Pages

Thursday, May 31, 2012

Bunga bukan sekuntum...

bunga bukan sekuntum
... Kumbang Kupu-kupu bukan seekor ^_^








Safiyyah tengok gambar ni dia sebut 'bee'. Dah cakap banyak kali butterfly, bee juga yang disebutnya. Gambar lain elok je dia sebut by-fly (by-fly = butterfly ^_^). Satu gambar ni je dia asyik sebut bee. Tak tahu tang mana rupa lebahnya :D




Lama dah saya ambil gambar-gambar ni. 5 gambar pertama diambil pada 23 April 2012 dan gambar yang terakhir adalah pada 1 Mei 2012. Mencabar juga nak ambil gambar kupu-kupu tu...asyik terbang je.

4 gambar pertama tu dari pokok yang sama. Banyak kupu-kupu di pokok tu tapi dari spesies yang sama. Ada juga spesies yang lain tapi tak sempat nak ambil gambarnya...kupu-kupu tu tak duduk diam :p.

Kupu-kupu dalam gambar terakhir tu Safiyyah yang nampak dulu. Saya tak perasan pun. Dia tunjuk dan asyik sebut by-fly je. Banyak kali Safiyyah sebut dan tunjuk baru saya perasan kupu-kupu tu. Sempat juga la saya ambil gambar sebelum kupu-kupu tu terbang.


Tuesday, May 29, 2012

Mimik muka yang dibuat-buat

Muka sedih


Muka comel


Kedua-duanya mimik muka yang memang dibuat-buat. Tak tahu la mana dia belajar buat mimik muka. Pandai pula tu buat muka sedih siap dengan nada sedihnya sekali ^_^. Belum sempat lagi nak rakam. Yang 2 gambar tu pun, lepas beberapa kali percubaan baru dapat yang elok sikit.

Mula-mula dia pandai buat muka comel tu dulu. Lepas tu baru pandai buat muka sedih. Kalau nak minta perhatian atau nak orang (biasanya ummi atau kak long dia) kesiankan dia...dia buat la muka sedih tu. Konon-konon nak buat macam gaya nak menangis tapi tak jadi pun ^_^.

Sunday, May 27, 2012

Salji di musim panas

Err...salji di musim panas???


Bukan salji ini yang saya maksudkan.


Ini yang sebenar-benarnya yang mahu saya ceritakan...

Pelik ye macam tak ada kaitan dengan tajuk entri? :)


snow-in-summer
Snow-in-summer. Jika diterjemahkan, jadilah salji-di-musim-panas ^_^.
Ye, nama bunga tersebut adalah snow-in-summer. Selepas 2 tahun sejak saya jumpa bunga ni buat pertama kali, baru saya tahu namanya. Unik. Senang nak ingat.


Safiyyah dengan bunga snow-in-summer. Gambar atas diambil pada 2 tahun lepas (18 Mei 2010) dan yang bawah diambil pada 23 April 2012.


Close-up


Nota:
Andainya salji benar-benar turun ketika ini, sayalah orang pertama yang paling gembira. Nak diikutkan, belum masuk musim panas secara rasmi pun lagi tapi panasnya ya Allah...tak tahan rasanya. Jam 6 petang pun terasa macam waktu tengahari. Panas sangat. Ini baru panas dunia. Tak dapat nak dibayangkan panasnya api neraka yang berganda tahap kepanasannya. Allahu rabbi. Mudah-mudahan hendaknya kita semua dijauhkan daripada azab api neraka..ameen..

Wednesday, May 23, 2012

WW: Janji ada gaya

Tahu main atau tidak, itu belakang kira ^_^









Monday, May 21, 2012

Pavlova

Ada yang bertanyakan saya macam mana nak buat pavlova. Jawapannya....ikut sahaja resipi pavlova...jadilah pavlova..hihi. Kalau google 'pavlova', banyak resipi keluar. Saya pun google je. Saya ambil resipinya di sini. Tak jauh beza pun resipi pavlova yang ada tu. Bahan utamanya telur putih dan gula. Ada yang letak tepung jagung, ada yang tak letak. Ada yang letak garam, ada yang tidak. Ada yang letak cream of tartar dan ada pula yang letak cuka. (Cuka adalah substitute kepada cream of tartar. Kalau ada resipi yang guna cream of tartar, saya gantikan dengan cuka sahaja sebab tak jumpa cream of tartar di sini.)

