Pages

Sunday, May 31, 2009

Pameran Buku Read Malaysia '09

Just nak inform..

PAMERAN BUKU READ MALAYSIA '09 akan diadakan pada:

29 Mei - 7 Jun 2009


Bertempat di:

MINES RESORT CITY,
Seri Kembangan,
Selangor


Pada jam:

11 pagi - 10 malam



Masuk adalah PERCUMA!!!


p/s: hajat di hati memang nak pergi..sebagai pengubat hati tak dapat nak pergi Pesta Buku di PWTC hari tu..huhu..


p/p/s: sape-sape yang ke pameran buku tu...boleh la singgah ke rumah saya...dekat je..tapi kalau jalan kaki jauh la..hehe


Berjalan-jalan di Bukit Bintang

Tengahari tadi kami bertiga (saya, suami dan Safiyyah) berjalan-jalan di Bukit Bintang. Sebelum tu singgah ke kenduri kahwin jiran. Saje nak bawa Safiyyah jalan-jalan untuk biasakan dia dengan keadaan ramai orang sambil-sambil mencari barang yang diperlukan. So far alhamdulillah, Safiyyah tak meragam. Diam je dia tengok sekeliling cuma bila dah nak sampai ke rumah baru dia meragam. Mungkin dia dah rasa tak selesa dan keletihan agaknya.



Lepas duk pusing-pusing, akhirnya ini yang saya beli:







Ikutkan hati, saya tak gemar pakai beg besar tapi bila dah ada anak ni terpaksa juga la. Mana tidaknya..setiap kali nak keluar walaupun sekejap, kena bawa sekali diaper 2-3 keping, botol susu, baju bersih 2-3 pasang, puting, alat mainan, nursing cover dan benda-benda lain yang seangkatan dengannya.



Sambil-sambil tu duk survey stroller. Ingatnya nak beli juga stroller. Safiyyah lebih selesa, ummi dan papa pun turut selesa kalau nak ke mana-mana. Saya idamkan stroller yang boleh diubah suai penyandarnya daripada keadaan duduk ke baring, dan sebaliknya. Juga sedikit besar supaya boleh digunakan sehingga umur Safiyyah 2-3 tahun. Apa pun, kena bergantung pada budget juga la. Sejak ada anak ni, banyak duit terpaksa dilaburkan. Barang-barang sekarang ni pulak bukannya murah. Baju baby sehelai pun (sehelai, bukan sepasang) mencecah puluhan ringgit. *sigh*. Jadinya, kena la pandai-pandai berbelanja dan rancang ekonomi..



Saya duk cari juga blouse labuh berbutang depan supaya mudah nak BF Safiyyah tapi tak jumpa. Kalau ada pun, jarang (transparent). Kalau tak jarang, lengannya singkat la pulak! *sigh again*. Hmm...bukan rezeki saya gamaknya..



Wednesday, May 27, 2009

Award from Jiji

I was given this



from
Jiji



p/s: dengan muka tak malunya saya ambil award ni. Hehe. Anyway, thank you!


Tuesday, May 26, 2009

Bentan

Saya baru je baca salah satu topik dalam majalah Pa&Ma. Makanan Sejuk vs Makanan Panas. Itu tajuknya. Ia ada kaitan dengan bentan. Saya teringat insiden yang berlaku semasa saya dalam tempoh berpantang. Hampir 2 minggu selepas Safiyyah dilahirkan, saya demam. Demam yang saya rasakan tak seperti demam biasa yang pernah saya alami. Serasa tak larat sangat nak bangun tapi demi anak, saya gagahkan jua untuk menyusukannya.


"Mak risau kamu bentan je ni. Itu la, mak suruh pantang betul-betul tak nak. Degil. Kalau kena bentan nanti nak bangkit pun tak boleh tahu tak," kata mak.


Masa tu saya tak tahu apa itu bentan. Nak bertanya inginkan kepastian tapi saya takut. Saya takut saya betul-betul kena bentan walaupun saya tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan bentan. Alhamdulillah selepas 3 hari, demam saya kebah.


Tika itu baru saya berani bertanya mak, "Mak, bentan tu macam mana?"


"Bentan tu demam teruk. Kalau kena bentan susah nak baik. Ada orang kena berminggu-minggu, ada yang berbulan-bulan baru baik. Nak bangun memang tak boleh. Tu sebab mak suruh pantang betul-betul. Bukan saje-saje nak suruh berpantang. Makanan sejuk tak boleh makan. Nasi pun kena makan masa panas-panas. Badan kena sentiasa panas. Dulu masa mak pantang, kalau tak pakai sweater, tak pakai stokin...hah siaplah kena marah dengan opah kamu. Tak kira la cuaca panas ke, kena juga pakai sweater dengan stokin tebal sampai basah kuyup jadinya bermandi peluh. Ini kamu mak tengok kejap pakai kejap tak pakai. Nasib baik tak bentan," panjang lebar leteran mak saya tika tu.


