Pages

Sunday, December 30, 2012

Malaysia...here we come!

InsyaAllah, 10 Januari 2013 akan memulakan pelayaran. Nantikan kami di sana ye!


Kami = kotak-kotak ini :p. Ye, hanya kotak-kotak ini yang akan berangkat ke Malaysia. Tuan rumah sementara kepada kotak-kotak ni tak turut serta. Lebih menyedihkan, kesemuanya barang-barang orang. Barang-barang sendiri tak ada. Kesian, kan? :p


Macam-macam barang ada dalam kotak-kotak berkenaan...

  • Corelle
  • Corningware
  • T-fal (Tefal)
  • Pyrex
  • Kitchen Aid
  • Coach


Ada yang berkenan dengan barang-barang berkenaan? :)


Jejaka-jejaka gagah perkasa yang membantu mengangkat kotak-kotak masuk ke dalam van untuk dihantar ke Denver, Colorado sebelum naik ke kapal 10 Januari ini. Terima kasih Aizuddin, JJ, Rahman, Muaz dan Hanafi!



Nota:

  1. InsyaAllah, dalam bulan Mac 2013 kotak-kotak tersebut akan tiba di Malaysia.
  2. Next shipping: pertengahan Februari 2013, insyaAllah :). Mahu kirim? Jangan kirim dengan air liur sahaja sudahlah. Kirim dengan air liur, dapat air liur jugalah..hihi..


Thursday, December 27, 2012

Putera puteri salju

Bawa masuk salji untuk umpan Shakir yang tak mahu mandi. Dah tengahari pun tak mahu mandi. Nak kata sejuk, elok je main salji. Tangan dah merah pun masih relaks je pegang salji..hmm... 


"Noooo....", jawab Shakir apabila ditanya benda apa di tangannya. Hihi...belakang je yang disebutnya...bunyi s hilang entah ke mana. Makanya, bertambahlah satu lagi makna no dalam kamus Shakir ^_^. 


Percubaan Shakir untuk makan ais kepal ^_^. 


They're having fun!


Gembira betul Safiyyah dapat main salji. Sambil main lambung salji, tergelak-gelak dia :D.


Shakir masih belum dapat seimbangkan badan berjalan di atas salji...asyik terjatuh je dia. Dah terjatuh tak boleh nak bangun, menjerit-jerit minta tolong ^_^.



Keluar main salji lebih kurang 45 minit je tapi itu pun dah tak tahan sejuk. Ajak anak-anak masuk, dua-dua melalak-lalak tak nak masuk >_<. Kulit mereka ni kalis sejuk ke?


Wednesday, December 26, 2012

WW: Like sister, like brother

Safiyyah; 27 bulan


Shakir; 21 bulan


Monday, December 24, 2012

20122012 - Putih diliputi salji

Seperti yang dijanjikan, inilah sebahagian daripada gambar yang diambil pada 20 Disember 2012. Salji mula turun pada 19 Disember jam 2.30 petang tapi dah malam baru tebal saljinya. Nak keluar ambil gambar malam-malam tak rajin, jadinya keesokan paginya baru saya keluar ambil gambar.

Merancang nak ambil gambar sebelum salji berusik sebab pemandangan ketika itu sangat cantik tapi hajat tak kesampaian. Sebelum matahari terbit lagi dah ada petugas datang buang salji terutama di kawasan pejalan kaki.



Kawasan pejalan kaki.





Tebal salji antara 4-6 inci.


Kereta kami dah jadi kereta salji :D.



Sempat ambil gambar tangga belakang rumah sebelum petugas buangkan saljinya.
Sambil menjalankan tugas, dia tanya saya, "Do you like snow?"
"Yes, I'm waiting for it!" Dengan tersenyum lebar saya menjawab :).
Petugas tu pelik agaknya tengok saya sakan sangat ambil gambar keliling rumah (terserlah kejakunan :p). Dahlah seorang diri, gloves pun tak pakai masa ni. Teruja sangat nak ambil gambar sampai terlupa pakai gloves. Nak masuk semula ke rumah malas. Lepas tu padan muka sendiri tangan jadi kebas >_<. Bukan setakat tangan, muka pun jadi kebas. Berangin masa ni, bertambah sejuklah jadinya.



