasa dulu sikit ayam..takut gatal. Saya makan ok je, takde gatal. So, boleh la makan ayam ;).

Oh, sini ada pegaga. Itu la satu-satunya ulam yang ada kat sini. Tapi pegaga yang dijual tu dah dibuang akarnya. Bagus jugak. Kalau tak...dengan akar-akarnya kena makan..uhuk!


Bengkung
Kalau dulu saya guna bengkung lilit, kali ni saya pakai bengkung 'instant'. Saya panggil instant sebab senang..main ikat je tali-talinya :D. Tapi saya rasa bengkung lilit lagi sedap pakai daripada bengkung ni. Rasa kemas dan elok ketat je. Malangnya saya pulak tak reti nak lilit-lilit sendiri. Bukan main lilit keliling badan (perut ke pinggul) je tau..ada tekniknya. Dulu mak saya yang lilitkan. Dah cuba banyak kali tetap tak reti jugak. Tak kemas langsung. Kejap je dah rasa longgar..huhu. Tu yang mak saya poskan bengkung tali kali ni

Bengkung tali Mia ni la yang saya guna kali ni


Air ibu kunyit
Kali ni tak perlu minum air ibu kunyit sebab takde ibu kunyit. Yay! :p
Seksa tau nak menelan air ibu kunyit. Walaupun kena minum suku cawan je selama 3 hari berturut-turut...sengsara tau! Korang pantang kena minum air ibu kunyit tak? Pantang kan ikut cara mak masing-masing..kalau cara mak saya kena minum air ibu kunyit..huhu..



p/s: saya dah habis pantang..yay! ^_^