Saya hanya mendiamkan diri. Tak berani nak bersuara. Sedar kesilapan diri tapi saya memang susah mendisiplinkan diri sewaktu berpantang. Namun saya tetap bersyukur demam yang saya alami bukannya bentan. Mungkin keadaan diri yang masih lemah kesan daripada proses bersalin membuatkan demam yang saya alami agak 'kuat' berbanding kebiasaannya. Apa pun, ia tetap menjadi peringatan buat diri saya sendiri...


American Inventor

Jumaat lepas secara tak sengaja saya menonton rancangan American Inventor yang ditayangkan di NTV7. Rancangan tu mula pukul 8.30 pm tapi saya tengok pun dah pukul 9 pm. Tak tahu pun kewujudan rancangan tu. Duk main tukar-tukar channel then terperasan rancangan ni.


American Inventor ni suatu pertandingan mencipta sesuatu yang baru. Tak disangka ramai juga peserta yang mencuba nasib. Ada sorang tu pernah mencuba nasib tahun lalu tapi gagal kerana ditolak oleh para juri tapi tetap tak berputus asa mencuba nasib bagi kali ke-2 dan akhirnya usahanya berbaloi apabila hasil ciptaannya diterima para juri untuk dipertandingkan.


Alangkah bagusnya kalau rancangan seumpama ini dibuat di Malaysia. Sekurang-kurangnya rancangan macam ni dapat menggerakkan minda bagi mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru yang tak terfikir dek orang lain.


Apa yang saya lihat sekarang ni terlalu banyak pertandingan-pertandingan nyanyian dengan ganjaran yang mewah dijanjikan kepada pemenang. Bukan sedikit pula tu yang nak masuk bertanding tapi cukup ramai. Sangat ramai. Entahkan mereka hendak mengejar habuan yang dijanjikan tu atau benar-benar hendak menjadi penyanyi, hanya mereka yang punya jawapannya.


Malaysian Idol, Akademi Fantasia, One in a Million...malah Bintang Kecil (eh...Bintang Kecil ke Idola Kecil ek? Lupa pula saya) pun ada! Itu hanya sebahagiannya sahaja...banyak lagi yang tak tersenarai. Gusar saya dengan senario ni. Bimbang barisan pelapis masa depan jadi malas nak belajar hatta berfikir sekalipun!


"Alah...buat apa susah-susah belajar...jadi penyanyi lagi senang. Boleh dapat duit jugak. Glamor lak tu!"


Mungkinkah dialog sedemikian rupa akan dilontarkan suatu hari nanti? Saya harap ianya tidak berlaku sama sekali...


Sunday, May 17, 2009

Dalam komuter

"Excuse me, boleh tak tolong bagi kakak ni duduk?" kata seorang pemuda cina pada seorang gadis.

Gadis tu walaupun nampak keletihan, dibangun dan diberi juga kakak tu duduk.

"Thank you," pemuda cina tu berterima kasih pada gadis tadi.


Kejadian tu berlaku hari Sabtu lepas dalam komuter sewaktu saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah dari Midvalley. Masa tu komuter penuh dengan orang. Semua berhimpit-himpit. Dah jadi macam sardin lak. Nak tunggu komuter seterusnya entah bila pula nak sampainya. Masa tu dah pukul 7 pm. Nak tak nak, naik je la walaupun terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. By the time sampai rumah, dah Maghrib, boleh terus solat.


Tabik saya pada pemuda cina tu. Prihatin orangnya. Kakak tu tengah mendukung anaknya yang sedang tidur. Anaknya mungkin berusia 4-5 tahun. Sedangkan saya pun dah tak larat nak dukung Safiyyah lama-lama yang baru berusia 4 bulan setengah, inikan pula kakak tu.


Tak ramai yang ada sikap seperti pemuda cina tu. Setiap kali saya menaiki komuter, selalu yang saya perhatikan, ramai yang buat-buat 'buta', tak nampak ada orang lain lagi yang sepatutnya diberi tempat duduk. Takde inisiatif pun nak mengutamakan orang yang lebih memerlukan tempat duduk. Masing-masing mengambil sikap tak peduli dan mementingkan diri sendiri. Hmm...macam mana ye nak bagi kesedaran pada mereka-mereka itu..?


Friday, May 15, 2009

Satu hari di Kedutaan Amerika

Pada suatu hari yang tenang, berkatalah Encik Z kepada isterinya, Puan N, "Isi borang-borang ni. Esok pagi kul 9.20 kita ada interview visa tau."


Puan N hanya mengangguk-anggukkan kepala.


Tak sampai seminit, Puan N bersuara, "Eh, nanti diorang nak tanya apa? Dia tanya abang sorang ke atau isteri sekali?"

"Dua-dua la. Soalan basic je..contohnya..kenapa nak pergi US? Nanti jawab la teman suami gi belajar," jawab Encik Z.

"Ooo...pukul berapa kita nak bertolak esok? Lepas Subuh ke?" tanya Puan N.

