Pages

Thursday, June 14, 2012

Bermesra dengan serangga dan ulat

Jumaat lepas (8 Jun 2012) department suami saya mengadakan 'rumah terbuka'. Sesiapa sahaja boleh masuk Entomology Department dalam tempoh 2 jam (4-6 petang). Saya berserta anak-anak dan Ain (undergrad student) keluar rumah hampir jam 5 petang. Jalan kaki je pun. Dekat je department suami dengan rumah.

Mulanya ingat nak pergi pukul 4 tapi suami saya kena bertugas jadi penyambut tetamu dari pukul 4 sehingga 5 petang. Pergi awal saya takut tak terlayan dengan karenah anak-anak. Jadinya sekejap je la kami di sana. Tak sempat nak masuk kesemua 'bilik terbuka'. Harapnya tahun depan dibuat lagi la program macam ni.




Dalam ni ada lebah. Kami tengok-tengok gitu je.


Spesies kupu-kupu dan rama-rama.


Safiyyah dah jumpa ni memang tak nak la dia bergerak ke tempat lain. Ajak ke tempat lain melalak-lalak dia..huhu. Memang betul-betul peminat rama-rama dan kupu-kupu ni.


Sebahagian daripada serangga yang ada di Nebraska.


 Ain melayan Safiyyah.


Tengah tengok serangga yang dipamerkan, tiba-tiba kami dihiburkan dengan tiupan harmonica ^_^. Safiyyah terus tutup telinga dengar bunyi harmonica tu. Dia memang tak suka dengar bunyi-bunyian yang kuat.


kala jengking
Kala jengking yang sangat kecil. Dalam gambar ni nampak besar sikit sebab saya ambil gambar dari jarak dekat. Mungkin anak kala jengking agaknya.


rama-rama
Ketiga-tiga ni rama-rama (moth), bukan kupu-kupu (butterfly). Ada beza rama-rama dan kupu-kupu. Dulu saya selalu tertukar. Saya fikirkan yang cantik adalah rama-rama tapi salah sebenarnya. Yang cantik berwarna-warni adalah kupu-kupu. Yang warnanya seakan sama (kebanyakannya berwarna coklat) macam dalam gambar ni adalah rama-rama. Rama-rama aktif di waktu malam manakala kupu-kupu aktif di waktu siang. Dan badan rama-rama (yang bahagian tengah tu) lebih besar berbanding kupu-kupu. Lepas tengok spesies rama-rama yang ada, cantik juga sebenarnya tapi kenapa saya selalu bayangkan rama-rama tak cantik? :p


Seorang staf menerangkan sesuatu pada suami saya. Shakir pun turut sama mendengar. Gayanya tu macam faham je ^_^


Safiyyah berkenalan dengan pak belalang.


Suami saya tengah terangkan pada Ain beza belalang dan mentadak (praying mantis).


Pelbagai jenis kumbang. Tak sangka kumbang pun sebegini banyak spesiesnya.


Si kenit ni sengih je. Bukannya kenal serangga pun lagi. Takpe Shakir...tahun depan kalau ada program ni lagi insyaAllah kita pergi ye :).


Geli tengok ulat ni! Besar saiznya. Kata suami saya, ini ulat gonggok yang bersaiz besar. Belum pernah lagi saya jumpa ulat gonggok besar begini.


ulat sutera
Ada yang kenal ulat ni? Inilah ulat sutera. Pertama kali saya tengok secara live. Ye, ulat ni memang hidup. Setakat ambil gambar boleh la. Nak pegang minta maaf la...geli! Saya memang geli dengan segala macam ulat, cacing, lintah, pacat dan sepupu-sepapatnya :p.


belalang
Belalang. Tak banyak serangga hidup yang dipamerkan. Kebanyakannya yang dah mati dan diawetkan.


Kebetulan terjumpa dengan budak-budak bujang.


Ain, Aizuddin dan Alif Sophian berbincang tentang perbezaan rama-rama dan kupu-kupu. Safiyyah senyap balik la dah nampak rama-rama dan kupu-kupu tapi dia masih tak dapat bezakan lagi. Semuanya dia sebut by-fly walaupun yang ditunjuk tu sebenarnya moth ^_^.


Serangga ni macam asam keping kata Ain ^_^. Tak tahu la nama apa serangga ni.


