Pages

Saturday, December 31, 2011

Sebelum 2011 berakhir

Sempat juga buat entri penutup bagi tahun 2011! ^_^

Ye, di Malaysia dah masuk tahun 2012 tapi di US masih ada lebih kurang sejam lagi sebelum 2011 melabuhkan tirainya. Banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2011. Pahit, manis, masam, masin...semua ada! Dah nama pun manusia. Adat la begitu. Antara kenangan manis bagi tahun 2011:


Permata hati kedua
Kelahiran Shakir adalah anugerah terindah buat saya dan suami untuk tahun 2011 ni. Berganda kegembiraan kami apabila dikurniakan anak lelaki pula bagi kelahiran yang kedua. Melahirkan Shakir pun mudah sangat. Tiada komplikasi, tiada bantuan ubat-ubatan (suntikan/gas), sakit nak bersalin tak lama, malah proses meneran juga sekejap. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Banyak perkara yang Allah mudahkan sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan Shakir. Atas sebab itu juga la kami namakan permata hati yang kedua dengan nama Shakir yang bermaksud syukur. Mudah-mudahan hendaknya Shakir menjadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaanNya..ameen..
[Kelahiran ke-2...adik Safiyyah...]

Shakir yang ketika ini baru berusia 5 hari


Bersalin dalam air
Antara pengalaman menarik buat saya dalam tahun 2011. Sebelum tu hanya baca artikel-artikel yang berkenaan di internet je. Alhamdulillah, dapat juga peluang merasa sendiri bersalin dalam air walaupun takut lemas masa bersalin. Bukan takut anak lemas. Takut diri sendiri yang lemas. Hihi..
[Detik-detik kelahiran Shakir dalam air]


33, 34, 35 dan 36
Telah lahir cucu belah Kelantan yang ke 33, 34, 35 dan 36 (jumlah ni termasuk seorang yang dah meninggal). Shakir cucu yang ke-33. Keluarga belah Kelantan memang besar. Belah Selangor baru 2 orang cucu je...Safiyyah dan Shakir la :). Yang ke-34 dari rahim kakak ipar, yang ke-35 dari rahim biras dan yang ke-36 dari rahim adik ipar. Menariknya, keempat-empatnya lelaki! Macam berpakat pula antara kami ipar duai ^_^.

Sepupu-sepupu yang sebaya dengan Shakir
Ikut arah jam dari kiri: Muizz, Adib dan Aqil yang lahir di bulan 10, 11 dan 12 :)


Nota: Selamat tahun baru 2012 buat semua!



Thursday, December 29, 2011

Letih yang berbaloi

Tamat sudah perjalanan kami yang bermula pada 22 Disember lepas. Alhamdulillah, saya sekeluarga selamat tiba di rumah jam 4.30 pagi tadi (waktu Lincoln, NE). Secara tak langsung, terjawablah sudah kenapa blog ni sepi untuk seminggu ni :).

Sampai rumah pagi tadi terus 'pengsan'. Baru terasa sengal-sengal badan. Tapi terasa kepuasannya. Perjalanan kami ni tak dirancang betul-betul pun. Awalnya suami saya kata winter break ni tak dapat nak ke mana-mana memandangkan dia banyak kerja yang perlu disiapkan. Tiba-tiba pula kata nak ke Kansas City, MO. Ada urusan pun untuk ke sana. Dah alang-alang nak ke Kansas City, saje la saya ajak suami lajak sikit ke St Louis, MO.

Lepas tu suami beri cadangan lain pula. Saya ikutkan je. Janji dapat jalan-jalan :D. Perjalanan kami kali ni lebih kepada ziarah je pun. Bukan makan angin sangat. InsyaAllah nanti saya cerita di entri lain :)


Nota: Nampak gayanya tak dapat juga saya nak siapkan cerita summer trip sebelum tahun 2011 berakhir..huhu..