"Isy, takde la awal sangat. Dalam kul 8 kita keluar la," jawab Encik Z.

"Eh...hari tu abang kata kena ada kat sana sejam sebelum waktu interview," ujar Puan N kehairanan.

"Abang tersilap. Abang baca dah betul-betul peraturannya," Encik Z mengakui kesilapannya.


*********************************************************************

Keesokan harinya di bangunan Kedutaan Amerika...Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi...

"Nasib baik sempat sampai. Berdebar-debar abang dalam kereta tadi. Ingatkan tak sempat sampai. Jammed teruk tadi. Takut nanti disuruh balik sebab lambat," masih kedengaran cemas bunyinya.

"Tahu. Masa dalam kereta tadi perasan abang asyik tengok jam tapi duk cover-cover tak nak bagi ayah perasan," ujar Puan N sambil tergelak kecil.


Setelah selesai berurusan dengan security, Encik Z dan Puan N mengambil tempat di ruangan menunggu. Angka yang tercatat di kertas kecil tu adalah A061. Oh...ada 12 orang dalam waiting list.


"Lama lagi la ni..." rungut Puan N.


Akhirnya...giliran A061 tiba jua. Bergegas la Encik Z dan Puan N ke bahagian kaunter untuk diperiksa segala borang berkaitan. Selesai urusan, Encik Z dan Puan N diminta duduk dulu sebelum dipanggil untuk diambil cap jari dan ditemuduga. Sambil-sambil menunggu tu melilau mata Puan N melihat sekeliling...


"Orang tu cakap bahasa Cina la dengan visitor Cina tu. Bagusnya. Kalau nak kerja kat sini kena pandai banyak bahasa la ek," berkata Puan N kepada suaminya sambil menunjuk ke arah salah seorang petugas kaunter di situ.

"Ye kot," pendek je jawapan Encik Z.

"Abang...muka diorang jenis panjang, kan?" Puan N bersuara lagi. Kali ni merujuk kepada 2 orang lagi petugas bangsa asing di kaunter.

"Banyak betul komennya," respon Encik Z. Malas melayan omelan isterinya barangkali.

"La...orang bukannya komen. Orang beritahu je. Cuba abang tengok. Muka orang Asia kebanyakannya agak bulat, diorang lak agak panjang," jelas Puan N.

"Allah Maha Hebat. Macam-macam rupa dijadikan manusia ni," bisik hati Puan N.

"Eh...abang, kenapa orang tu kena tanya banyak?" Puan N bertanya.

"Tengah interview tu," jawab pula Encik Z.

"Hah?? Interview kat sini ke? Kat kaunter-kaunter tu je?"


Sambil tersenyum Encik Z menganggukkan kepalanya. Mungkin Encik Z pun baru tahu keadaan sebenar pemohon visa ditemuduga.


"La...sebelum ni duk terbayang macam interview nak minta kerja tu...duk dalam bilik khas. Rupanya kat kaunter je. Penat je duk berdebar-debar," ngomel Puan N.


Melihatkan si suami hanya berdiam diri, Puan N menyambung lagi omelannya, "Harap-harapnya abang dapat kat kaunter 4 tu ye bang. Orangnya nampak mesra je. Sambut orang yang nak ditemuduga dengan senyuman. Peramah lak tu. Nanti takde la rasa gugup. Tak pun kaunter 5 ke...macam tak banyak kena soal je kat situ."


Encik Z hanya mengerling sekilas ke arah petugas di kaunter 4 dan 5.


Akhirnya Encik Z dan Puan N dipanggil ke kaunter 5 untuk ditemuduga. Puan N tersenyum senang. Macam-macam la yang ditanya penemuduga tu kepada Encik Z. Ambil bidang apa, kalau ke US nanti nak ambil ijazah apa, sampai la ke soalan berikutnya...


"May I see your marriage certificate? Did you bring it?" tanya penemuduga berkenaan.

"I forgot to bring it," jawab Encik Z.

"Did you have any proof to show that both of you have been married? How about your daughter's birth certificate?" penemuduga bertanya lagi.

"Oh...I've left it too," jawab Encik Z lagi. Jelas terpancar kegusaran di wajahnya.

"Hmm...can you speak in English?" Puan N pula ditanya.


Puan N hanya menganggukkan kepala.


"How long you have been married?" bertanya lagi Encik penemubual kepada Puan N.

"Erm...1 year," jawab Puan N. Mahu dijawab setahun lebih tapi hanya perkataan setahun yang keluar.

"How old are your daughter?" Puan N ditanya lagi.

"4 months," ringkas jawapan Puan N.


Penemuduga tersebut tersenyum sinis. Puan N terpinga-pinga tidak mengerti maksud senyuman lelaki si penemuduga itu.


"You know what? These things always happen. We never know whether you've been married or no unless you show the proofs. Hmm...we will contact Washington first and when we have the approval from Washington, only then we call you back. Maybe in a week like that. And when you come back again, please bring along your marriage certificate and your daughter's birth certificate with this yellow letter and 3 passports," Encik penemuduga menjelaskan panjang lebar.