Kali kedua saya keluar ambil gambar pada pagi yang sama. Dalam pukul 10 pagi, tengok di luar, langit elok membiru. Cantik sangat! Tu yang keluar sekali lagi ambil gambar :).



 Beberapa minit lepas tu, bertambah cantik warna langit. Tak adalah terasa muram sangat cuaca :).


Yang ni pula dah petang. Sekeluarga keluar (di belakang rumah je pun..hihi..). Anak-anak main salji, papa buang salji atas kereta sambil dibantu jiran dan ummi semestinya jadi tukang ambil gambar tak berbayar ;).


Selesai! ^_^



Nota:
Masih mengharapkan salji turun lagi...nak main sledding (dah semakin memboyot masih ada hati nak main sledding :p). Di saat ni salji masih ada lagi (dalam 1-2 inci) tapi dah tak seronok nak main...saljinya dah mampat, ada yang dah ais dah pun.


Thursday, December 20, 2012

Double happiness!

Alhamdulillah, akhirnya salji turun dengan lebatnya di bumi Lincoln! Gembira tak terkata. Sejak salji pertama turun 'malu-malu' pada 26 November lalu, setiap hari menunggu ketibaan salji lagi. Hampir sebulan berlalu, turun juga salji pada petang semalam (19 Disember 2012). Berbunga rasa hati melihat salji turun ^_^.

Dalam tempoh sejam setengah turunnya salji. Salji mula turun lebih kurang jam 2.30 petang.


Gambar ni pula diambil pagi tadi.



Dua hari lepas pula saya dikejutkan suami dengan sebuah buku; Hypnobirthing - The Mongan Method. Tersengih sampai ke telinga dapat buku tu ^_^. Minggu lepas saya minta suami belikan buku tersebut tapi dia kata tak payahlah...buku-buku di rumah ni pun masih banyak yang belum dibaca. Tak sangka dalam diam dia order buku ni ^_^. Suka sangat! Lama dah nakkan buku ni cuma baru minggu lepas beritahu pada suami. Alhamdulillah, dapat juga miliki buku yang diidamkan :).

Inilah bukunya. Belum mula baca lagi sebab sekarang tengah baca buku lain. Suami saya beli di Amazon. Saya minta belikan yang terpakai je tapi suami beli yang baru :).


Ada CD juga disertakan! ^_^



Nota:
Gambar-gambar salji yang lain insyaAllah saya kongsikan kemudian :).

Wednesday, December 19, 2012

WW: Bercermin mata tanpa cerminnya



Sibuk sangat nak pakai cermin mata, bagilah cermin mata lama papa mereka yang hanya tinggal bingkainya sahaja ^_^.



Monday, December 17, 2012

Cara meredakan tantrum anak

Perkongsian yang sangat bermanfaat daripada Ibu Rose khusus buat ibu bapa yang punya anak kecil. Lama dah saya baca pasal ni tapi lepas tu terlupa langsung. Minggu lepas ternampak semula catatan Ibu Rose ni di wall Facebook.. Saya salin dan kongsikan di blog pula, lain kali senang nak rujuk :).


Tantrum



Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
  1. pegang dia seperti dalam gambar ini.bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
  2. baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
  3. tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
  4. JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,Ibu Rose



Ini satu lagi yang saya salin. Jawapan balas Ibu Rose berkaitan tantrum...