Resipi yang saya rujuk tu guna tepung jagung, cuka dan sedikit vanilla extract. Melalui pembacaan saya, menambahkan tepung jagung dan cuka dalam adunan akan menjadikan pavlova rangup di bahagian luar dan di tengahnya pula akan jadi lembut ala-ala marshmallow. Saya salin resipi tu dan letak di sini. Cumanya, saya mengelat sikit bahagian topping tu. Saya guna cool whip sahaja. Senang. Terus sapu je atas pavlova :p.


Pavlova

4 large (120 grams) egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor) sugar *saya guna gula biasa; granulated sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)

Topping (yang ni saya tak buat :p):
1 cup (240 ml) heavy whipping cream
1-1/2 tablespoons granulated white sugar (or to taste)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blueberries,
passion fruit, peaches, pineapple or other fruit of your choice

_____________________________

  1. Preheat oven to 250 degrees F (130 degrees C) and place rack in center of oven. Line a baking sheet with parchment paper and draw a 7 inch (18 cm) circle on the paper. Turn the parchment paper over so the circle is on the reverse side.
  2. In a bowl of your electric mixer, with the whisk attachment, beat the egg whites on medium speed until they hold soft peaks. Start adding the sugar, a tablespoon at a time, and continue to beat, on high speed, until the meringue holds very stiff and shiny peaks. (Test to see if the sugar is fully dissolved by rubbing a little of the meringue between your thumb and index finger. The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers).
  3. Beat in the vanilla extract. Sprinkle the vinegar and cornstarch over the top of the meringue and, with a rubber spatula, gently fold in. Spread the meringue inside the circle drawn on the parchment paper, smoothing the edges, making sure the edges of the meringue are slightly higher than the center. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)
  4. Bake for 60 to 75 minutes or until the outside is dry and is a very pale cream color. Turn the oven off, leave the door slightly ajar, and let the meringue cool completely in the oven. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.)
  5. The cooled meringue can be made and stored in a cool dry place, in an airtight container, for a few days. Just before serving gently place the meringue onto a serving plate. Whip the cream in your electric mixer, with the whisk attachment, until soft peaks form. Sweeten the sugar and vanilla and then mound the softly whipped cream into the center of the meringue. Arrange the fruit randomly, or in a decorative pattern, on top of the cream. Serve immediately as this dessert does not hold for more than a few hours.

pavlova
Pavlova. Sebelum dan selepas make over ^_^


cool whip
Cool whip ni la yang saya guna ganti topping tu. Tak perlu nak adun-adun dah :D


Nota 1:
Saya sarankan tengok video membuat pavlova di link yang saya bagi tu. Senang faham. Saya tak rajin nak buat ayat sendiri bagi mudah faham..huhu..

Nota 2:
Saya tak lukis pun bulatan atas parchment paper dan tak ukur pun diameternya. Main tuang je atas parchment paper. Agak-agak pavlova nampak bulat, ok la :p.

Nota 3:
Ingat ye...gula kena masukkan sesudu dalam satu masa untuk pastikan gula betul-betul larut. Kalau ada gula castor, pakai gula castor sebab gula castor lebih halus; menjadikannya lebih mudah larut dan sebati dalam adunan.

Nota 4:
2 entri berturut-turut berkaitan dengan resipi. Dah macam blog masakan pula :p

Nota 5 (wah, banyaknya nota kali ni :p):
Saya tak minat sangat pavlova. Makan sikit-sikit ok la. Saya paling suka bahagian luarnya yang rangup. Yang bahagian dalam yang macam marshmallow, saya kurang minat. Eh, tapi pavlova yang saya pernah rasa (kak Baya buat), saya suka sangat sebab pavlovanya macam biskut. Tak ada bahagian macam marshmallow tu. Mungkin sebab dia tak letak tepung jagung. Atau mungkin juga disebabkan dia buat pavlova bersaiz kecil (sebesar tapak tangan). Nanti saya nak cuba resipi kakak tu pula la...tengok ada beza atau tak


Selamat mencuba! :)

Sunday, May 20, 2012

Fudge layer cake

Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan resipi fudge layer cake di sini...

