Pages

Monday, June 28, 2010

Penangan budu dan petai

Khamis lepas suami saya ke kedai beli barang-barang dapur. Balik dari kedai, ayat pertama yang terpacul di bibir suami saya,

"Ayang, cuba teka abang jumpa apa kat kedai?" Sambil tersengih-sengih suami saya tanya.

"Apadia?" Soalan suami saya balas dengan soalan juga. Ehe..

"Teka la.."

"Malas la nak teka-teka. Abang jumpa apa?" Dalam hati berharap la suami saya jumpa sesuatu yang menjadi kesukaan saya.

"Abang jumpa petai!"

Patut la suami saya gembira semacam...rupa-rupanya dia jumpa petai! Suami saya memang peminat petai. Hantu petai! Tak sangka ada jugak petai dijual kat sini tapi frozen la. Yang fresh dan jual berpapan-papan macam kat Malaysia tu takde la. Tapi tu pun dah cukup buat suami saya tersenyum dan tersengih-sengih sampai ke telinga. Macam angau pulak..eheh..

Petang tu pulak suami saya kata, "Abang nak mintak budu kat Hafiz la."

Budu pulak dah! Isk..

Budu dan petai punya pasal...bertambah-tambah suami saya makan nasi petang tu sampai tak cukup! Biasanya saya masak nasi sekali je, waktu tengahari. Tengahari makan separuh, separuh periuk lagi untuk makan petang/malam. Saya masak memang cukup-cukup je.

Petang tu bila dah dapat budu dengan petai, saya ambil nasi sikit je untuk saya sebab saya tahu suami saya mesti akan tambah nasi. Tepat telahan saya! Habis licin nasi dalam periuk tu suami saya ambil pun masih tak cukup jugak. Diambilnya pulak nasi dalam pinggan saya..ehe..

Kuat betul penangan budu dan petai!

Budu dan frozen sator (petai). Petai tu produk Thailand. Sebungkus tu (100 g) harganya 2.59 dollar


"Ni la hadiah birthday abang yang paling best sekali!" Ujar suami saya, merujuk kepada budu dan petai. Memang saya takkan lupa ayat ni! Hehe..


p/s: Saya tak makan petai. Budu apatah lagi! Belum sampai seru lagi saya nak rasa budu dan petai. Eheh..

p/p/s: Birthday suami saya tahun depan saya hadiahkan petai je la! Hihi..

27 comments:

MR said...

nudu dan petai di amerika. sooo nostalgic bunyinya nadiah! simpan ceritani utk tatapan anak cucu nanti :)

MR said...

*budu. silap eja plak dah...hehee

OneSimpleMother said...

petai pun fevret hubby akak jgk. mmg kalau ada petai dan smbal tumis bertmbh2 dia mkn. akak lgsung tk mkn petai apatah lg budu..

Hamizah said...

sedap tuh..Nadiah kena cuba..

Tirana said...

Petai buat sambal tumis dengan udang sedap, buat sayur lemak kering dengan ikan bilis pun sedap..

SyedaFauzi said...

hahaha..teringat sator frozen tu la jugak yang jadi idaman En Anda kat US... Sempat jugakla beberapa kali masak sambal tumis letak petai tu. memang nasi tambah la jawabnya...cuma, sbb kita tak makan petai, alamat tengok je laa...hehehe

Suhana Shahril said...

Haha..suami akak pun mmg pantang jumpa petai.Tapi kalo dia bli kat pasar mlm,dia mesti nak soh masak sambal campur udang.Hmm..mmg menjilat jari lah.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

sedap tu budu..budu tu cap ape nadiah?kalu cap ketereh memang tambah 3 kali nasi la jawabnya.

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

Nad, kat rumah parents akak takde budu wpun mak ayah pure kelantanese sbb ayah tak makan hehehe so bila terasa nk makan budu menapak la gi umah tok yg sekangkang kera tu :) eh sedap tau budu, rugi tak makan hahahaha

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

Nad, kat rumah parents akak takde budu wpun mak ayah pure kelantanese sbb ayah tak makan hehehe so bila terasa nk makan budu menapak la gi umah tok yg sekangkang kera tu :) eh sedap tau budu, rugi tak makan hahahaha

daud.montak.zakaria said...

Maknanya kat sana semua ader la...tempoyak macam mana...
Ermmm....saya pun tak pernah sentuh budu walaupun ramai rakan baik satu pengajian dari kelantan. Selalu gak dulu dia orang soh makan, dia orang kata sedappp....

