Pages

Wednesday, February 23, 2011

2nd pregnancy: Separuh masa pertama trimester akhir

Sedar tak sedar, kandungan saya dah mencecah 34 minggu. Alhamdulillah. Sekarang ni ada masa-masanya saya rasa sakit (pelvic pain) bila berjalan terutama waktu bangun pagi. Nak melangkah setapak pun terasa perit sangat. Tidur memang dah tak lena le dah. Mengiring ke kanan tak selesa, mengiring ke kiri tak selesa, terlentang pun tak selesa, meniarap lagi la tak boleh. Nak ubah posisi tidur pun seksanya la...sakit!

What is Pelvic Pain during pregnancy?

The joints of the pelvis can cause pain during pregnancy. Pelvic pain causes such pain that movement is limited and the ability to walk is impaired. As your pregnancy progresses, you may develop aches and pains in your hips and pelvic area. This is a normal sign that your pelvic girdle is preparing for childbirth. [source]



28 weeks
Temujanji pertama dengan Dr. Sean P. Kenney (M.D, FACOG) di Maternal Fetal Medicine, St. Elizabeth Medical Plaza. Midwife yang cadangkan saya jumpa dengan Dr.Kenney untuk pastikan saya dan baby tiada sebarang masalah disebabkan bacaan hemoglobin saya yang sentiasa rendah berpunca daripada beta-thalassemia.

Alhamdulillah, baby dalam keadaan sihat. Dah buat ultrasound, memang takde apa-apa masalah la. Dr. Kenney pun kata takde apa yang perlu dirisaukan selagi baby dalam keadaan aktif dan sihat walaupun paras Hb saya rendah. Berat baby masa tu 2 lbs 12 oz (1.25 kg). Dapat 2 keping je gambar scan buat ultrasound kat situ.


29 weeks
Routine prenatal visit. Midwife yang in-charged: Jearlyn. Prenatal visit kali ni saya kena buat Glucose Screening Test (GST). Macam yang saya sebut dalam entry "Beza pregnancy check up di Malaysia dan Lincoln", kat sini wajib buat GST sama ada di penghujung 2nd trimester atau di awal 3rd trimester walaupun kita takde sejarah/keturunan kencing manis atau berat badan naik mendadak.

Air ni la yang saya kena minum untuk GST. Perisa fruit punch. Sedap! ^_^
Saya selalu terbaca, kebanyakan yang kena buat GST kata seksa nak habiskan minum air gula. Saya pun duk risau benda yang sama...sekali air yang saya kena minum ni sedap pulak. Mungkin kat Malaysia lain kot. Memang air gula semata-mata ke kalau kat Malaysia? Sini siap berperisa lagi airnya tapi perit juga tekak nak habiskan sebotol ni dalam masa 5 minit. Siapa pernah minum fruit punch tahu la rasanya macam mana...kan ada campuran nenas...tu yang buat tekak rasa perit sikit kalau minum banyak-banyak sekaligus


Alhamdulillah, keputusan GST ok, tak perlu dah buat untuk kali ke-2. Berat saya masa ni 103.8 lbs (47.1 kg) dan Hb saya 7.0. Huhu...7.0! Entah kenapa rendah sangat-sangat Hb saya. Tak pernah-pernah dapat 7.0. Tapi masa tu memang saya rasa tak stabil. Berputar je kepala. Satu sebabnya...malam sebelum tu saya tak boleh tidur dan satu sebab lagi mungkin sebab saya tak makan lebih kurang 12 jam (puasa untuk buat GST). Jearlyn macam biasa la...risau tengok bacaan Hb saya serendah tu terus je dia call Dr.Kenney :D.


32 weeks
Prenatal visit kali ni Julie yang in-charged. Berat saya 107.4 lbs (48.7 kg).

Minggu ni jugak saya ada temujanji dengan Dr.Kenney (temujanji ke-2). Alhamdulillah, tiada juga sebarang masalah pada baby dan berat baby pun dah 4 lbs (1.81 kg), naik lebih kurang 0.6 kg berbanding 4 minggu sebelumnya.

