Pages

Monday, June 21, 2010

Trip to East USA (part 3)

sambungan cerita hari ke-2...

Puas berjalan di bandar Chicago, kami terus ke Navy Pier Park yang merupakan salah 1 tarikan pelancong yang ada di Chicago..


Navy Pier ParkPintu gerbang Navy Pier Park


Ferris Wheel ni antara tarikan di Navy Pier Park tapi bukan yang utama. Gambar kecik tu Safiyyah dan papanya tengah beratur nak naik Ferris Wheel


2 orang pelancong yang sedang menikmati keseronokan di atas Ferris Wheel..hehe..


Gambar pemandangan sekitar Navy Pier yang diambil masa tengah naik Ferris Wheel


Ni pulak dalam bangunan Navy Pier. Masa ni ada pirate show. Kami tengok sekejap je..tak minat pulak


Rasanya ni la tarikan utama di Navy Pier Park: Boats and Cruises. Macam-macam jenis cruise yang ada tapi kami pilih Architecture River Cruise. Ni yang paling murah pun. Hati berbelah bahagi juga la masa tu...24 dollar sorang tu mahal juga tu. Akhirnya suami saya decide naik aje la. Sekali ni je pun nak merasa. Lepas-lepas ni nak ke Chicago lagi pun belum tentu lagi. Mujur la Safiyyah free je (bawah 3 tahun free of charge)


Atas bot


Masa kami naik bot ni tak ramai orang pun. Kami ambil trip pukul 4.45 petang


Jom layan gambar-gambar bangunan yang suami saya snap sepanjang 60 minit di atas bot. Dah nama pun Architecture Cruise...ceritanya pasal bangunan-bangunan yang ada di sekitarnya la. Sejarahnya, reka bentuknya...semua la yang berkaitan. Memang cantik, tambahan pulak masa tu cuaca menyebelahi kami...langit membiru je.

Tapi timbul juga perasaan gerun di hati saya. Mana taknya, hampir setahun saya tak jumpa bangunan-bangunan tinggi! Kat Nebraska memang takde bangunan pencakar langit. Paling tinggi, 3-4 tingkat je. Bila tengok bangunan-bangunan tu saya terbayang yang bangunan-bangunan tu runtuh menghempap saya! Huhu...sampai macam tu sekali saya duk bayang..


Trump Tower ChicagoNi Trump International Hotel & Tower Chicago. Juga dikenali sebagai Trump Tower Chicago atau Trump Tower. Bangunan ni adalah bangunan ke-2 tertinggi Amerika dan ke-10 tertinggi dunia. Dimiliki oleh Donald J Trump. Mesti kenal kan siapa Donald Trump..? Kalau tak kenal, baca la biografinya


Marina City. Anak panah yang saya buat tu merujuk tempat parking kereta


Lagi gambar bangunan Marina City. Bangunan ni yang paling saya cam pun. Yang lain-lain tu tak berapa nak cam (tak minat pasal bangunan..macam tu la kan..eheh..)


Bangunan paling tinggi tu dulunya dikenali sebagai Sears Tower. Sekarang ni dah bertukar nama kepada Willis Tower. Merupakan bangunan tertinggi di Amerika. Pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi dunia pada tahun 1974 - 1998


Merchandise MartYang ni pulak bangunan Merchandise Mart atau dikenali juga sebagai The Merch Mart. Pernah jadi bangunan terbesar dunia di awal pembinaannya pada tahun 1930


Eh, eh...ni cerita pasal seni bina (architecture) ke...cerita pasal bangunan tertinggi/terbesar ni? Hehe. Kalau nak tahu pasal seni bina bangunan-bangunan tu semua, baca kat link yang saya bagi tu ye. Saya tak berapa nak rajin la..eheh. Lagipun, saya bukannya dengar sangat apa yang tourist guide tu cakap. Mula-mula je la dengar pastu mata saya pun dah nak kuyu dah. Kenapa? Haa..ni la sebabnya..


Duk menyusukan Safiyyah! Tiap kali menyusukan Safiyyah mesti rasa mengantuk, nak-nak bila Safiyyah menyusu lama. Lagipun, bangunan-bangunan yang tourist guide tunjuk dan cerita tu semuanya di belakang saya...saya tak dapat nak pusingkan badan ke belakang. Tu yang rasa nak terlelap tu. Apa pun, I love breastfeeding! Rasanya saya tak pernah cerita lagi pasal breastfeeding kat blog ni. Nanti la saya cerita apa-apa yang berkaitan pasal breastfeeding..insyaAllah..