Fudge layer cake
by Cheryl Feller

3/4 cup butter, softened
2-1/4 cups sugar
3 eggs
1-1/2 teaspoons vanilla extract
3 squares (1 ounce each) unsweetened chocolate, melted and cooled
3 cups cake flour
1-1/2 teaspoon baking soda
3/4 teaspoon salt
1-1/2 cups water

Date cream filling:
1/4 cup sugar
1 tablespoon all-purpose flour
1 cup milk
1 egg, lightly beaten
1/2 cup chopped dates
1/2 cup chopped walnuts
1 teaspoon vanilla extract

Fudge frosting:
1 cup heavy whipping cream
2 tablespoons sugar
2 tablespoons light corn syrup
16 squares (1 ounce each) semisweet chocolate
1/2 cup butter, cubed
 ______________________________________

  1. Line three greased 9-in. round baking pans with waxed paper and grease the paper; set aside. In a large bowl, cream butter and sugar until light and fluffy. Beat in eggs and vanilla. Stir in chocolate. Combine the cake flour, baking soda and salt; gradually add to creamed mixture alternately with water, beating well after each addition.
  2. Pour into prepared pans. Bake at 350'F for 30-35 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. cool for 10 minutes before removing from pans to wire racks to cool completely.
  3. In a small saucepan, combine the sugar, all-purpose flour, milk and egg until smooth. Add the dates. Bring to a gentle boil; cook and stir for 2 minutes or until thickened. Remove from the heat. Stir in walnuts and vanilla. Cover and refrigerate.
  4. For frosting, combine the cream, sugar and corn syrup in a saucepan. Bring to a boil over medium heat, stirring constantly. Remove from the heat; stir in chocolate and butter until melted. Transfer to a small bowl. Refrigerate until spreadable, stirring occasionally.
  5. Place one cake layer on a serving plate; spread with half of the filling. Repeat. Top with remaining cake layer. Spread frosting over top and sides of cake. Store in refrigerator.

fudge layer cake
Fudge layer cake. Saya hias dengan parutan coklat putih


fudge layer cake
Yang ni kali kedua saya buat. Hias dengan parutan coklat putih juga. Dah itu je yang ada di rumah :). Cuma kali kedua ni saya tabur penuh atas kek dan letak sikit coklat rice yang berwarna. Konon-konon nak bagi ceria ^_^


Nota 1:
Saya bakar kek ni selama 55-60 minit sebab saya bakar adunan sekaligus dalam 1 loyang; tak ada 3 loyang yang sama saiz. Nak bakar satu per satu makan masa pula. Solusinya, bakar je dalam 1 loyang dan potong kepada 3 lapis (saya buat 2 lapis je)

Nota 2:
Kali kedua saya buat kek ni, saya kurangkan kuantiti vanilla extract dalam adunan filling kepada 1/2 sudu kecil sahaja. Rasa vanilla extract tu pada saya terlalu kuat sehingga mendominasi


Selamat mencuba! :)

Thursday, May 17, 2012

3 perkara, 2 kali seminggu

Ada 3 perkara. Dibuat 2 kali seminggu. Apakah ia? Sampai tahun depan la tak ada orang boleh bagi jawapan tepat. Hihi. Bukan nak suruh berteka-teki. Saje je buat intro begitu ^_^. Saya terperasan ada 3 perkara yang saya/kami buat 2 kali dalam tempoh seminggu. Pertamanya BBQ, yang keduanya kek dari resipi yang sama dan yang ketiganya pavlova.


BBQ
Hujung bulan April lepas (28 April 2012; Sabtu), kami buat BBQ untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya yang dah pun tamat pengajian, dah bergraduasi, dah bergelar Doktor (doktor falsafah) dan mereka dah balik ke negara asal masing-masing pun di saat entri ni ditulis. Kami buat majlis kecil-kecilan je pun. Hanya jemput jiran-jiran kami sahaja.

Yang diraikan; Dr. Kim (dalam gambar atas berbaju hitam) dan Dr. Silvana (berbaju hitam dalam gambar bawah). Kim dah pulang ke Thailand pada 1 Mei lepas. Silvana sekeluarga pulang ke Brazil pagi tadi (sekarang ni masih dalam kapal terbang agaknya)


Saya masak yang mudah-mudah je. Hotpot potatoes, pengat pisang dan fudge layer cake. Yang dalam gambar sebelah kanan bawah sekali tu Silvana yang bawa; makanan Brazilian yang kedua-duanya berasaskan ubi kayu




Jumaat berikutnya pula (4 Mei 2012), sekali lagi kami buat BBQ. Tak ada apa yang diraikan. Sekadar suka-suka atas permintaan adik-adik undergrad yang dah habis exam untuk Spring semester. Kami buat pada hari Jumaat petang memandangkan keesokan harinya saya sekeluarga merancang untuk ke Fort Collins, Colorado. Itu pun hampir-hampir tak jadi buat BBQ ni sebab hari yang sama NUMSA menganjurkan majlis Spring Graduation.