Tuesday, December 20, 2011

Kenangan di Niagara Falls, NY

Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kami untuk menjejakkan kaki ke Niagara Falls, New York. Subhanallah, pemandangan di Niagara Falls sangat menakjubkan! Begitu indah. Tak terungkap dengan kata-kata.


Baru sampai cuaca agak mendung


Beberapa minit selepas tu, langit jadi cerah. Bertambah cantik dibuatnya


Rainbow bridge. Merentasi jambatan tu akan masuk Canada. Dekat sangat la nak ke Canada tapi takde rezeki kami nak jalan-jalan di Canada. Masa tak mengizinkan. Ongkos pun tak mengizinkan..hee~


Canada. Dapat ambil gambar dari jauh pun jadi la


Bot ni la yang kami naik untuk tengok pemandangan Niagara Falls dari jarak dekat. Mulanya kami ingat tak nak baik bot tu memikirkan Shakir yang masih kecil tapi akhirnya naik juga. Rasa teruja nak naik lepas bersembang dengan abang Kush dan kak Liza yang kami baru kenal di sana. Tengok diorang macam muka Melayu saje la tegur. Dah tegur..memang sah Melayu! Hehe..


Safiyyah dah siap berbaju hujan. Baju hujan tu dapat percuma je. Ada saiz untuk dewasa dan kanak-kanak


Maid of the Mist << nama bot


Ummi dan papa yang nak berseronok, Shakir jadi mangsa keadaan :p


Safiyyah yang sangat berdikari. Tak nak dipegang langsung






Subhanallah...ada pelangi! Sebelum naik bot dan masa tengok air terjun ni dari atas, tak nampak pun pelangi. Dah sampai betul-betul depan air terjun ni baru nampak pelangi. Cantik sangat!


Kabus kuat juga


Safiyyah tersenyum kebasahan dek air yang memercik. Orang yang suka main air...apa nak dihairankan :p. Saya fikir kalau terpercik air pun, sikit-sikit je. Rupanya memang boleh basah lenjun dibuatnya! Patut la diberi baju hujan tu. Tudung saya habis basah. Pandai sangat tak tutup bahagian kepala..tu la akibatnya! :p




Niagara Falls ni ada 3 bahagian: American Falls, Bridal Veil Falls dan Horseshoe Falls. Dalam gambar ni boleh nampak American Falls (kiri) dan Bridal Veil Falls (hujung kanan). Bot ni tak sampai ke Horseshoe Falls sebab dah masuk kawasan Canada. Horseshoe Falls cantik lagi la. Untung yang datang dari Canada boleh tengok ketiga-tiga air terjun tu


Pemandangan Niagara Falls dari Canada. Belah kanan ni la Horseshoe Falls. Belah kiri sana American Falls dan Bridal Veil Falls. Bridal Veil Falls memang kecil je. Kalau tengok dari jauh tak perasan pun
Sumber gambar: Niagara Falls panorama


Gambar ni jelas sikit nampak Bridal Veil Falls (belah kanan). Terkecil antara ketiga-tiga air terjun








Lensa kamera terkena percikan air masa ni. Tu yang gambar kabur






Safiyyah yang riang walaupun dah basah lenjun. Seronok la tu dapat main air. Kejap je pun baju kering. Sementara nak cari tempat nak salin baju, kering dah pun baju! Cuaca panas waktu tu. Sudahnya baju Shakir je yang disalinkan



Entry ni sebenarnya kesinambungan catatan perjalanan musim panas yang lepas. Saya tak habis cerita lagi :p. Masalah besar kalau angin malas berblog datang. Berbulan-bulan terbengkalai nak siapkan. Ni pun belum habis lagi. Entah sempat ke tidak habiskan sebelum masuk tahun baru...huhu..