♥MAMASYAZA♥ said...

wah best la tu dpt makan petai n budu, bertambah2 le nasiknye, sama cam akak, kalo sambal tumis petai n udang, feveret akak n en. abah, berselera sungguh mkn nasik. sedap tau petai tu, cuba la

sweetsal said...

sedap tu petai, buat sambal ikan bilis buh petai mesti sedap giler..akak pn hantu petai jugak..hehe

Unknown said...

wahh.. jauh di sana pun ade petai budu...
memang buleh bertambah2 makan... kakyong pun suka petai & budu.. tp makan sekadar jer lah.. petai tu tak tahan sbb bau odor nya 3 hari baru nak hilang... hihihiii...

Ummu Mishkah said...

ermm.. best lah dapat makan yang susah nak jumpa. mesti ni'mat tak terkata tu kan? :)

deena farhana said...

alahai....comei je petai frozen cmtuh..err..kak Nadiah xmkn ye, deena mkn je tp xla tlalu minat..tp mkn je..budu pun mkn..bese kt mesir mkn budu ngn timun..kwn2 klantan la ajar..hee

Izan Ishak said...

nadiah, tak sangka jumpa budu dan petai kat us ye! apalagi...mcm jumpa buahhati smpai nasi xcukup2...hubby izan bukan peminat petai n budu walaupun anak kelantan.
**tp izan makan pulak baru2 ni mangga muda,cili padi letak budu...mcm sedap je~

Nida n' Hanafi said...

salam..

Di Auckland ni pun ada petai, budu dan cencalok.. tapi petai tu yg frozen.. dah rasa macam duk kat Malaysia pulak

Nadiah Sidek said...

MR: nostalgic ek..hehe..

kak mas: kita geng la kak mas! hehe..

kak hamizah: kuat sgt la baunya kak..huhu..

kak tirana: suami nadiah lg suka mkn petai mentah2 mcm tu je. masak2 ni dia kurang sikit

syeda: en.anda minat petai jgk rupanya ye.. :D

kak ana: akk mkn tak petai? hehe..

ummi aisyah: tak tau la cap apa. suami kite tak kira cap apa..semua sedap je pd dia :p

umminor: ramai juga org kelate tak mkn budu ye. cakap la sedap mcm mana pun...sikit pun tak terliur..hihi..

Nadiah Sidek said...

studioukm: tempoyak takde rasanya. kalau nak, kena buat sendiri la. durian ada jual kat sini tp mahal ya amat!

mamasyaza: baunya yg tak tahan tu kak..hehe..

sweetsal: akk blg geng dgn suami nadiah la..ehe..

kakyong: tu yg nadiah tak berkenan petai tu..baunya tu menusuk hidung!

ummumishkah: tu yg mcm org angau je tu..hihi..

deena: kwn2 akk yg kelantan pun ramai yg suruh mkn budu..akk je tak nak rasa :p

kak izan: tu la psl..jumpa petai dan budu...mkn nasi sampai tak ingat dunia :p

kak nida: oh, ada juga ye kat sana

Anonymous said...

petai frozen pun jadi la kan?
gitu la gayanya duk di perantauan... hukhukhuk.
happy belated birthday buat hubby

Fazlinil Irma said...

org kita. p mana pun nak jgk makan budu & petai. samalah dgn kami di sini. kalau belacan tu boleh buat mandi. petai siap kirim dr msia.

sambal belacan hr2 mesti ada =)

lady lavender said...

Husband akak pulak sanggup pi beli ikan tenggiri masin 7 ketul sebesar 2 jari dgn harga 6 euro (400g termasuk sekali dgn berat isipadu soy sauce)...kalo ayam dpt 2 kilo dgn harga camtu heehh..

Chik Na said...

belajar la makan makanan feberet suami ;-)..chik na percaya kalu dah start makan budu + petai sure Nadiah jatuh cinta punya ;-)

Hubby akak walaupun bukan org kelate tapi tiap kali balik cuti mesti kena masak sayur lemak putih + ikan bakar + budu + petai..kalau musim petai la.. Kat rumah chik na kalu makan budu..nasi kena masak extra 1 x ganda ;-)

NzA said...

trubat la rindu kt kg tu......
akak suka budu ttp bila mkn jerr terus kena serangan resdon....adui tension gak...

arin said...

kat sini musim petai tgh gemuk2 dan besar.hehehhehe..

Nadiah Sidek said...

fa10: takpe la kak fatin, nnt balik malaysia kita mkn puas2 yg fresh yg takde kat tmpt kita ek ;)

irma: sy suka pedas tapi tak suka sambal belacan :p

lady lavender: lumrah la tu kak..kalau dah nak sgt tu beli je. harga tu tutup mata..hehe..

chik na: alahai chik na..benda2 yg biasa pun nadiah susah nak cuba, inikan pulak budu & petai..uhuk!

nza: oh, akk ada resdung ye?

arin: nak bg org teriur ke kak arin? hehe..