Oleh sebab ada beberapa orang yang tak pergi ke majlis NUMSA tu, akhirnya dapat juga buat BBQ petang tu. Memang tak ramai la masa tu. Sebahagian besarnya menghadiri majlis NUMSA. Ditakdirkan juga, perancangan kami untuk ke Fort Collins hanya tinggal angan-angan sahaja. Saat akhir kami terpaksa batalkan hasrat untuk ke sana. Suami saya ada kerja yang perlu disiapkan pula. Sob, sob. Tak apalah. Manusia memang hanya mampu merancang sahaja, kan?



 Yum yum! Banyak juadah ada. Ni la untungnya buat potluck ^_^


Fudge layer cake
Kek ni mulanya saya buat untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya tu. Tengok dari luar macam kek coklat biasa tapi yang membuatkan saya tertarik untuk buat kek ni, filling kek ni yang lain daripada yang lain. Suami saya yang tak minat kek coklat pun kata kek ni sedap. Alhamdulillah, tak sia-sia mencuba. Lepas tu suami saya minta saya buat sekali lagi kek ni. Dia tak puas makan.  Memang betul-betul sedap di tekaknya la tu. Kebiasaannya, dia hanya jamah sikit je kek coklat.

Memandangkan topping kek ni masih berbaki, saya buat sekali lagi 4 hari yang berikutnya (hari Rabu; 2 Mei 2012). Asalnya buat untuk makan sendiri. Kebetulan pula hari Jumaat 2 hari selepas tu kami buat BBQ sekali lagi, saya hidangkan juga kek ni sebagai tambahan juadah yang sedia ada :).

Fudge layer cake. Kalau ikut resipi, kek ni dibuat 3 lapisan tapi saya buat 2 lapis je. Tak berani nak potong kepada 3 lapisan. InsyaAllah nanti saya kongsikan resipinya ye :)



Pavlova
Saya buat pavlova sebagai juadah pencuci mulut masa aktiviti BBQ dengan adik-adik undergrads. Esoknya suami saya minta dibuatkan pavlova sekali lagi :p. Tapi saya tak buat pun keesokan harinya tu. Ada bahan yang tak cukup. 5 hari berikutnya baru saya buat pavlova untuk kali kedua dalam tempoh seminggu. Kebetulan pula hari tu ada tetamu datang ke rumah. Jadi rezeki mereka juga la :). Err..2 hari selepas tu buat pavlova lagi tapi dah kira minggu lain la. Saya buat untuk di bawa ke rumah Fido dan Alif Sophian yang buat acara makan-makan. Suami saya yang minta saya buatkan lagi. Saje guna alasan untuk dibawa ke rumah mereka padahal dia yang nak makan :p.

Yang atas tu saya letak buah strawberi, blueberi dan raspberi. Bawah tu pula saya tak letak raspberi. Ganti dengan mangga. Ceria sikit jadinya ^_^


Nota: InsyaAllah bulan Jun nanti buat BBQ lagi ^_^

Tuesday, May 15, 2012

Insiden tangan Shakir melecur

Masih ingat keadaan tangan Shakir yang melecur dalam entri WW: Melecur? Dalam entri tu saya tak cerita pun apa yang berlaku. Dah nama pun Wordless Wednesday ^_^. Tangan Shakir melecur terkena seterika panas. Insiden tu berlaku pada hari Sabtu (5 Mei 2012).

Saya dah selesai menggosok baju masa tu. Saya letak seterika tu di tempat biasa yang saya letak (Shakir jarang main di situ) dan terus ke bilik sebelah. Waktu tu Shakir tak ada di bilik tempat saya menggosok tu. Tak lama lepas tu tiba-tiba dengar Shakir menangis. Bunyi dia menangis tu macam sakit. Tengok-tengok tangan Shakir dah melecur :(.

