Saya bukannya minat daging tapi sedap pulak bila makan masa berbuka kat masjid tu. Berkat agaknya dimasak dan makan beramai-ramai. Ah, rindunya kenangan lalu!
Nasi daging & air asam hasil air tangan saya ;). Dagingnya sikit pulak. Rasa macam dah letak banyak daging dah. Air asam tu pulak memang berapi! Tapi bertambah juga suami saya makan ^_^. Suami saya dah tahan pedas sikit dah berbanding mula-mula kahwin dulu ;)
Resipi ni saya ambil dari blog kak Nieza. Izinkan Nadiah copy paste kat sini ye kak :)
Bahan-bahan
2 cup beras - basuh dan toskan
200 g daging - apa-apa jenis daging ...dipotong kecil dan bersihkan dan toskan
2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung ataupun apa-apa jenis minyak msk
1 cawan susu cair
2 cwn air rebusan daging atau air yg secukupnya utk memasak nasi
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan)
2 s/b sos tomato
2 s/b sos cili
3-4 tangkai cili hijau
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis
1 s/k serbuk lada hitam
1 kiub lembu
daun sup/daun bawang
bawang goreng
Bahan Mesin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara
- Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
- Sukat air secukupnya dan masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.
- Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa ...tapi kalau dah bubuh kiub lembu tak perlu garam lagila coz dh masin. gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
- Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
- Tabur dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang...selamat mencuba.
22 comments:
Memang favourite saya nasi daging ni....nak buah sendiri tapi pressure cooker tak beli beli..heheh
nampak edap je, xpnh cuba masak lg..
nk buat jugaklah weekend ni
salam nadiah - best kan masa ramadhan kan macam2 ada...ni dh tak lama dah nak masuk 1 rejab pada 02.06 ni....
sedapnyer...teringin nak makan lah pulak...huhu...
macam best je nadiah. kak izan tak pernah makan lagi nasi daging ni... boleh amik dulu resepi ni~
hubby Knur tak minat nasi daging ni. Tapi knur suka. susah betul bila selera berbeza ni.
sedapnya..nak cuba lah nanti..hehe..nana ambek resepi ni bole kn sis...utk simpan:)
assalam nadiah..memang sedap nasi daging ni kan..akak pernha buat jugak...tapi lain resepinya..nak cuba jugak la yang ni..
xpenah makan..tp nampak cam sedap je..
nasi daging yer.tak pernah try lg nasi ni.Boleh cuba juga :)
kita pun dah lama tak buat..fvrt org utara ni kan..en.suami suka sgt mkn ni tp kita lak jenis tak gemar daging sgt.
Salam :)
Sedap...nak cuba juga la nanti :)
resipi koleksi berbuka puasa nanti..hehe
yeap.kenangan bukak pose ramai2 kat masjid usm..best! windu...sob3.
p/s: sempat merasa makanan yg dihidangkan oleh kak nadiah..hehehe.
dulu pernah makan masa dekat KMPP kan, waktu diorang buat majlis korban..ingat tak nad? mmg best nasi daging!!!
salam kenal.. :)
nampak sedap la pulak tgk nasik nih tetengah mlm bute..tetibe lapo~
aleyn: saya pakai rice cooker biasa je :D
dinor's family: cuba la kak :)
yatie: buat jgn tak buat
k.lina: a'ah, time ramadhan mmg best :)
k.yati: mintak la cik abg masakkan. hee~
k.izan: nadiah pun sblm ni tak tau gak nasi daging ni
transformed hw: nadiah sgt memahaminya kak ;)
nanakimie: sila..sila..bkn resipi akak pun. ehe..
acik erna: resipi yg akak buat mcm mana pulak? boleh la share jgk
k.hamizah: cuba la kak :)
ummi salsabila: cuba la..senang je ;)
sally: nasi daging ni mknn org utara kot ek
k.ros: cuba la kak :)
k.nida: hehe..
meen: akak pun rindu gak! huhu..
najwa: erk. apasal yg kat kmpp kite tak ingat? uhuk!
hasue: salam kenal juga :)
nadiah, terus kecur air liur akak ni.nmpk sedap sgt tu..siyes, xtipu nih.nak cuba jugok sblm bersalin..
Nadiah, sedapnya akak tgk nasi daging tu...akak memang suka..baru jer buat last week bawa masa berkelah dgn kwnx2...tapi terasa mcm nk buat lagi jer...hehe btw tq sudi mencuba yer...ya silakan berkongsi semua resepi adalah utk dikongsi bersama..:)
Post a Comment