Januari
Tetamu kami paling awal datang nun jauh dari Malaysia. Prof. Dato' Dr. Roslan dan Datin Fadhilah datang ke Lincoln semata-mata menghantar anak sulung, Firyal menyambung pengajiannya di sini. Kebetulan sewaktu keberadaan mereka di sini, kami mengadakan jamuan hari lahir Safiyyah yang ke-3. Suami saya ajak sekali mereka turut serta. Boleh baca entrinya di sini: Safiyyah's 3rd birthday bash.
Disebabkan kami tak dapat nak melayan mereka berdua dalam majlis Safiyyah, kami ajak mereka berdua berserta Firyal dan Sue Lin (teman serumah Firyal) datang sekali lagi 2 hari berikutnya (10 Januari) sebelum Prof. dan Datin berangkat pulang ke Malaysia.
Bergambar kenangan bersama Prof. Dato' Dr. Roslan Abd Shukor dan Datin Nur Fadhilah.
Pada 21 Januari pula, kami menerima lagi kedatangan tetamu. Kali ni tetamu dekat pula, dari Omaha, Nebraska yang jaraknya dengan Lincoln lebih kurang sejam menaiki kereta. Memang kami ternanti-nanti kedatangan keluarga Melayu yang tinggal di Omaha ke rumah kami. Akhirnya, kak Arfah sekeluarga yang menjadi perasminya :).
Nampak tak seorang anak dara berbaju putih tu? Siapa lagi kalau bukan Safiyyah :). Anak-anak kak Arfah ketiga-tiganya hero. Masa ni yang sulung tengah main video game. Bagi main dalam bilik aman sikit yang dewasa nak bersembang ^_^.
Saya suka tengok gambar-gambar ni. Dah macam 4 beradik pula mereka ni ^_^. Anak-anak kak Arfah pun tak kisah Safiyyah duduk sekali dengan mereka. Siap pegang bahu si Jeffrey lagi. Kalau dengan budak lain dah kena marah agaknya Safiyyah.
Februari
16 Februari 2012, kami menerima kedatangan 2 orang bujang dari Springfield, Missouri. Mun Fei Chor dan Zharif tumpang di rumah kami selama 3 hari 2 malam. Kenal pun melalui Facebook je mulanya. Menerusi group Kawan US di Facebook, Mun Fei yang mengambil jurusan Music mencari tempat untuk menumpang di Lincoln semasa uji bakat diadakan di UNL. Kebetulan kami terbaca post Mun Fei tu, kami tawar la rumah kami untuk ditumpang. Zharif tu peneman sahaja. Merangkap drebar juga..hehe.
Bergambar sebelum mereka berdua pulang ke Springfield, MO.
Mac
1 Mac 2012, buat kali yang ketiganya Prof. Abu Hassan Ahmad (dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM; juga merupakan co-supervisor suami saya sewaktu buat Master dahulu) datang ke Lincoln. 3 tahun berturut-turut Prof. Abu datang. Kali pertama adalah pada tahun 2010 yang ketika itu kami baru ada seorang anak; Safiyyah yang berusia 14 bulan. Saya ada buat entrinya di sini. Kali ke-2 adalah pada tahun lepas ketika saya dalam pantang, baru melahirkan Shakir dan kedatangannya ke sini pada tahun ini, hampir setahun umur Shakir :).
Setiap kali Prof. Abu ada conference di US, memang dia akan singgah ke Lincoln, berjumpa dengan bekas pelajarnya. Nak buat spot-check agaknya..hihi.
Prof. Abu yang berbaju kemeja.
Jamuan kecil-kecilan dibuat bagi meraikan Prof. Abu.
12 Mac, kami menerima kunjungan tetamu dari 3 States! Kak Farah dan Abang Mohathir dari Ames IA; Kak Suzana, Abang Atfan dan anak-anak dari Greenfield WI; dan Kak Chah dan Abang Sham dari Carbondale IL. Ada juga yang bujang ikut sekali. Helmi, Azhar dan Akmal dari Ames. Helmi dah kenal dah sebelum ni. Dah beberapa kali dia datang ke Lincoln. Azhar dan Akmal masa ni baru kami kenal mereka. 3 teruna ni tak tidur di rumah kami...menumpang tidur di rumah geng bujang di sini. Pagi esoknya datang semula untuk bersarapan ^_^.
Inilah tetamu paling ramai yang kami terima setakat ni. Berdebar-debar juga la terima tetamu ramai begini. Risau makanan tak cukup tapi alhamdulillah, cukup je. Mereka semua berkumpul di Ames dan konvoi ke sini. Tidur sini satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Colorado. Meriah sangat rumah dengan kedatangan 3 buah keluarga ni! Tak kering gusi kami dibuatnya. Ada sahaja idea untuk menyakat dan mengenakan orang sampai tuan rumah pun kena sekali :p.
Bukan mudah nak berkumpul begini tambah-tambah dari States yang berbeza.
Pagi sebelum mereka berangkat ke Colorado. Sunyi jadinya rumah lepas pemergian mereka :(.
Penghujung Mac, dengan tak disangka ada lagi tetamu yang datang bertandang. Boleh dikatakan, bulan Mac adalah bulan paling meriah bagi kami. Meriah dengan kedatangan para tetamu. Kak Ria dan Abe Jie berserta anak-anak dari Fort Collins CO datang ke Lincoln untuk menghadiri majlis Malaysian Night anjuran NUMSA di sini. 2 malam mereka tidur di sini sampai sempat buat aktiviti BBQ bersama-sama yang merupakan BBQ perasmi kami untuk tahun 2012 ni :).
