Seperti yang dijanjikan, inilah sebahagian daripada gambar yang diambil pada 20 Disember 2012. Salji mula turun pada 19 Disember jam 2.30 petang tapi dah malam baru tebal saljinya. Nak keluar ambil gambar malam-malam tak rajin, jadinya keesokan paginya baru saya keluar ambil gambar.
Merancang nak ambil gambar sebelum salji berusik sebab pemandangan ketika itu sangat cantik tapi hajat tak kesampaian. Sebelum matahari terbit lagi dah ada petugas datang buang salji terutama di kawasan pejalan kaki.
Kawasan pejalan kaki.
Tebal salji antara 4-6 inci.
Kereta kami dah jadi kereta salji :D.
Sempat ambil gambar tangga belakang rumah sebelum petugas buangkan saljinya.
Sambil menjalankan tugas, dia tanya saya, "Do you like snow?"
"Yes, I'm waiting for it!" Dengan tersenyum lebar saya menjawab :).
Petugas tu pelik agaknya tengok saya sakan sangat ambil gambar keliling rumah (terserlah kejakunan :p). Dahlah seorang diri, gloves pun tak pakai masa ni. Teruja sangat nak ambil gambar sampai terlupa pakai gloves. Nak masuk semula ke rumah malas. Lepas tu padan muka sendiri tangan jadi kebas >_<. Bukan setakat tangan, muka pun jadi kebas. Berangin masa ni, bertambah sejuklah jadinya.
Kali kedua saya keluar ambil gambar pada pagi yang sama. Dalam pukul 10 pagi, tengok di luar, langit elok membiru. Cantik sangat! Tu yang keluar sekali lagi ambil gambar :).
Beberapa minit lepas tu, bertambah cantik warna langit. Tak adalah terasa muram sangat cuaca :).
Yang ni pula dah petang. Sekeluarga keluar (di belakang rumah je pun..hihi..). Anak-anak main salji, papa buang salji atas kereta sambil dibantu jiran dan ummi semestinya jadi tukang ambil gambar tak berbayar ;).
Selesai! ^_^
Nota:
Masih mengharapkan salji turun lagi...nak main sledding (dah semakin memboyot masih ada hati nak main sledding :p). Di saat ni salji masih ada lagi (dalam 1-2 inci) tapi dah tak seronok nak main...saljinya dah mampat, ada yang dah ais dah pun.