Pages

Sunday, May 17, 2009

Dalam komuter

"Excuse me, boleh tak tolong bagi kakak ni duduk?" kata seorang pemuda cina pada seorang gadis.

Gadis tu walaupun nampak keletihan, dibangun dan diberi juga kakak tu duduk.

"Thank you," pemuda cina tu berterima kasih pada gadis tadi.


Kejadian tu berlaku hari Sabtu lepas dalam komuter sewaktu saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah dari Midvalley. Masa tu komuter penuh dengan orang. Semua berhimpit-himpit. Dah jadi macam sardin lak. Nak tunggu komuter seterusnya entah bila pula nak sampainya. Masa tu dah pukul 7 pm. Nak tak nak, naik je la walaupun terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. By the time sampai rumah, dah Maghrib, boleh terus solat.


Tabik saya pada pemuda cina tu. Prihatin orangnya. Kakak tu tengah mendukung anaknya yang sedang tidur. Anaknya mungkin berusia 4-5 tahun. Sedangkan saya pun dah tak larat nak dukung Safiyyah lama-lama yang baru berusia 4 bulan setengah, inikan pula kakak tu.


Tak ramai yang ada sikap seperti pemuda cina tu. Setiap kali saya menaiki komuter, selalu yang saya perhatikan, ramai yang buat-buat 'buta', tak nampak ada orang lain lagi yang sepatutnya diberi tempat duduk. Takde inisiatif pun nak mengutamakan orang yang lebih memerlukan tempat duduk. Masing-masing mengambil sikap tak peduli dan mementingkan diri sendiri. Hmm...macam mana ye nak bagi kesedaran pada mereka-mereka itu..?


5 comments:

Farah said...

hi...salam terjah hihi...please vote my nursing wear! thanks...

daud.montak.zakaria said...

Den teringat jgak kek satu iklan di tv suatu waktu dulu dimana penumpang lelaki yang macho buat tak tau je kat penumpang kurang upaya...tapi adakah ia beri kesedaran???

dora said...

memang tak ramai yg ada kesedaran mcm tu sekrg.... kak dora selalu akan bg tempat gak kat org yg lebih memerlukan sebb sentiasa pikir dlm kepala 'what goes around comes around'.. mana tahu turn kita plak kan.... nadiah and hubby nak sambung study kat us ker?? seronoknyer.... berapa lama? sambung master atau phd? pasal soalan milk maid tea tu, rasanya ok jer mcm teh tawar.. setakat ni akak boleh minum jer.. takder la rasa pahit macam jamuakar kayu tu...
kalau nadiah ada kat penang boleh bg try seuncang....

pali said...

eh, kak nadiah, jgn la puji mcm tu sekali, nanti orang tahu saya le lelaki cina tu, lelaki cina kulit sawo matang
hahaha

Nadiah Sidek said...

@ farah: sila...sila la terjah. hehe..


@ ukmstudio: sy pun masih ingt iklan tu. hmm...mmg tak memberi apa2 kesan / kesedaran pun..


@ dora: betul tu kak...mgkn satu saat nnt giliran kita lak. hsbnd yg nk smbg study. nadiah jaga rmh je. hehe. insyaAllah hsbnd nk smbg phd...dlm 4 thn kot. oo ye ke...mcm nk try je milk maid tea tu =)


@ pali: haha! sejak bila pulak encik pali ni jd anak cina??