Berkata-kata Puan N dalam hatinya, "Takkan la hanya kerana tak bawa sijil kahwin, visa digantung kelulusannya...? Amerika pulak tu...! Uik...sejak bila negara tu mementingkan hal-hal sebegini...? Atau diskriminasi yang sebenarnya ...?"


Setelah selesai semuanya, Encik Z dan Puan N pun berangkat pulang dengan wajah yang sugul.


"Takpe la, mesti ada hikmah di sebalik semuanya ni..." Encik Z dan Puan N memujuk hati masing-masing.



******************************************************************



Apakah ada episod sambungannya? Tunggu dan lihat je la...


Thursday, May 14, 2009

Selamat tinggal USM...

Selamat tinggal USM...huhu...akhirnya universiti kesayangan ditinggalkan jua. Panjang umur dapatlah ke USM semula. Masa tu pun pasti USM dah berubah 'wajah'. Sekarang ni pun banyak renovation dibuat. Terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang saya berada di sana. Pahit, manis, kelat...semua ada! Banyak juga yang saya pelajari di sana. Ooh...rupanya dah lebih 6 tahun saya di USM...sejak tahun 2002 lagi!


Sebelum bertolak ke KL sempat juga bertemu dengan Dr. Nasri. He's so excited jumpa Safiyyah! Tu la...diajak datang ke rumah sampai ke sudah tak sampai-sampai. Dr. Nasri pun akan meninggalkan USM awal Jun ni...nak balik ke negeri kesayangannya di Sabah (di UMS nanti Dr. Nasri jadi Prof Madya pulak..tahniah Dr!). Huhu...ramai lecturer yang best-best nak berhijrah. Tak bestnya :(


Yang berbaju warna maroon tu la Dr. Nasri




Owh...saya sempat jumpa Ain juga!



Safiyyah dan opah Ain..eh...silap...makcik Ain..hehe

Sunday, May 10, 2009

Hadiah Hari Ibu

Hari Ibu tahun lepas suami saya menghadiahkan saya sebuah buku, sekeping kad dan tiga kuntum bunga ros warna pink, merah dan jingga (masa tu baru je dapat tahu yang saya hamil)...






Tahun ni pula saya mendapat sepasang kasut...





Bersama sekeping kad...





Juga sepotong kek!





p/s: hubby dear...thank you so much!




Saturday, May 9, 2009

Sembur-sembur dan Percubaan pertama

Sekarang Safiyyah dah ada hobi baru...sembur air liur! Isy, isy, isy...comotnya la anak ummi duk main air liur. Entah mana dibelajarnya sembur-sembur air liur ni.


video



Oh ya, semalam mak ayah saya datang nak ambil kami dan barang-barang kami yang berlambak tu (akhirnya, barang-barang kami je yang balik ke Serdang. Kami terpaksa ditinggalkan balik sendiri gara-gara barang penuh sangat dalam van. Dah tak boleh nak duduk dah!). Saya pun cerita la pasal hobi baru Safiyyah pada mak saya.


"Safiyyah sekarang duk main sembur-sembur air liur lak. 'Bersembang' pun dah tak sangat sebab asyik sembur air liur je," beritahu saya pada mak.

"Budak kecik biasa la macam tu. Apa lagi mainan yang dia ada selain yang ada kat badan dia sendiri. Dia dah dapat benda baru (sembur air liur), takde la dia nak bersembang sangat dah," mak saya menerangkan.

"Tapi kalau budak selalu sembur air liur ni nanti rambut maknya akan gugur. Lagi banyak dia menyembur, lagi banyak la rambut gugur," mak saya menyambung lagi.

"Ye ke? Isy, tak percaya la. Mitos mana yang mak guna pakai ni?"


Kadang-kadang saya sendiri pun tak tahu mana satu mitos mana satu fakta. Sejak mengandung dulu banyak juga la ayat-ayat yang saya dengar dan banyak juga yang tak boleh diterima akal saya! Tak tahu nak percaya ke tak. Pening..pening..

Owh...Jumaat malam lepas, Safiyyah berjaya dalam percubaan pertamanya mengiring. Sebelum ni duk tertunggu-tunggu bila la dia nak mengiring. Berjaya juga akhirnya...yeay!

video



p/s: Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di luar sana! (ibu negeri, ibu roti, ibu jari, ibu kota dan yang seangkatannya tak termasuk ye! hehe). Happy Mother's Day!!!




Friday, May 8, 2009

Medical check up

Semalam kami ke Klinik Kesihatan USM buat medical check-up. Sejak peristiwa yang berlaku satu ketika dulu...tatkala penyakit datang menjengah...bertemu dengan salah seorang Doktor yang lebih sibuk menatap skrin komputer tanpa menoleh ke arah saya walaupun sekilas...saya sudah tawar hati ke klinik berkenaan.