Saya suka 3 serangga di bawah ni...Allah jadikan serangga-serangga tersebut boleh menyamar. Subhanallah.


camouflage insect
Nampak tak serangga dalam gambar ni? Badannya betul-betul macam daun kering.


serangga boleh menyamar
Yang ni pula badannya macam dahan pokok.


Ni spesies belalang agaknya. Sayapnya tu seakan-akan daun.


Lawrence Bruner Entomology Club booth. Ada 2 album diletakkan di situ yang memuatkan gambar-gambar aktiviti kelab.


Belek-belek album, terjumpa pula gambar suami saya dan Safiyyah ^_^. Gambar ni diambil pada bulan Januari lepas masa majlis Holiday Party anjuran Entomology Club.


Lepas puas bermesra dengan serangga dan ulat (bermesra la sangat :p),  kami ke UNL Dairy Store pula.

Makan aiskrim! ^_^
Nyamannya tekak dapat makan aiskrim di waktu panas begini.




Seronok la kak long ni dapat makan aiskrim.


Shakir sedih tak dapat aiskrim :p. Saya suap juga aiskrim padanya sikit-sikit. Tunggu la 2 tahun lebih nanti baru bagi makan aiskrim betul-betul.



16 comments:

dear anies said...

kenapa x shoot dkt sket ulat sutera tu...

yatie chomeyl said...

yatie pun geli kat segala mak nenek ulat ni, tgk gambar2 ni pun scroll laju2 hahaha

+ e.z + said...

braninyer drg. kalo mine rsnyer menjerit2 skn dh... aerish la... aed abes... kalo leh pgg, dier pijak... hu3

Nida Mohd said...

geli tengok ulat gonggok yg besar tu..kupu-kupu tu cantik..:)

Nida Mohd said...

geli tengok ulat gonggok yg besar tu..kupu-kupu tu cantik..:)

Asmara said...

kalau bwk anak2 saya mesti suka sgt. diorg x tau nape suka betul ngan binatang2 ni. hihi..

Shira ummi anas aliff said...

Hari tu shira gi shanghai diorg bwk mlawat kilang sutera, shira pegang jugak ulat sutera, lembut sgt... Hehe...

Anonymous said...

akak pun peminat rama2... akak masih ingat lg... masa hantara kawin dulu akak cari gak patung rasma utk di buat hiasan atas hantaran kwin tp dpt satu je... ye la masa zaman 90'an mana ada semua 2 kan.... utk pengetahuan nadiah akak baru je lepas balik kg menjaga mak n ayah yg sakit... sedih gak kena keje arini... tp ... tiba2 akak rasa hati ni ni tenang sikit bila tgok blog nadiah ni... tenang je... wlau pun akak baru dapat berita yg ayah akak di tahan dlm wad hospital balik pagi tadi...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Geli pulak akak tengok Nadiah... cepat-cepat tengok kebawah...

Kalau bunga aduhai... ulang-ulang tengok :))

Teratak Hami said...

Bestnya xtvt gini.

Kat sana dah panas ke?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Geli nyer Tgk ulat2 tue
If my son g pun sure x gerak mana2
Dia mmg suker benda2 gini
Siap Ada buku binatang la
Kumbang siap dia Bela kt umah bila summer taw uwaaaa geli lg ngeee (^_−)−☆

radziah AR said...

binatang yg nadiah suka tu, yg mcm daun kering & ranting kayu tu, ada di Taman Rama-Rama teluk bahang. nanti balik m'sia, boleh bawa safiyyah dan shakir ke sana....

Nur-nba said...

Nampak Safiyyah menunjukkan minat mendalam.. Boleh ikut jejak langkah ayah dia.. :)

Unknown said...

UIh, hebatnya makhluk ciptaan Allah ini, banyak jenis, lain-lain pula tugasnya memelihara ekosistem alam ini. Besar betul ulat gonggok hitam itu. Eee. :D

LadyBird said...

salam kak nadiah..
teruja tgk binatang yg pelbagai tu.. mujur xde gambar lipas.. kalau ade mmg xkomen entry ni sebab cepat2 kene tutup :P

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

p/s::5yrs max yg blh dpt visa skrng...sbb weols bukan student ...darl ai keja sini *____*