Di Maternal Fetal Medicine. 2 gambar atas tu di ruang menunggu dan 2 gambar bawah pulak dalam bilik ultrasound


Kali ni pun dapat 2 keping gambar scan, sekeping daripadanya gambar 4D! ^_^

Tak jelas sangat gambarnya. Suami saya tengok, terus dia kata "Hidung penyek macam hidung ummi" :p. Sabar je la. Macam la hidung dia mancung :p


34 weeks
Jumpa Julie lagi dalam prenatal visit kali ni. Hb saya alhamdulillah naik balik jadi 8.4 dan berat saya 109 lbs (49.4 kg)

18 comments:

Mek Rose said...

eheheh idung penyek ye
tak clear sgt kan nad..
cam sedapt je air gula tu
if minum kat spital gomen mesia mmg kosong je
takde perisa
tp if private mmg ade perasa..

Unknown said...

Rendah nyer akak punye bacaan Hb..kena banyak makan makanan yg dapat tambah darah ni.. Tc ye..semoga semuanya selamat =)).

Sally said...

sib baik saya tak pernah kena minum air gula ni...take care, dah tak lama lagi tu..

yatie chomeyl said...

hahah smp hati hubby nadiah cakap cenggitu...
pssstt: sama la dgn hubby kita, ckp hidung Nazhan penyek mcm hidung mommy ...erkk sadis btol la :p

Kamalia said...

wow..4D ye..mmg rendahla Nadiah, tapi doktor kate ok, okla tukan..mmg air gula kat malaysia tak sedap sungguh..rase nak buang je separuh,tp xlehla kan..
smoga sume selamat dan dipermudahkan..
p/s:waktu saffiyah dulu,minggu ke berapa dia lahir ye?

Liyana Mujahid said...

adik safiyyah makin besar :)

Aleyn said...

Wishing u all the best sis...

Acik Erna said...

assalam nadiah..hidung penyek pen..comel tu..
alhamdulillah semuanya ok..dan semoga selamat bersalin nanti..

h4ni3 said...

penyek penyek pun, janji boleh bernafas.. hehe

OneSimpleMother said...

salam nadiah.. makin berat nmpknya ye.. takpe besar ganjarannya tu insyaAllah.. adik safiyyah ni boy ke girl nadiah.. :)

mimmie said...

semoga selamat semua kak nadiah...mesti safiyyah tak sabar nk dapat adik tu.. ;D

lady lavender said...

semoga semua selamat nadiah. take care okay :-)

Ummi Salsabila said...

sedapnya air GST tu.siap ada perasa! kak sini mana ada.heheh.

kak nad hidung penyek pun comel jugak!

Hamizah said...

mmg sedaplah nadiah air tu..
cam coke je,kan..
tp akak kantoi lps mkn air tu..

Unknown said...

sy dulu minum air gula ori,semata2 air & gula,segelas air+sepeket gula sebesar tapak tangan..hehe jenuh nak abiskan,nak termuntah..tp kalo muntah kne minum lg,so tahan je la..

Unknown said...

amboi.. sedapnya air utk test GST... kt sini memang air gula semata... ;)

hb 7 tu.. rendah sangat.. memang boleh pitam...

Nadiah Sidek said...

rose: a'ah, tak clear sgt gmbr tu..tang hidung je yg agak clear :D

meen: kes akak ni mmg susah nak naikkan Hb

sally: kat sini wajib minum air gula tapi nasib baik sedap ;)

yatie: tu la..sampai hati diorangkan :p

k.kamalia: mujur dulu masa mengandungkan safiyyah dulu nadiah tak kena minum air gula yg tak sedap tu!

liyana: iye..makin besar :)

aleyn: tq :)

k.erna: comel ek hidung penyek? hehe..

Nadiah Sidek said...

h4ni3: betul, betul! :D

OSM: kena tunggu baby keluar baru tau girl ke boy ;)

cikmimmie: tq. safiyyah mcm takde perasaan je :p

lady lavender: ameen. tq kak :)

ummi salsabila: kat private ada kot air gula yg berperisa

k.hamizah: sedap, kan? disuruh minum lagi pun takpe..eheh..

ibunaznoy: tu la org duk kata nak termuntah minum air gula..mujur kat sini air gulanya sedap..hee~

kakyong: sedap! ;)