Civic Opera BvildingPerasan tak apa yang peliknya gambar ni? Yup, ejaan BUILDING dieja sebagai BVILDING. Kenapa? Entah..saya pun tak tahu. Tapi teori kami menyatakan ejaan tu ikut ejaan lama...mungkin dulu-dulu takde huruf U. Eheh...pandai-pandai je!


Warna hitam tu adalah jambatan yang boleh 'dinaik-turunkan' a.k.a. bascule bridge


bascule bridgeBascule bridge memang banyak kat sungai ni. Boleh kata sepanjang sungai ni ada je bascule bridge. Kalau ada bot-bot yang tinggi nak lalu, jambatan tu akan dinaikkan macam 2- gambar atas ni


Lena! Sepanjang cruise tu la Safiyyah tidur. Nak dekat sampai, baru dia bangun. Macam tau-tau je dah nak sampai..hehe..


Masa ni baru turun dari bot. Gambar terakhir di Navy Pier Park. Asal ada tempat bergambar, memang tak lepaskan peluang! Hihi..


Ni depan KFC/A&W Lombard yang kami pergi masa hari pertama tu. Suka la Safiyyah kalau dilepas bebas gini


Lepas makan, kami check in di Motel 6...


Dalam bilik Motel 6. Saya kurang minat motel 6. Kedekut sikit. Wireless pun kena bayar. Saya prefer Super 8 Motel lagi



Day 3 (May 28, 2010)


Chicago Premium OutletsDestinasi pertama kami di hari ke-3 di Chicago! Lepas check out, terus ke sini. Belum breakfast pun lagi. Kedai pun baru nak bukak..heh. Eh, tapi masa kami sampai tu dah ramai orang sebab hari tu ada sale sempena Memorial Day (Memorial Day: 31 Mei). Dah la kat outlet, sale pulak lagi...memang harga runtuh la! Tapi tak banyak pun shopping sebab kereta dah penuh. Boot kereta pun dah macam sardin..ehe..


Breastfeeding? Anytime, anywhere kenyit *except in restroom/ladies room/toilet*


Tak larat dah nak round kedai. Banyak sangat! Ada 120 kedai kesemuanya. Kami stay sini sampai pukul 3 petang


Pastu kami teruskan perjalanan ke West Lafayette, Indiana pulak. On the way tu, banyak betul kincir angin di kiri kanan jalan...


Masa ni mendung je


Ke depan sikit langit jadi cerah. Dapat juga ambil gambar kincir angin secara dekat. Ambil dari dalam kereta je pun


Kami sampai di Purdue University, West Lafayette hampir jam 9 malam. Kalau ikut jam kami, baru pukul 8 tapi di Indiana, waktu cepat sejam dari Nebraska


Lepas check in di Campus Inn dah tak ke mana-mana dah. Lepak-lepak je dalam bilik


Tu je la cerita kami di hari ke-3. Cerita hari ke-4 dan seterusnya insyaAllah saya cerita dalam entry seterusnya

17 comments:

'atiqah said...

salam.dok asyik scroll down tgk gmbr, tnampak purdue U..hee, excited jap, sbb adik sepatutnya msk situ this coming intake, tp sbb dh ramai sgt malays kt situ, JPA htr ke ohio pula..
p/s: best la dapat jalan2, kan? =) seronok tengok..

♥MAMASYAZA♥ said...

kalo en. abah tgk bangunan camtu mesti dia suka gak nak bergambar, dia kalo bab bangunan2 suka sgttt

deena farhana said...

nice..rs deena pun holiday skali ngn kak Nad bile see pic2 ni..eheh

Suhana Shahril said...

Senanglah Nadiah nak berjalan2,xyah nak susah2 bwk bekalan susu sbb masih breastfeed si safyyah.

Cantiklah kat kwsn yg ada kincir angin tu..takpelah..x dapat pergi..dapat baca cerita dr Nadiah pun,kira oklah.

HuMayRah HaYatI said...

kak yati pun rasa kalu ada baby nanti..ingat tu nak breastfeeding juga...tapi kalu keje susah cket lah...tu y nak mintak petua dgn nadiah...

cantik lah...teringin gak nak pegi kat sini....insya Allah suatu hari nanti...hehehe...