1-Na Bi Ha - ibu, anak saya 1thn setengah..mcm anak puan haslina di atas..makin pelok makin mengamuk..smpi ditendang nyer saya..kalau time tu tgh dukung dia, dgn kite2 hampir tergolek...dah bckan surah pn still mengamuk2...pujuk pn dgn tunjuk excavator..yg mainan dia xlayan pulak..berapa kerat sgt la excavator jln atas jln raya kann...adakah sy terlalu manjakan dia sampai dia taknak dgr kata..atau saya terlalu berlembut..nk mrh pn dia baru setaun setengah..apa la yg dia tau..mcamane ye ibu?
 2-Fairuz Nadhirah Shariff Saya tunggu ibu reply mslh Na Bi Ha n Norazliza..mslh sy more or less the same...umur anak 2 thn..bila dia mengamuk ms kat luar..perasaannya cara org pndg mcm anak sy sorg perangai mcm tu kt dunia ni

Jawapan:
Pertama harap sayang boleh membaca Notes ibu tentang tajuk Tantrum. Pergi ke www.facebook.com/familyguru/notes.
Kedua, kita perlu faham apakah sebab anak itu mengamuk. Mungkin dia lapar, mungkin dia rimas, mungkin dia letih sangat-sangat, mungkin suasana itu bingar, mungkin dia sakit dsb.
Anak-anak tidak akan mengamuk jikanya okay. Mesti ada yang dia cuba memberitahu tetapi tidak difahami. Jika membaca ayat quran tidak meredakan, maka punca dia mengamuk bukanlah kerana gangguan syaitan sahaja. Mungkin ada ketidakselesaan yang lain. Dengan memastikan semua itu, maka puan akan lebih senang menenangkan dia. Pegangan yang hendak dipegang kukuh di sini ialah anak-anak kecil tidak akan mengamuk sekiranya dia selesa.
Satu perkara yang ibu bapa selalu lepas pandang atau tidak mengetahui. Anak-anak kecil boleh nampak benda yang ghaib. Ketahuilah di pasaraya banyak syaitan-syaitan dan iblis dan benda halus berkeliaran menghasut dan memujuk orang untuk berbelanja lebih. Nabi s.a.w telah berpesan kepada kita mengenai kehadiran mereka di pasar-pasar untuk tujuan itu. Kebanyakan anak-anak kecil nampak akan semua itu dan kebanyakkan mereka tidak selesa.
Di setengah pasaraya mungkin tidak begitu tenat keadaannya, namun ada yang tenat keadaannya, maka ada anak kecil yang nampak dan mereka tidak selesa. Oleh itu jika dia mengamuk dan cuba diredakan tetapi tetap mengamuk, bawalah ke tempat lain yang lebih nyaman dan tenang. Bawak ke surau.
Wallahualam.

Salam Kasih- Ibu Rose



Saya suka baca catatan dan perkongsian Ibu Rose (Prof. Dr. Rozieta Shaary). Banyak ilmu keibubapaan yang boleh dikutip. Dalam masa yang sama barulah perasan kesilapan-kesilapan saya sebagai seorang ummi terutama terhadap Safiyyah dulu :(. Bab tantrum salah satunya. Sungguh, saya tak tahu cara tangani tantrum Safiyyah dulu. Apabila tantrumnya tak berjaya diredakan, saya jadi stress. Akhirnya, dia dimarahi :(.

Alhamdulillah, sekarang saya lebih tenang dalam menghadapi tantrum anak-anak. Walau apa keadaan pun, yang paling utama kena tenangkan diri sendiri dulu. Buat-buat tak dengar amukan anak-anak dan lepas tu barulah boleh tenangkan pula anak-anak. Kalau diri sendiri tak tenang, itu yang boleh menyebabkan stress dan mengundang kemarahan. Masa itulah syaitan mudah sangat ambil kesempatan.

Semoga Allah ampunkan saya atas kesilapan-kesilapan saya dalam mendidik anak-anak...ameen..



Thursday, December 13, 2012

Kisah air putih

Teringat pula kenangan suatu waktu dulu. Kenangan ketika kecil bersama arwah opah :). Dah tak ingat berapa usia saya ketika tu. Rasanya masa zaman sekolah rendah. Menjenguk arwah opah dan arwah atuk di hujung minggu kalau tak silap saya.