Terketar-ketar saya masa tu. Dah la panik tak tahu nak buat apa. Sudahnya saya ikut je naluri saya. Saya dukung Shakir dan terus bawa Shakir ke bilik air. Saya alirkan air paip yang sejuk di tangan Shakir. Alhamdulillah, Shakir terus berhenti menangis. Dalam masa yang sama, saya risau kalau tindakan saya tu salah dan mengakibatkan tangan Shakir jadi lebih teruk. Huhu..

Lepas tu saya cari maklumat pasal kulit terbakar. Mujur cara saya tu betul. Alhamdulillah. Lega la sikit perasaan saya masa tu tapi mungkin saya alirkan air tu dalam tempoh yang sekejap, bahagian yang melecur tu jadi gelembung macam dalam gambar di entri WW: Melecur.

Suami saya bawa Shakir ke hospital melalui emergency room. Hari Sabtu hanya emergency room je yang dibuka. Saya tak ikut sekali. Balik dari hospital, tengok-tengok tangan Shakir berbalut. Doktor suruh buat appointment hari Isnin untuk jumpa pakar kulit.

Keesokan harinya gelembung di tangan Shakir tu pecah. Satu tu pecah dengan sendirinya. Satu lagi tu terpecah. Shakir terjatuh masa tengah main, terkena bahagian gelembung tu.


9 Mei 2012 (Rabu)


Kami ke hospital, jumpa pakar kulit. Doktor cuci bahagian melecur tu. Sebelum tu doktor bagitau mungkin akan berdarah dan sakit sikit bila dicuci dan Shakir mungkin menangis. Dengar macam tu terus bergenang air mata saya. Dah la tu doktor macam tahu-tahu je yang saya nak menangis. Dia cakap saya kena kuat. Tak boleh menangis dan tak boleh tunjuk rasa takut pada Shakir. Lagipun saya kena buat prosedur yang sama bila dah balik rumah nanti. Huhu. Masa tu punya la saya tahan air mata daripada mengalir. Tak nak bagi doktor perasan. Eh, ke sebenarnya dia memang perasan air mata saya dah bergenang? :p

Shakir duduk di pangkuan saya masa doktor cuci tu. Saya hanya pegang tangan Shakir tapi kalih kepala tempat lain. Saya memang tak sanggup nak tengok masa doktor cuci tangan Shakir. Ngeri. Menangis Shakir bila doktor cuci tangannya tu. Huhu...kesian Shakir. Berdarah tangan dia. Nasib baik la sekejap je dia menangis.

Setiap hari bahagian melecur tu perlu dicuci 2 kali sehari. Ya Allah...tak sanggup nak buat! Saya hanya gosok perlahan-lahan je. Tak tergamak nak gosok kuat sikit macam doktor ajar. Terasa macam daging sendiri disiat-siat tiap kali saya cuci tangan Shakir tu. Huhu. 2-3 hari lepas baru saya beranikan diri cuci tangan Shakir ikut cara doktor. Shakir tenang je...macam tak sakit pun. Saya yang terasa ngilu.

Keadaan tangan Shakir yang terkini


Esok insyaAllah akan ke hospital lagi, temujanji kali kedua dengan pakar. Tengok la apa doktor nak kata nanti. Sejak tangan Shakir melecur, hanya 2 kali je Shakir menangis kesakitan. Kali pertama; sebaik sahaja tangannya melecur dan kali kedua; sewaktu doktor pakar cuci tangannya tu. Tengok Shakir kuat, saya pun turut rasa kuat juga. Kalau tak, mahunya sama-sama menangis dengan dia...huhu..


Nota: Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!


Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu 2012

Sempena Hari Ibu 2012, saya dedikasikan lagu ni buat semua yang bergelar ibu/mak/mama/ummi. Ini lagu kegemaran saya buat masa ni. Harap kalian pun suka :)




Video ni buat saya insaf dan memuhasabah diri kembali. Jadi ibu memang kena banyak bersabar dengan ragam dan karenah anak-anak, kan? Adakalanya rasa geram sangat dengan anak-anak. Rasa nak gigit-gigit je :p. Waktu sweet memang la tersangat sweet. Tapi....waktu buat perangai....boleh mendidih darah dibuatnya :p.