"Awak sakit apa?" Ingat lagi ayat pertama Doktor tu sebaik sahaja saya masuk ke biliknya.


Hati saya berkata-kata, "La...kalau la saya tahu saya sakit apa, takde la saya jumpa Doktor."




Jangankan kata nak periksa nadi saya ke...degupan jantung saya ke...tengok saya pun tidak! Walaupun sedari dulu saya tak suka ke klinik (temankan orang ke klinik takpe)...namun belum pernah saya berjumpa dengan Doktor sedemikian rupa (owh...mujur saya sudah lupa Doktor yang mana satu).


Tapi disebabkan saya belum pernah masuk ke klinik USM yang baru dan besar tu (kafe kesayangan saya dirobohkan gara-gara nak buat klinik yang lebih besar dan cantik itu. Huhu...rindunya pada kafe Cahaya!), saya bersetuju je la dengan suami buat medical check up di situ. Memang cantik dan besar klinik baru tu kalau nak dibandingkan dengan yang lama.




Mula-mula kena check tekanan darah, timbang berat badan dan ukur ketinggian, check mata (waa...mata saya semakin teruk rabunnya gara-gara dah lama tak pakai cermin mata..), pastu check urine, pastu buat chest X-Ray (uh...tak sukanya saya!), pastu baru jumpa Doktor. Dek kerana kebosanan menunggu, Safiyyah pun terlena (dia memang mengantuk pun sebenarnya...hehe..)



Lena dalam baby sling



Kami bertemu dengan Doktor Norlela Maarup. Saya sukakan Doktor itu! Baik orangnya. Peramah lak tu. Yang lawaknya masa dia tengok filem X-ray suami saya..


"En. Zaki, ni awak punya X-ray ke?" Doktor Norlela bertanya inginkan kepastian.


"Ye kot...cuba tengok nama kat situ. Haa, ye la saya punya," jawab suami saya.


"Macam orang tua je," komen Doktor Norlela.


"Macam orang tua???" terpinga-pinga kami dengan komen Doktor Norlela.


"Ye la, cuba awak tengok tulang awak ni. Awak dah lama tak exercise ye?" duga Doktor Norlela.


Tersipu-sipu suami saya menjawab, "Dah 4 bulan dah saya tak exercise. Sejak isteri saya bersalin."


"Eh, awak yang bersalin ke isteri awak?" haha...tergelak saya dibuatnya!


"Takde la Doktor, saya duk berulang ke KL masa isteri saya dalam pantang," jelas suami saya.




Tiba-tiba perhatian beralih pada saya pula...




"Awak pantang kat KL ke?" saya ditanya.


"A'ah," saya mengiyakan.


"Kenapa tak pantang kat sini je? Pantang je la kat sini..belajar la. Nanti kalau awak beranak kat U.S. sana..hah macam mana?" uik..saya pulak yang kena!



Hehe...senyum aje la saya..



"Awak tak mengandung, kan? Zaman sekarang ni walaupun menyusu badan, cepat je lekat. Bukan macam dulu-dulu. Kena jaga la betul-betul, rancang betul-betul. Tapi kat sana awak tak kerja, kan? Kalau macam tu takpe la. Dah tak kerja, kat sana nanti awak beranak je la," adoi...terkena lagi saya!


"Nanti anak awak ni besar sikit lagi, minum fresh milk je la dia kat sana. Sana mana ada susu-susu tin ni. Malaysia je yang duk pakai susu-susu tin," sambung Doktor Norlela sebelum menamatkan perbualan.




Wednesday, May 6, 2009

Mengimbau kenangan part 2

Saya masih ingat lagi...saya selalu jadikan Noorul Ain Mohd Akib sebagai 'mangsa' saya. Sejak sahabat-sahabat yang rapat dengan saya 'meninggalkan' saya membawa haluan masing-masing, saya rapat pula dengan Nurulhuda Mohd Sanusi dan Noorul Ain Mohd Akib (entah kenapa sejak di USM saya lebih rapat dengan 'adik-adik' berbanding dengan yang sebaya dengan saya). Tapi saya lebih rapat dengan Ain memandangkan kami 1 school (di USM, Pusat Pengajian dipanggil school).


Antara tempoh bertunang dan berkahwin, selalu la Ain saya jadikan mangsa menemani saya jika memerlukan saya bertemu dengan tunang saya. Tapi Ain tetap sporting! Ajak je la, pasti dia setuju unless kalau dia ada kerja yang perlu disiapkan segera. InsyaAllah saya takkan lupa jasa baik dia selama ni... (Ain memang seorang sahabat yang baik...beruntung rasanya dapat mengenalinya...)


