Pages

Sunday, November 25, 2012

Thanksgiving dinner dan Black Friday

Khamis lepas kami sekeluarga memenuhi jemputan Thanksgiving dinner di rumah Dr. Brewer; Head of Department of Entomology, UNL. 3 tahun berturut-turut kami ke sana. Tahun pertama kami di sini je yang kami tak pergi. Masa tu naif lagi. Entah apa-apa je yang difikir masa tu. Isu utamanya bab makananlah. Buat apa pergi kalau tak boleh makan? Nanti ada 'minum-minum' macam mana? Itulah penyebab utama kami tak turut serta di rumah Dr. Brewer.

Lepas itulah belajar sikit-sikit cara bersosial di sini. Kalau nak diikutkan, bukanlah nak pergi makan sangat pun. Sekadar tunjuk muka sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka tahu Muslim juga bergaul dengan non-Muslim. Sekurang-kurangnya juga persepsi negatif mereka terhadap Muslim (sekiranya ada) berubah sedikit sebanyak. 'Minum-minum'? Minuman yang memabukkan memang biasa dihidangkan. Biar sahajalah mereka nak 'minum'. Dah itu memang minuman mereka.


Masing-masing baru sampai je masa ni. Tahun ni tak ramai ke rumah Dr. Brewer berbanding dua thanksgiving dinner yang lepas. Ada yang dah balik ke negara asal masing-masing dan ada juga yang punya agenda tersendiri.


Juadah utama. Dah 3 kali kami ke sana, Mrs. Brewer pun dah tahu ada sesetengah makanan yang kami tak boleh makan. Awal-awal lagi dia maklumkan makanan mana yang boleh makan, yang mana kami tak boleh makan. Berbanding kali pertama dulu, kami kena terangkan. Kini, dia dah sedia memahami :).


Makan, berbual, makan, berbual...


Pinggan saya. Sikit je yang saya ambil. Tekak tak gemar sangat makanan omputih. Sikit-sikit bolehlah.


Tuan rumah; Dr. & Mrs. Brewer.


Dessert.


Sempat bersembang sebelum beredar.


Lebih kurang 3 jam juga kami di rumah Dr. Brewer. Sampai rumah terus terbaring. Pinggang sakit akibat duduk lama. Hampir tengah malamnya pula, suami keluar. Pergi shopping sempena Black Friday sale :p. Saya memang tak dapat nak pergilah. Ikutkan hati nak jugalah tengok sendiri macam mana keadaannya semasa Black Friday sale ni. Masa anak baru seorang pun suami tak bagi ikut, inikan pula dah dua orang. Ditambah pula perut yang semakin memboyot ni...lagilah dia tak bagi ikut.

Nak kata betapa 'hebat'nya penangan Black Friday, seawal jam 4 petang orang dah menunggu di luar kedai sedangkan sale hanya bermula pada waktu tengah malam. Black Friday punya pasal, sanggup orang beratur berjam-jam lamanya di luar kedai dalam keadaan sejuk. Macam tak ada kerja lain pula yang boleh dibuat >_<.

Usai solat Subuh pagi esoknya, barulah saya tengok apa yang suami beli. Baju anak-anak je pun. Yang paling berbaloi, winter jacket Shakir. Harga asalnya 60 dollar. Harga Black Friday sale, 15.95 dollar. Murah sangat! Sebelum ni lagi suami mencari baju winter untuk Shakir tapi tak terbeli sebab harga mahal. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Shakir masa Black Friday.

Saya tak mengharapkan apa-apa pun. Susah nak dapat apa yang saya mahukan. Sekali suami tanya ada tengok ke baju yang dibeli untuk saya? Saya ternampak macam baju kemeja dalam beg plastik tapi saya fikirkan baju suami. Jadinya, saya tak usiklah. Rupanya, baju saya! Kedua-duanya warna biru, bukan warna kegemaran saya, lagilah saya tak sangka itu baju saya. Tak sangka ada juga 'habuan' untuk saya masa Black Friday tahun ni ^_^.

Walaupun warnanya bukan kegemaran saya, kedua-dua baju ni memenuhi kriteria yang saya inginkan; berlengan panjang, cutting longgar dan labuh mencecah paras lutut. Sangat selesa pakai baju begini! Di sini, baju begini dipanggil dress. Kalau bukan waktu sale, paling murah harganya antara 60-70 dollar. Kalau sale pun biasanya dalam 20-35 dollar. Susah nak dapat baju macam ni waktu sale...saiz saya selalu kehabisan stok >_<. Yang suami saya belikan ni sehelai 11 dollar, sehelai lagi 15 dollar. Rezeki :).



Nota:

  1. Cerita thanksgiving dinner tahun 2010 boleh baca di entri Safiyyah dan Thanksgiving Dinner. Yang tahun lepas saya tak buat entrinya. Angin M melanda rasanya masa tu >_<.
  2. Bagi yang tak tahu apa itu thanksgiving, black Friday...boleh baca dalam entri Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday. :)

9 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kira oke gak la sebab ader gak nasik goreng ekkk....dessert malatopppp gituew @.@

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

cantik dress tu..mane nadiah yang terkini? hihi..

Mixed-family in da house.... said...

eh ada nasi lah...macam nasi goreng....mat salleh pon pandai mkn nasi dah ker?

Syigim said...

black friday sale ni mmg gile ye? tgk paper n news pun mcm gile2 org siap camping kat luar target. mmg murah sgt ye? ye la dr 60 dpt 11$ kira bagus tu! nanti amik gamba pakai baju baru ye? ;)

Cik Siti Hajar said...

kak..kita ingat nak kirim sehelai dua baju kat akk lah.. balik next year kan??

nak jugak merasa baju dr sana.. :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kalau harga dah runtuh macam tu.. memang ramai lah yang beraturkan :P
Tak kira sejuk dah masa tu... kalau akak pun joint sama beratur hihihi :D

yatie chomeyl said...

bestnya dpt shopping msa black friday. kalau i kan, x kira lah boyot ke x..mesti beria jugak nak ikut hahahaha

Oyis said...

baiknya SV jemput student2 dia dtg thanksgiving. di UK ni x sambut thanksgiving. but then again xmas pon SV saya bkn jenis open house. very separate life kerja dan life family dia :)

mama aryan said...

akak pun suka dress yg mcm tu..labuh & berlengan pjg,klau pink kaler lg suka..hehe