Lepas tengok video ni, saya terfikir macam mana la ragam saya masa kecil dulu. Mesti banyak menguji kesabaran mak. Mungkin juga banyak buat mak menangis. Huhu. Sekarang ni saya dah jadi seorang ummi, tahulah saya betapa perlunya saya mendidik diri menjadi seorang yang betul-betul penyabar. Bukan senang. Dah la bersama dengan anak-anak 24 jam. Lagi la kena banyak bersabar :p.

Tak apa. Bersabarlah sedikit masa lagi sementara mereka masih kecil lagi ni. Nanti la mereka dah ada anak sendiri....haaa baru tahu macam mana kita rasa dalam menghadapi karenah mereka ketika kecil sebagaimana yang kita rasa sekarang. ^_^.

Selamat Hari Ibu semua! :)



Nota 1: Setiap kali tengok video ni, tak sah kalau air mata tak mengalir :p

Nota 2: Hari Ibu ada, Hari Bapa pun ada. Hari Atuk dan Hari Nenek tak ada ke? :p


Thursday, May 10, 2012

Kes dera anak sendiri

2 hari lepas di Facebook heboh pasal kes dera oleh ibu kandung sendiri. Ramai juga yang tulis status berkaitan kes tu dan ramai juga yang share di wall masing-masing. Sebelum ni saya tak pernah tengok video anak-anak kecil didera. Tak tergerak tangan saya untuk klik butang Play. Entah kenapa video yang tersebar baru-baru ni 'menarik' hati saya untuk melihatnya.

Belum pun separuh jalan, air mata saya dah bergenang dan serta-merta saya klik butang Pause. Tak mampu nak tengok sampai habis. Tak sanggup melihat si kecil tu berterusan didera. Saya fikir saya dah cukup kuat untuk menonton video sebegitu. Rupanya tak. Lepas daripada tu air mata saya tak berhenti mengalir. Masih terbayang-bayang lagi perlakuan si ibu terhadap anaknya dan teringat-ingat lagi tangisan si kecil tu :'(.

Ramai orang marah dengan perlakuan si ibu. Ye, saya juga marah tapi selepas baca 2 status Facebook daripada dua orang individu berbeza berkenaan kes tersebut, saya jadi termangu. Difikir sejenak, ada betulnya apa yang mereka perkatakan tu. Saya tiada di tempat kejadian, tidaklah layak untuk saya 'menghukum' si ibu dan perakam video tersebut. Saya tak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dengan hanya melihat video berkenaan. Semoga Allah ampuni kesilapan dan sikap terburu-buru saya.


Status pertama
"I wish everyone would calm down and stop to think about it for a second. Every story has two sides of it. Of course everyone is upset for the baby but the mother is also human, and what is her story? What is her problem? Would you care to help her improve herself? Could you set your judgements aside for awhile to help her instead? We know that only a person with a problem would do such a thing; and hey! Guess what? You and I, we've got problems too and behind closed doors when nobody's taking videos, God is watching us make mistakes too but keeping them secret. How would you like it if people judged you for your own mistakes (without trying to understand your problem)? I'm not saying I'm not upset and I'm not saying I condone what she did, but enough already with the cussing and the hate. Love, help, embrace. Seek to understand."
(Najwa; kawan yang saya kenal melalui blog)


Status kedua
"Merujuk kepada video penderaan seorang anak kecil oleh ibunya yang hangat disebarkan di FB/internet 2-3 hari ini...ramai yang mengatakan kata2 kesal, marah, geram kepada ibu bayi tersebut. Malah, ada yang persoalkan tempoh penjara ke atas ibunya sekiranya sabit kesalahan.
Kira rujuk semula kes pembunuhan 2 orang kanak2 di utara kedah tahun lalu oleh ibunya. Sorang berumur 2 tahun dan sorang lagi berumur 6 tahun dengan mencekik anaknya dengan tali (wire sterika, kalau tak salah saya).

Daripada sumber yang dipercayai, iaitu PM Datin Noraziah, pensyarah fakulti undang2 UKM hari ini semasa seminar di UKM berkata, wanita tersebut adalah seorang wanita bersaiz kecil dan bertudung. Beliau telah didera oleh suami dan mertuanya selama 7 tahun. Beliau tidak pernah keluar rumah dan sering didera. Antara kata2 beliau (wanita tersebut) kepada datin semasa di penjara ialah beliau "tidak rela anak2nya didera, biarlah dia sahaja yang didera". Beliau disahkan gila semasa perbicaraan dan sekarang ditempatkan di hospital sakit jiwa. Beliau sering mendengar suara (hearing hallucination) sebelum dan selepas kejadian dan she is on meds).