Saya juga masih ingat...kad kahwin kami lambat siap! Lagi sebulan nak akad nikah baru siap. Itu pun, bila dah siap, ada masalah. Ayah saya yang tolong tempahkan kad tu. Nak dijadikan cerita, ayah saya tak check dulu kad tu sebelum ambil. Beberapa hari sebelum tu ayah saya ada pergi ke kedai berkenaan untuk check dulu sebelum di'print out'. Ayah saya ada minta dibetulkan ejaan sikit, yang lain ok, takde masalah. Tapi ayah saya tak check untuk kali kedua lepas kad tu siap. Lepas bayar ayah saya terus ambil je. Bila balik, mak saya yang tengok. Arghh...ntah apa-apa je jadi kad tu. Setting lari...font jadi besar semacam!


Mahu mak saya tak marah! Nak hantar balik ke kedai tu memang dah tak sempat. Entah bila agaknya boleh dapat balik kad tu kalau dihantar semula ke kedai. Akhirnya mak saya buat keputusan buat semula sendiri! Yang bahagian tengah dikoyakkan, digantikan dengan helaian yang baru yang mak saya taip dan print sendiri. Ayah dan adik saya juga 'dipaksa' tolong sama kerja-kerja mengoyak dan menampal semula tu. Masa tu saya ada di Penang. Saya nak balik tolong sama tapi mak saya tak bagi saya balik. Kesian kat family saya! Bayangkan la, kad tu semua jumlahnya 1,000 lebih (termasuk untuk tunang saya).


Tak tahu la orang yang terima kad saya perasan tak ada 'cacat' pada kad tu. Mujur juga bahagian luar (cover) kad tu takde masalah...kalau tak...tak tahu la pulak nak buat macam mana. Nak cepat dan kelam-kabut punya pasal, mak saya tersilap letak 5 April 2008 tu hari Ahad...padahal hari Sabtu..hehe...nasib la!


Hasil kerja mak saya





Disebabkan masalah kad tu la ada antara kawan-kawan saya kecil hati. Bukan apa, diorang ingat saya tak jemput diorang sebab tak dapat kad! Huhu..padahal masa tu saya baru je terima kad yang dipos pada saya tu. Yang tahu masalah saya ni hanya Ain je (Ain lagi! hehe..)


Dan 1 lagi peristiwa yang saya tak boleh lupa adalah masa hari akad nikah...suami saya mengalirkan air matanya tatkala menyebut lafaz taklik! Masa tu semua terdiam. Sunyi sepi jadinya. Mungkin takde siapa yang menyangka situasi tersebut bakal berlaku. Saya pun turut sebak. Pada saya, bukan sesuatu yang memalukan jika seorang lelaki mengalirkan air matanya dalam hal-hal sebegini. Saya juga terkejut dengan reaksi suami saya tika itu. Terpancar keikhlasan hatinya menerima saya sebagai isterinya. Terharu saya waktu tu...



Tengah lafaz taklik






Menahan sebak!


NC & BS

Saya dah ada nursing cover (NC) & baby sling (BS)! Baru semalam dibeli suami. Saya tak minta pun dibelikan NC tapi dah dibelikan boleh la cuba-cuba guna. Mana tahu kot-kot lebih selesa nak BF Safiyyah kat tempat public. Saya suka warnanya...pink! So sweet la colour NC tu...


Cara-cara menggunakan NC




NC saya!





Dulu ingatnya nak beli baby carrier tapi lepas baca blog Dayah, tak jadi lak. Tukar lak ke BS. Kena beli gak la sebab kami dah tak larat dukung Safiyyah lama-lama. Huhu...tapi saya masih tak reti lagi nak menggunakan BS. Suami saya dah boleh dah sikit-sikit guna BS. Bersemangat waja bawak Safiyyah jalan-jalan guna BS! Safiyyah pun diam je duk dalam tu. Teringat lak anak kanggaru yang duk dalam 'poket' ibunya..hehe..




Cara-cara menggunakan BS





Safiyyah dan papanya









Monday, May 4, 2009

Mengimbau kenangan

Jemputan demi jemputan yang diterima membuatkan saya terkenang kembali memori lalu. Dulu saya tak mengenali 'suami' saya. Seingat saya, saya hanya tahu kewujudan insan yang bernama Wan Zaki masa saya di tahun 3 dalam satu program. Walaupun kami join persatuan yang sama (Persatuan Mahasiswa Islam), saya tak mengenalinya kerana 'suami' saya tidak aktif dalam PMI. Hanya menjadi ahli biasa sahaja. Saya pula terlibat dengan gerak kerja PMI sejak tahun 1 sebagai pembantu exco (PE).


'Suami' saya menyuarakan hasrat hatinya melalui seorang senior. Melalui isterinya la saya dimaklumkan tentang hal tersebut. Saya suka dengan cara begini jika dibandingkan si lelaki tanya direct pada saya. Entah kenapa saya pun tak tahu.


Saya memohon petunjuk dari Yang Maha Esa dengan solat istikharah. Saya tak ingat berapa kali saya menunaikan solat istikharah. Ada orang kata 3 hari berturut-turut, ada pula kata 7 hari berturut-turut, malah ada juga yang buat sehingga sebulan! Saya buat sama ada 3 atau 7 hari macam tu je. Saya pun dah tak ingat.