Di majlis Malaysian Night.
April
Penghujung April, sebuah lagi keluarga dari Fort Collin CO datang ke rumah kami. Ada salah faham mulanya. Kami fikir mereka nak tumpang bermalam, rupanya nak singgah je tapi memandangkan mereka sampai pun dah malam, memang kena tahan la di sini ^_^. Pagi esoknya baru mereka sambung perjalanan ke Illinois.
Yana, Asyrul dan anak sulung mereka, Sarah.
Mei
9 Mei, Yana sekeluarga singgah ke rumah kami dalam perjalanan pulang ke Fort Collins. Sepatutnya lama lagi perjalanan makan angin mereka tapi disebabkan Yana dah mula 'mabuk-mabuk', mereka terpaksa batalkan percutian mereka. Ye, Sarah bakal dapat adik, insyaAllah dalam penghujung tahun ni :). Kali ni memang betul-betul singgah je la.
Anak-anak semua tak duduk diam >_<.
16 Mei, sepasang suami isteri yang juga dari Fort Collin CO datang ke sini. Wani dan suaminya hanya singgah sekejap je di rumah kami dalam perjalanan ke Iowa. Saje nak mengenal rumah dan tuan rumah je. Dah pernah jumpa di Fort Collins cuma tak sempat nak beramah mesra.
Jun
Akhir sekali di bulan Jun, sekali lagi kami menerima tetamu dari Malaysia yang datang ke sini menjenguk anak dara mereka, Raihan. Mereka berdua sempat juga turut serta dalam aktiviti BBQ di Holmes Lake.
Raihan bertudung hijau dan di sebelah kanannya adalah ayahnya. Ibu Raihan bertudung coklat dan yang bertudung kelabu adalah teman serumah Raihan, Elfha namanya.
Nota:
Seronok menerima kedatangan tetamu! Tak adalah terasa sangat jauh di negara orang tapi kenangan manis beginilah yang akan membuatkan kami rindu tempat ni nanti..uhuhu..
Nota 2:
Mudah-mudahan terbuka hati para tetamu kami untuk mendoakan keampunan dan kebaikan buat kami sekeluarga..
Nota 3:
Harapnya tiada seorang pun daripada mereka yang rasa serik nak datang ke rumah kami lagi.
14 comments:
tengok gambar2 nadiah menerima kunjungn tetamu silih berganti ni, teringa zaman kat UK dulu. Bila ada tetamu datang dari jauh, dari bandar lain, atau dari Malaysia, mmg seronok sangat. Masak apa saja, makan pun seronok bersama2. Mengikat ukhwah sesama kita, dan rasa walau baru pertama kali jumpa kadang tu, macam dah kenal lama kan nadiah.
Rindu saat2 itu....
nak pergi jaid tetamu kat rumah nadiah jugak boleh x? hehe
tetamu dtg bawa barkah pulang menghapus dosa. :)
teringat dulu, masa kat london. seronok bila tetamu dr msia dtg sbb mesti ada kiriman utk sy. :)
nk gak jd tetamu nadiah.. he he...
next year balik mlays? nape hubby x cari exprience keje kt sana dulu. maklumlah... masa muda ni la kan.. dh brumur nnti balik la ke mlysia...
Dulu masa akak kat Jepun, kalau nak jalan2 keliling jepun, takde masalah tentang penginapan. Setiap negeri sentiasa ada rumah nak stop. Kalau mereka dtg tempat kami, sama juga.
murah rezeki insyaallah :)
meriah nyer
x sunyi la ekkk
ada jer tetamu singgah
murah rezeki u nnt....
suka baca :)
seronok tgk gambar tetamu akak datang bertandang ke rumah.
Salam.
Nadiah, yang Kak Nur perasan komuniti rakyat Malaysia di luar negara sangat akrab. Harap ia dapat diteruskan bila balik ke tanah air..
p/s : Teringin juga nak ziarah rumah Nadiah di US.. Bilalah tu ye??? hehe
Mmg best tiap2 bulan ada je yg dtg...taklah merasa sgt hidup jauh di perantauan...
Tetamu datang bersamanya rezeki...:)
salam kak nadiah.. kalau budaya itu boleh dibawa balik ke Malaysia alangkah bagusnyer.. tp bila di Malaysia sukar nak kekalkan begini.. ikatan antr kite semakin jadi renggang.. iza pun dh lama x jumpe kwn2 usm dulu.. wlpun tgl hanya di Malaysia.. sob3x..
insyaallah..apa yg dibuat nad tu mendpt keberkatan Ilahi hendaknya..
**pasti seronok kan sbb dpt kwn baru time di perantauan...oppss ntilah kalau js nk plan ke sana blh la jadi tetamu di umah nad..blh kan?..hihi
assalamualaikum... saya pertama kali singgah dan komen di blog nadiah ni, terus melekat. sukanya tgk ramai2 org ziarah rumah nadiah. meriah nya. teringat life zaman kecik2 dulu di mana saya dan family pernah menetap di Ames, Iowa mengikut ayah sambung belajar (degree) dan kemudian nya di Virginia (master). Tp mmg kalo ayah saya ada konferens di US, mcm Prof Abu tu jg, pasti dia akan usahakan jgk utk singgah 2 states tersebut. Tempat jatuh lg dikenang...
salam perkenalan :)
Post a Comment