Niagara Falls antara destinasi kami di hari yang ke-11. Dari Ithaca terus ke sini. Catatan perjalanan sebelumnya ada di pautan bawah ni:

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY
Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY



Nota: Setakat ni, Niagara Falls adalah tempat yang paling cantik dan yang paling kami (saya dan suami) suka. Nak pergi lagi rasanya!


Sunday, December 18, 2011

Lincoln Children's Zoo

Lama dah cerita ni...nak letak tarikh pun malu :p. Masa tu semangat berblog saya merudum, lama juga la...tu yang tak tertulis pun cerita ni di blog. Takpe la, saya tulis juga sebagai kenang-kenangan di bumi Lincoln :)

Lewat juga kami ke Lincoln Children's Zoo masa tu, dalam pukul 2.30 petang kalau tak silap. Baru keluar rumah cuaca sedang molek. Masuk dalam zoo....ya Allah...panas ya amat! Ni baru panas dunia, tak terbayang bagaimana panasnya api neraka. Moga dijauhkan daripada kepanasan api neraka..ameen..


Safiyyah tengok penguin :)


Hanya lihat rusa dari jauh


Masuk Butterfly Pavilion pula ;)


Papa kenalkan rama-rama pada Safiyyah ^_^. Rama-rama tu dah nak mati...tu yang senang je bertenggek atas tangan


Antara rama-rama yang ada di situ


Mungkin selamanya saya akan geli dengan ulat bulu dan segala macam jenis ulat!


Flamingo!


Shakir si ulat bulu :p


East African Crowned Crane.
Suka tengok jambul burung ni...cantik!


Muka terpinga-pinga baru menetas :p


"Ni siapa?" Mungkin itu yang terdetik di fikiran Shakir :p


Dalam zoo ni ada playground yang cantik berwarna-warni


Di belakang tu ada replika tulang dinosaur


Berpeluh-peluh. Walaupun tiada terikan mentari dan kawasan di dalam zoo ni teduh, kepanasannya memang tak tertahan. Rasa nak terbakar kulit. Baru separuh jalan, kami dah bermandi peluh dah padahal zoo ni kecil je


Alhamdulillah, jumpa pancuran air ni. Memang sengaja dibuat untuk menyejukkan badan di musim panas


Safiyyah yang suka main air seronok la sampai tak nak ke mana-mana dah. Manangis-nangis dia kena paksa pergi tempat lain..huhu..


Shakir yang masih belum mengerti apa-apa, hanya main jari sendiri je la ^_^. Belum masuk 4 bulan pun masa ni (punya la basi cerita ni! :p)


Jenguk helang pula


Helang yang macam patung..tak bergerak langsung


Pony rides


Mula-mula Safiyyah macam tenang je atas kuda. Kuda baru berjalan...melalak-lalak dia! Takut jatuh agaknya


Tengok tu...meronta-ronta nak turun


Benda kuning yang Safiyyah pegang tu ada makanan untuk kambing dalamnya. Nak bagi kambing makan kena bayar la...kena masukkan syiling dalam peti tu


Mulanya Safiyyah tengok dari jauh je kambing tu. Makin lama makin dekat. Akhirnya dihulur tangannya nak pegang kambing. Kambing cium tangan dia...cepat-cepat dia tarik tangannya semula. Geli la tu..hihi..


Hampir tak kenal saya dengan llama ni! Hanya bulu di kaki je tinggal..huhu..


Sebelum balik, sempat juga naik train ni. Sekejap je pun. Zoo kecil la katakan tapi train ni pusing 2 kali la. Sekali pusing tak rasa apa pun :p. Jadi la...janji Safiyyah seronok





Nota 1: Kami ke Lincoln Children's Zoo ni pada 16 Julai 2011. Berkurun lama dah cerita ni :p

Nota 2: InsyaAllah akan ada lagi cerita-cerita yang dah lapuk yang akan saya ceritakan. Nak baca entry saya lain kali tarik nafas panjang-panjang dulu ye! Takut pengsan pula baca cerita yang dah basi. Hihi..