Akhirnya, saya memberi jawapan 'positif' kepada kakak yang mengirim SMS pada saya tu. Sejak daripada tu kami tak banyak berhubung sehinggalah saat kami nak bertunang dan berkahwin. Saya terpaksa bertegas dalam hal berhubungan ni memandangkan masa tu saya sendiri tak pasti bila kami akan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.


Lepas buat keputusan besar tu la baru saya beritahu mak saya...

"Orang mana?" tanya mak.

"Kelantan." saya menjawab ringkas.

"Jauhnya..." ujar mak saya pula.

"Keluarga dia macam mana pulak? Boleh terima ke? Orang Kelantan kan susah nak terima orang luar..." Ye, saya juga selalu mendengarnya tapi itu mungkin dulu. Zaman sekarang ni mereka (orang Kelantan) lebih terbuka. Ramai kawan-kawan saya yang asal Kelantan kahwin dengan orang luar.


Akhirnya selepas persetujuan kedua-dua belah keluarga, tarikh 2 Jun 2007 dipilih untuk majlis pertunangan...



'Bakal' mak mertua menyarungkan cincin




Dengan keluarga 'tunang'. Di hujung sebelah kiri adalah mak saya.
'Tunang' saya tiada di majlis ni..mak saya tak bagi dia datang..hehe..



Dan 29 Mac 2008 kami dinikahkan. Kami sebenarnya tak nak bertunang lama-lama tapi disebabkan susah nak memilih tarikh ditambah dengan masalah-masalah sampingan, hampir setahun juga la kami bertunang. Memang susah betul nak pilih tarikh yang dipersetujui pihak keluarga saya dan keluarga 'suami' saya! Al-maklum je la, berlainan negeri. Perkahwinan bukan hanya menyatukan seorang isteri dan seorang suami tapi turut menyatukan dua buah keluarga! Jangan ingat nak kahwin ni senang ye!



Keesokan harinya, 30 Mac 2008 majlis di rumah saya...





5 April 2008 pula dipilih untuk diadakan majlis di rumah keluarga mertua saya...






Jiran kami

Semalam jiran Palestin kami datang ke rumah. Saje nak sembang-sembang sambil ketemu dengan Safiyyah. Uniknya, Ismail menjadi translator antara kami suami isteri dengan isterinya kerana isterinya hanya pandai berbahasa Arab. Ismail boleh menguasai bahasa Arab, bahasa Inggeris dan sekarang sedang menguasai bahasa Melayu (bahasa Malaysia or bahasa Melayu..?). Kalau dia cakap ngan kami kadang-kadang dengan berbahasa Inggeris dan kadang-kadang bahasa Melayu.


Inilah jiran kami

Comel, kan?


Macam-macam la yang kami duk sembangkan. Dalam duk sembang-sembang tu, suami saya bagi mereka tengok album kahwin kami. Ismail pun bukak la cerita tradisi perkahwinan di tempat mereka..


Berbeza katanya dengan adat di sana. Kalau di Malaysia ni kan pihak lelaki yang akan datang dan menikah di tempat isteri dan terus duduk di situ, kalau tidak pun akan tinggalkan dulu isteri di rumah mak ayah sementara menunggu majlis di rumah suami. Tapi kat sana lepas akad nikah je terus isteri dibawa ke tempat suami.


"Why?" saya bertanya.

"I don't know. It's difficult to explain," jawab Ismail.


Dan mereka sebenarnya 'kagum' dengan cara pakaian pengantin di sini yang menutup aurat. Kata Ismail, masa kahwin, yang perempuan (isteri) pakai baju seksi, scarf (tudung) pun tak pakai! Bila bergambar lak, hanya si isteri je boleh simpan gambar-gambar tu sebagai koleksi peribadi. Tak boleh nak tunjuk pada sesiapa memandangkan gambar-gambar tu mendedahkan aurat si isteri.


Suami saya pun tanya la kenapa kat sana pengantin perempuan pakai pakaian pengantin yang seksi-seksi.


"Uh...I don't even know. I also feel shy to look at it," Ismail menjawab sambil mengerutkan muka dan mengeleng-gelengkan kepalanya.


Duk belek-belek gambar kami, isterinya teringin pula nak beli baju pengantin macam yang saya pakai tu! Siap tanya lagi boleh beli kat mana, range harganya berapa. Hehe..


Sunday, May 3, 2009

Adik Pondok-pondok

Pagi semalam saya menonton Nasi Lemak Kopi O di TV9 sementara menunggu Safiyyah bangun (Seronok betul Safiyyah tidur 2 hari ni...cuaca sejuk agaknya. Lena je tidur...kul 11 pagi baru bangun...selalunya dalam kul 8-9 pagi dah bangun dah). Owh...berbalik pada cerita saya tadi...yang saya nak ceritakan adalah berkenaan seorang kanak-kanak yang dijemput. Sebenarnya ada 2 orang tapi yang sorang ni mencuit hati saya. Mereka berdua antara yang terlibat dalam rancangan Pondok-pondok.