Kesimpulan daripada kisah ini kita dapati apa yang mereka lakukan itu hanyalah PRESENTING problem dan bukannya ACTUAL problem. Sampai sekarang suami beliau tidak didakwa kerana tiada siapa yang pernah buat aduan.

So, sama macam kes yang baru2 ni, kita tak tahu apakah kisah sebenar wanita tersebut. Ada rumours yang mengatakan anaknya itu adalah hasil daripada kejadian rogol. Wallahu a'lam.
So tempoh 18 bulan penjara atau apa jua tempoh bukanlah faktor/kepentingan utama. Yang penting, kita kena tahu apakah the actual problem. 2. Penjara bukanlah solusi, tetapi merawat dia secara holistik approach iaitu support, physical, emosional, psychological dan educate beliau.

Utk penggubal undang2, it took them 18 years to do the new pindaan ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga (1994-2012). Akta Kanak2 pula pada tahun 2001. As we can see, it is not easy to rangka undang2. Bcoz there are other things we dont understand/see during handling of each case.
The factors/causes are usually multifactorial. Dan antara penyumbang utama kepada penderaan/keganasan rumah tangga ialah stres.

So, as public, first thing we must do is empathy.
2. ask why it happens in the first place
3. Penjara is not always the solution. But to educate the society, the victim and the criminal.

(p/s jgn lupa kos membiayai penjara ialah berjuta2).

Wallahu a'lam."

(Dr. Nazhatul Muna)



Wednesday, May 9, 2012

WW: Melecur

:(




Nota: Nanti saya cerita kemudian, insyaAllah

Sunday, May 6, 2012

Safiyyah, Shakir dan bunga

Sebelum ni saya upload gambar bunga tanpa model. Kali ni saya sertakan sekali gambar bunga dan 2 orang modelnya ^_^. Gambar-gambar ni saya ambil di sekitar Lincoln pada lima tarikh yang berbeza.










Safiyyah terjumpa rama-rama! ^_^








^_^




Gambar akhir ni dari kamera Raihan; salah seorang undergrad student di sini.
Terima kasih Raihan! :)



Thursday, May 3, 2012

Akhbar yang memualkan

Seminggu blog ni sepi. Bukan sibuk. Bukan juga tiada idea. Saya juga tak ke mana-mana pun selama seminggu ni. Cumanya, dada saya terasa sesak. Sesak bukan dalam erti kata yang sebenar. Mengikuti isu semasa tanahair menjadikan saya 'kelemasan' sehinggalah yang terkini, perihal akhbar yang menjelikkan. Rasanya ramai yang dah sedia maklum akhbar mana yang dimaksudkan dan pasti juga ramai terkejut melihat muka hadapan akhbar berkenaan.

Saya juga turut terkedu. Macam tak percaya hal yang sebegitu dan gambar yang tak senonoh begitu menjadi pilihan untuk dimuatkan di dada akhbar. Lebih memualkan, ianya terpampang di muka hadapan akhbar berkenaan! Dah jadi macam bahan lucah pula. Sedih.

Tak terfikir ke mereka akan akibatnya terhadap generasi pewaris negara akan datang? Sudah la akhlak muda-mudi sekarang ni merosot, ditambah pula dengan perkara sebegini. Apa pula nak dijawab kalau anak-anak kecil yang baru nak mengenal dunia bertanya perihal gambar-gambar tersebut???

Sedihnya negara sendiri jadi begini :(.


"Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad."
(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

"Slm, sebagai seorang Muslim, saya mengingatkan setiap umat Islam agar menentang usaha mnyebarkan prkr fahisyah (lucah), kerana Allah swt Berfirman Dlm surah al Nur ayat 19, maksudnya, sesungguhnya orang2 yang suka menyebarkan perkara keji (fahisyah) dalam kalangan orang2 yg Beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia & akhirat, Dan Allah swt mengetahui apa yg tidak kamu ketahui."
(Ustaz Zahazan Mohamed)


Nota: Jangan sesekali mengundang bala Allah kerana bala Allah tak mengenal sesiapa. Semua akan kena :(