Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #2
Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #3
Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #4
..........sambungan.........
28 Disember 2010
Kami bertolak ke Denver International Airport lebih kurang jam 4.30 pagi dan sampai di sana pada jam 5.30 pagi. Dari Colorado Springs ke Denver makan masa sejam je. Sampai-sampai sana, tak nampak pulak kelibat abe Jie sekeluarga. Hampir pukul 6 pagi baru la jumpa dengan diorang. Abe Jie baru sampai masa tu pastu terus uruskan beg Tok Mek (check in)..
Dah masuk waktu Subuh, kami bergilir solat di 'masjid'. Nama je masjid tapi surau sebenarnya. Yup, kat Denver International Airport ada disediakan surau! Saya sendiri tak sangka (rujuk sini: Denver International Airport facilities). Sebelum tu duk cari port yang sesuai untuk solat (tempat yang orang tak lalu-lalang sangat). Suami saya tanya staf kat situ ada tak tempat yang sesuai untuk kami solat pastu staf tu tunjukkan arah ke Interfaith Chapel. Yang mula-mula saya nampak masa di Interfaith Chapel tu....perkataan Jewish and Christian (bilik sembahyang Yahudi dan Kristian).
Dalam hati saya masa tu..."Isy, boleh ke nak solat kat sini? Diorang (Yahudi/Kristian) tak marah ke?" Tengah bermonolog dalam hati sorang-sorang, terserempak pulak dengan abang Lan yang baru keluar dari bilik sebelah. Tengok-tengok...eh, ada surau! Sungguh saya tak perasan kewujudan Islamic Masjid tu. Surau tu diletakkan nama sebagai Islamic Masjid yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bilik sembahyang Yahudi/Kristian tu.
Sampai sekarang saya rasa macam tak percaya ada surau kat airport di US ni (sekurang-kurangnya ada di Denver International Airport). Kalau kat luar (selain airport) tak la pelik, ada je masjid/Islamic Center terutama di kawasan yang ramai komuniti Islam. Surau di airport membuatkan saya rasa kagum pulak. Dah la surau tu dibuka 24 jam. Kat Malaysia walaupun banyak surau dan masjid, kadang-kadang tak boleh nak masuk (berkunci!) gara-gara kecurian yang berleluasa :(. Suraunya tak la sama macam surau kat Malaysia yang diasingkan antara lelaki dan perempuan. Suraunya 1 je, pintu keluar-masuk pun pintu yang sama tapi ok la, selesa la sikit...tak payah le dah tercari-cari tempat untuk solat.
Usai solat dan urusan check in pun selesai, kami terus ke tingkat bawah...
Punya la ramai orang kat airport masa tu. Masing-masing balik/pergi bercuti agaknya. Wajah cucu-cucu Tok Mek sugul je...masing-masing sedih Tok Mek nak balik Malaysia
Tok Mek hilang dari pandangan mata, baru kami bersarapan. Kak Ria bawak keropok lekor dan jemput-jemput ^_^
Perut dah kenyang, kami pun beransur. Abe Jie sekeluarga balik ke Fort Collins, kami pulak ke Days Inn semula merehatkan diri seketika sebelum ke Royal Gorge. Dalam pukul 11 pagi baru kami bertolak ke Canon City di mana terletaknya Royal Gorge Bridge & Park.
Aerial tram ni yang kami naik dulu. Tu pun kena tunggu trip pukul 3. Seingatnya, pukul 3.30 trip yang terakhir. Sementara tu kami solat jamak dulu. Masa ni kami terpisah dengan adik-adik undergrad. Tram dah penuh, diorang kena naik trip seterusnya
Dalam tram. Disebabkan tak boleh nak bergambar (kamera habis bateri dan saya pulak tak bawak charger..huhu..), kami naik tram ni sekali lagi dengan adik-adik ni semata-mata nak bergambar..hihi. Mujur boleh masuk jugak :D
Dari tram, kami terus bergegas ke Incline Railway. Kami antara yang terakhir la naik Incline Railway...last trip dah tu. Rezeki kami la dapat merasa naik Incline Railway
Incline Railway. Masa ni ok lagi, tak terasa sejuk sangat tapi makin ke bawah...sejuknya sampai menyucuk tulang. Dah la tak pakai gloves...tahan je la. Safiyyah pulak dah mengamuk-ngamuk nak tidur
Aktiviti kami terakhir di Royal Gorge...menyeberangi jambatan!
Atas jambatan. Nak menyeberangi jambatan ni, boleh pilih sama ada nak naik kereta atau jalan kaki. Kalau naik kereta, had limit kelajuan 10 Mph. Kami jalan kaki je, rasa syok sikit kalau jalan kaki. Sambil-sambil tu boleh bergambar. Jalan atas jambatan ni pun sejuuuukkkkk sangat! Angin agak kuat juga la. Angin sejuk tu yang tak tahan tu
Ada lagi aktiviti yang ada kat Royal Gorge ni tapi kesemuanya ditutup pukul 4 petang (winter tutup awal, pukul 4 dah nak gelap dah). Kami tak sempat la nak cuba semua aktiviti.