Tekak rasa haus, mintalah air putih pada opah. Tak ingat sama ada saya atau pun adik saya yang minta. Dah cucu nak air, opah pun ke dapur la.

Duk tunggu la air putih tu. Terasa lama pula nak dapat air putih daripada opah. Tunggu punya tunggu, opah pun keluar dari dapur bawakan air putih.

Saya dan adik saling berpandangan sewaktu opah menghulurkan cawan berisi air putih.

"Opah, nak air masak...bukan susu".

Patutlah opah ambil masa nak bagi kami air putih. Rupanya opah buat susu! Hihi. Memang tak bolehlah nak salahkan opah. Betul dah tu opah bagi tu. Susu warnanya putih, air masak mana ada warna :p. Istilah kami yang tak betul. Tak tahu kenapa kami panggil air masak sebagai air putih waktu kecil dulu. Lepas tu memang tak sebut dah air putih. Nanti dapat susu lagi ^_^.



Wednesday, December 12, 2012

Penangan nak dapat adik

Mencabar sungguh melayan anak teruna yang seorang ni. Ada sahaja perkara yang menguji tahap kesabaran. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada babak-babak drama yang membuatkan darah ummi mendidih. Memang boleh hilang sabar dibuatnya. Hebat betul penangannya nak dapat adik. Sangatlah berbeza sewaktu Safiyyah nak dapat adik dulu. Manja sangat agaknya :p.

Bab cemburu usah ceritalah. Bukan setakat dengan Kak longnya, dengan papanya pun cemburu. Tak boleh tengok papa duduk dekat-dekat dengan ummi. Terus datang menyelit dan tolak-tolak papa dia :p. Papanya pula kuat menyakat...sengaja tak berganjak. Apa lagi...melalaklah anak teruna tu. Sekarang kuranglah sikit cemburu dengan papanya. Dengan Kak longnya yang masih banyak cemburunya. Kesian juga Safiyyah sebab asyik disuruh mengalah dengan Shakir.

Awal-awal dulu memang selalu stress dengan ragam Shakir. Geram. Selalu jugalah dia kena marah tapi lepas tu lagilah bertambah protesnya. Lagilah saya bertambah stress. Ada sekali tu sampai dah tak larat dah nak melayan tantrum Shakir. Pujuk macam-macam cara tapi tak jalan. Sudahnya saya biar je dia melalak meraung. Tak lama lepas tu terus senyap dan behave macam biasa. Barulah saya tahu cara nak handle tantrum Shakir. Silent treatment is the best ^_^.

Lepas tu barulah rasa lega. Dah semakin tenang sewaktu Shakir 'buat perangai'. Dilayan dan dipujuk dengan baik tak jalan...satu sahaja caranya. Buat tak peduli je dengan tingkahnya. Lama-lama dia ok sendiri. Nak cari perhatian je yang sebenar-benarnya.



Salah satu 'drama' Shakir. Beria-ia ajak turun ke basement Dahlah pakai sandal papa dia ^_^. Kalau ada benda menarik di basement tu tak apa jugalah. Tak dilayan, melalak-lalak tapi menangis betulnya sekejap je (menangis betul sebelum mula rakam). Lepas tu buat-buat menangis dan 'menangisnya' bersambung-sambung (dah berhenti menangis boleh pula sambung menangis :p). 
'Drama' yang ni tak adalah rasa stress. Rasa kelakar adalah..hihi.



Nota:
Fikir-fikir balik...teringat pula yang Shakir hampir 2 tahun usianya. Mungkinkah dalam masa yang sama, dia sedang berada dalam fasa terrible twos?