Adik yang sorang ni betul-betul menarik perhatian saya. 4 tahun umurnya. Cute je. Dah la tu, 'banyak mulut' sungguh! Sepatah ditanya, berjela-jela jawabnya. Hehe. Memang peramah adik tu. Setiap kali adik tu 'buka mulut', mesti orang ketawa. Bukan setakat pengacara je...habis semua yang ada kat studio tu gelak sama.


Adik tu rasa pelik kenapa orang duk ketawa bila dia bercakap, "Kenapa semua orang ketawa? Jangan la ketawa."


Makin geli hati dibuatnya bila adik tu cakap macam tu. Lagi buat orang tertawa adalah! :D


Saya ada seorang sepupu yang 'mulut riuh'. Fatin Hanani namanya. Anak Cu saya. 5 ke 6 tahun umurnya ntah. Lupa pula saya. Kalau dia mula bercerita susah nak berhenti! Buat semua orang ketawa dengan keletahnya. Tapi dia paling anti kalau orang ketawa masa dia sibuk bercerita. Kalau orang duk ketawa, mesti dia menangis. Dia ingat orang duk ketawakan dia. Padahal orang ketawa sebab terhibur dengan mulut becoknya tu. Hehe.


Agaknya adik tu pun ingat orang duk ketawakan dia. Dalam duk sembang-sembang tu la pengacara tanya namanya. Mohd Faiz Haikal ke apa ntah namanya. Yang saya ingat Haikal di hujungnya.


"Eh, awak ni boy ke girl?" tanya pengacara tu.

"Boy." adik tu jawab.


Hah?? Biar betul! Mati-mati saya ingat adik tu girl. Mana taknya, mukanya dah la sweet, rambutnya panjang diikat 'ekor kuda'. Rasanya panjang rambut adik tu ke paras pinggang. Betul-betul persis seorang kanak-kanak perempuan.


Pengacara tu pun tanya lagi, "Haikal suka rambut panjang ke?"

"Suka." jawab Haikal ringkas.


Hmm..saya hanya mampu menggelengkan kepala...



Saturday, May 2, 2009

Jantung berlubang

Saya teringatkan Syifa', anak kepada salah seorang sahabat saya, Nor Farhani Ismail. Dulu Nurussyifa' mengidap jantung berlubang. Simpati saya pada mereka sekeluarga. Nurussyifa' dilahirkan sebelum bulan puasa tahun lepas dengan berat 1.7 kg. Masa dilahirkan tu takde sebarang masalah atau penyakit yang dikesan.


Tapi...sebulan lepas tu masa nak buat injection, Doktor perasan degupan jantung Syifa' tak normal. Doktor tu suruh bawa Syifa' ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Hasilnya jantung Syifa' disahkan berlubang (tak ingat pula saya saiz lubangnya).


Kesian sangat. Kecik-kecik dah kena jantung berlubang tapi itulah ketentuanNya. Farhani dan suaminya, Syamsuhairi Ismail dipilih oleh Allah untuk menerima ujian dariNya...


Lepas beberapa perbincangan dan pemeriksaan lanjut, akhirnya Doktor mencadangkan agar Syifa' dibedah. Alhamdulilah, awal bulan Februari lepas Syifa' telah selamat menjalani pembedahan. Suami saya dan 2 orang lagi sahabat (Firdaus Bawadi dan Fahd) sempat menziarahi mereka di IJN. Saya tak dapat nak ikut sama memandangkan saya masih dalam tempoh berpantang masa tu.


Syifa' dan abahnya. Di belakang tu adalah umminya




Suami saya dan Syifa'



"Kecik je anak Su. Kesian abang tengok," beritahu suami saya sebaik pulang ke rumah.


"Ye ke?" saya bertanya.


"A'ah, Safiyyah pun lagi besar dari dia," jelas suami saya.



Lepas Syifa' sembuh, mereka pula telah menziarahi saya sekeluarga. First time saya jumpa Syifa'! Sebelum tu tak berkesempatan nak ketemu. Memang Syifa' kecik sangat! Masa mereka datang ke rumah saya tu Syifa' dah 6 bulan tapi beratnya baru 3 kg lebih! Safiyyah lak masa tu dua bulan lebih, beratnya dah lebih 4 kg.



Tapi alhamdulillah sekarang Syifa' makin sihat. Minum susu pun lebih banyak dan makan pun dah berselera berbanding sebelum ni. Mudah-mudahan Syifa' terus diberi nikmat kesihatan...ameen!




.: Alhamdulillah hari ni Safiyyah genap 4 bulan :.


Friday, May 1, 2009

Gelak

Video bawah ni antara rakaman yang saya suka. Senang rasa hati tengok anak ceria. Sebenarnya tiap kali tengok wajah Safiyyah hati rasa senang dan tenang. 'Bersih' je mukanya lantaran hati yang suci bersih tanpa secalit dosa...


video