Lepas tu kami balik semula ke Days Inn. Dalam pukul 8 malam, keluar lagi cari makan. Saya tak ikut sekali, dah tak boleh nak jalan dah rasanya. Sakit sangat kaki. Safiyyah pulak tidur, nak kejut tak sampai hati. Kesian kat dia kurang tidur sepanjang trip ni. Suami saya dengan adik-adik undegrad je la pergi beli makanan. Saya pulak lepas solat jamak Maghrib-Isyak, 'pengsan' sama-sama dengan Safiyyah. Masa tu memang terasa letih ya amat (tengah bersuka ria tak ingat letih pulak :p)
29 Disember 2010
Lepas bersarapan dan check out, kami terus menuju ke Castle Rock. Lebih tepat lagi...kami ke Outlets at Castle Rock! Masa untuk shopping! ^_^
Dalam pukul 1.30 petang, kami bergerak pulak ke Fort Collins...ke rumah abe Jie lagi..hee. Abe Jie dengan kak Ria agaknya dah tak lalu tengok muka kami...balik-balik muka yang sama jugak yang diorang tengok..ehe. Abe Jie ajak makan kat rumah sebelum kami balik ke Lincoln. Bak kata orang...rezeki jangan ditolak :D
Lepas Maghrib pulak, kami ziarah jiran abe Jie (Asyrul/Yana) yang baru dapat baby girl yang comel ^_^. Baru 3 hari je pun umur baby tu. Kecik je baby tu...2.6 kg kalau tak silap saya. Tapi Safiyyah dulu lagi kecik, 2.41 je berat dia lepas lahir. Biarlah kecik-kecik...senang nak keluar :p. Harapnya adik Safiyyah ni pun tak besar mana...setakat 2.7 kg je dah ye sayang..tak payah la sampai 3 kg ye :p
Hampir pukul 8 malam, kami meneruskan perjalanan jauh...balik ke Lincoln! Alhamdulillah kami selamat sampai di Lincoln lebih kurang jam 6 pagi...
Terima kasih yang tak terhingga buat:
- Abe Jie dan Kak Ria serta Tok Mek yang sudi menumpangkan kami di rumah dan terima kasih atas layanan 1st class buat kami semua. Terima kasih juga menjamu kami dengan makanan yang sedap-sedap. Harap-harapnya tak serik la jumpa dengan kami tukang perhabis beras abe Jie/kak Ria :p. Terima kasih juga sudi jemput kami ke kenduri. Tak sangka boleh makan kenduri kat US ni!
- Isa dan Ku Ila yang juga sudi menumpangkan kami selama 2 malam di Laramie. Terima kasih menjamu kami dengan hidangan yang menyelerakan dan terima kasih bawak kami main ski!
- Abang Man dan kak Lah yang sudi menerima dan melayan kami sebagai tetamu hampir lewat malam dan susah payah sediakan hidangan supper buat kami walaupun tengah sibuk packing dan bersiap untuk pergi bercuti
- Bada dan Lida yang sudi mengajak kami singgah ke rumah dan menjamu kami minum petang
- Abang Mat yang juga ajak kami ke rumah tapi maafkan kami sebab tak dapat nak duduk-duduk di rumah dan tak sempat nak berkenalan dengan isteri abang Mat
- Brother Ali dan kak Tip yang sudi menjemput kami ke rumah dan menjamu kami dengan pelbagai jenis hidangan (kuih raya ada, pizza ada, pisang goreng ada, popia goreng pun ada!). Semuanya sedap kecuali pizza yang saya memang tak makan..ehe. Seronok dapat kenal dengan keluarga mertua kak Tip!
Oh, harapnya dapat la maafkan Safiyyah yang buat rumah kalian macam rumah sendiri...uhuhu. Maafkan juga segala kekhilafan dan salah silap kami semua. Budi baik kalian tak mampu kami nak balas. Moga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian seisi keluarga setiap detik dan ketika. Panjang umur, ada rezeki, insyaAllah kita ketemu lagi satu hari nanti...
p/s: sakan sangat berjalan masa trip ni, kaki saya bengkak dibuatnya. Mula-mula tak perasan juga tapi rasa pelik bila pakai kasut rasa ketat sangat padahal sebelum ni longgar sikit. Perhati kaki betul-betul, baru perasan kaki saya membesar (bengkak). Orang mengandung memang senang bengkak kaki kalau berdiri dan berjalan lama. Pengalaman pertama saya la bengkak kaki masa mengandung. 2-3 hari baru surut bengkak tu
p/p/s: credit all pictures to Irfan