Wednesday, December 5, 2012

Dapur dibanjiri susu

Kejadian malam semalam. 4 Disember 2012. Tak semena-mena dapur dibanjiri susu. Hasil kerja si anak teruna. Geram. Mahu sahaja dicubit-cubit. Mujurlah sempat tekan butang 'pause'. Nak marah pun tak guna. Benda dah jadi. Lagipun bukannya dia sengaja menumpahkan setengah gallon susu. Ye, setengah gallon. Bukan setengah gelas. >_<

Saya di bilik masa tu. Tiba-tiba Safiyyah datang, tunjuk aksinya yang biasa selepas meneguk susu dari botol. Dah banyak kali pesan minum dalam cawan, tetap juga minum dari botol. Setiap kali dia buka peti ais, itulah kerjanya. Kalau botol kecil tak apa jugalah. Ini botol besar; saiz 1 gallon. Shakir pula jadi pemerhati tetap gelagat Kak Longnya yang satu ni.

Mulanya saya buat tak kisah dengan aksi biasa Safiyyah tu tapi terdengar pula macam peti ais sedang 'dipunggah'. Cepat-cepat saya berlari ke dapur. Dalam pada tu terdengar bunyi air melimpah.

"Wan Shakir!" Kuat jugalah saya menjerit nama Shakir waktu tu.

Sampai di dapur, tengok susu dah melimpah. Nak marah tapi tak jadi terlihatkan Shakir yang berusaha tegakkan botol berisi susu tu. Saya agak, dia cuba 'togok' susu macam Kak Long dia tapi disebabkan botol tu berat, dia tak dapat nak kawal dan botol tu terbalik. Geram sangat masa tu tapi saya cuba tenangkan diri.

Shakir tahu saya tengah marah dalam diam. Berdiri tegak je dia di tepi dapur tu (gaya seorang pesalah :p). Nampak ummi bawa kamera, hilang terus muka bersalahnya tu. Dia ingat ummi tak marahlah dah tu. Dia tak tahu ummi tengah menahan geram.


Masa ni dah hilang rasa bersalah dah :p.


Sambil tunjuk susu yang melimpah tu, disebutnya "No!" (read: Oh, no!). Bunyi macam orang lain je yang tumpahkan susu tu -_-".



WW: Salah fesyen



Bagi tudung tak nak pakai, kopiah Shakir pula yang sibuk dipakainya :p.


Sunday, December 2, 2012

Bakal Iron Chef America







Macam itulah gayanya setiap kali ummi memasak. Anak teruna ni pun sibuklah keluarkan perkakas memasak juga. Dulu dia 'masak' guna peralatan mainan je. Lepas tu mula guna peralatan yang betul. Tambah-tambah sejak kabinet yang diletak perkakas memasak tu tercabut kuncinya, lagilah senang Shakir nak keluarkan barang-barang tu semua.

Selalunya dia hanya keluarkan 2-3 peralatan je. Yang terbaru(2 gambar terakhir), bukan main banyak lagi dia keluarkan. Entah apalah yang nak dimasak sampai keluarkan sebegitu banyak sekaligus.

Oleh sebab Shakir lahir di Amerika, makanya bolehlah jadi Iron Chef America, kan? ^_^

Sini lebih popular dengan rancangan Iron Chef America berbanding MasterChef walaupun rancangan MasterChef asalnya dari Amerika. Saya fikir, rancangan Iron Chef juga bermula di Amerika. Salah rupanya. Jepun yang jadi perintis untuk rancangan Iron Chef. Selepas itulah baru adanya Iron Chef America, UK, Thailand dan beberapa negara lain.

Iron Chef America antara rancangan kegemaran saya dalam channel Food Network tapi sekarang ni selalu lupa nak tengok >_<.

Sebahagian daripada Iron Chef America. Dari kanan: Bobby Flay, Cat Cora, Masaharu Morimoto, Michael Symon dan Mario Batali. Sebelum ni selalu tengok rancangan Iron Chef America sampai dah ingat nama masing-masing..hihi. Dalam 9 orang Iron Chef America, hanya seorang sahaja perempuan >_<.


Mungkinkah Shakir bakal berada sebaris dengan Iron Chef America tersebut? ^_^


Nota:
Safiyyah dan Shakir kedua-duanya menunjukkan minat dalam memasak. Nampak gayanya, lebih cepatlah ummi pencen daripada aktiviti memasak..hihi..