Fazlinil Irma said...

cerita pasal bangunan ni. kalau semua negara mampu. semuanya nak bina yg TERtinggi.

satu lg sy perati kebanyakan(tak pasti semua) negara di barat mesti ada cruise.

sy pun sama mcm awk. kalau pasal jalan2 ni pejam mata gagahkan tgn hulur duit. sekali seumur hidup. =)

Anonymous said...

cantik2 la bangunan kat sana... moden.
Lagi satu org kata amerika ni setiap bandarnya berbeza, x macam UK.... gi mana2 bandar pun duk nampak castle, park... tu jer pun

Cantik la logo nadiah sidek kat gambar tu....siap ada love. Guna apa ye?

daud.montak.zakaria said...

Dalam perjalanan yang panjang ni tentu hang jumpa ramai orang US. Pada pandangan hang, mungkin melalui riak wajah, tingkah laku atau sebagainya, ada tak kelihatan mereka berpandangan agak aneh kepada manusia Muslim? Melalui media dikatakan mereka agak berpandangan serong kepada Muslim selepas peristiwa '11 September" tu....

Syigim said...

sonok safiyyah tido atas bot ye hihi...

hmm, kalo nadiah takut2 kat bangunan tinggi, abih la kalo dtg dubai! kiri kanan depan blakang suma bangunan tinggi2! ;)

i dah penah gi lafayette, & purdue uni! dulu pegi masa hantar kakak, dia blaja sana. kat mana2 pun ade ketapi boilermaker tu kan..maskot purdue ;)

Nadiah Sidek said...

'atiqah: a'ah, purdue mmg ramai student malaysia. adik nnt register fall (autumn) ni ke? mana tau, ada rezeki blh jumpa dia :)

mamasyaza: org yg minat dgn tak minat mmg lain kan :D

deena: hehe..deena terbang senyap2 ikut akk ye :D

suhana: yup, tu la kelebihan breastfeed ;)

kak yati: nadiah sokong sepenuhnya kak yati brestfeed anak kak yati nnt. nadiah tgk tak susah mana pun org yg bekerja breastfeed anak cuma kena rajin sikit mengepam. insyaAllah nnt nadiah buat 1 entry khas ye ;)

irma: betul..betul..kalau mampu, semuanya nak bangunan tertinggi/terbesar..heh. tu la, kena pejam mata je la. berkira sgt duit mmg tak ke mana la..hehe..

fa10: a'ah kak, sini setiap bandar ada attractions masing2. mmg berbeza

studioukm: setakat ni tak pernah jumpa lg. semuanya bermanis muka je, senyum kat kita & kdg2 bertegur sapa. mmg jd malu tau. org malaysia pun tak mcm tu..huhu..

Ummu Ammar said...

Seronok dpt jalan2 ngan Nadiah..TQ krn sudi berkongsi..

Bkn main lg gaya Safiyyah tgh BF..hehehe

Unknown said...

banyak onformasi n3 kali ni..
thanks nadiah..

suka tgk aksi safiyyah BF.. aliya pun camtu suka angkat2 kaki tinggi masa BF..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

bila baca entri ni, makin bersemangat nak g jenjalan mkan angin kat sana..hehe..tq nadiah.

p/s:kalu kat sana tak kisah kan bf depan public, if kat mesia kalu buat camtu mesti orang tengok semacam jer kan..

Anonymous said...

slm nadiah ;)

wah..bestnye jalan2..hihi
nk tanye..yg gmbr bf tu,nadiah pakai baju khas ye utk bf?

Kujie said...

Salam

seronoknya...nak simpan angan2 nak melancong macam ni juga

:D

Nadiah Sidek said...

syigim: hehe..dah lama tak jumpa bangunan tinggi, mana tak rasa takut. oh, kakak syigim dulu study kat Purdue uni ye

ummu ammar: mcm tu le kak safiyyah bila menyusu. time menyusu pun tak reti duk diam :D

kakyong: sepesen la safiyyah dgn aliya..hehe..

ummi aisyah: nnt kite tmbhkan semangat utk ke sini lg ye. hihi..

anon: sy pakai blouse labuh berbutang depan. sy takde baju khas utk nursing :)

kujie: terkejut tgk nama kak jie kat sini! hehe. meh kak jie meh..jln2 kat sini ;). btw, tq sudi singgah blog nadiah :)

shamsul azila said...

Nadiah...seronok je tgk gambar2 nadiah n family..semoga permusafiran kalian membahagiakan dan perjalanan kalian sentiasa diberkati Allah..amin