Pages

Friday, November 30, 2012

Gelagat S dan S sewaktu thanksgiving dinner

Sama seperti tahun lepas, drum inilah yang menarik perhatian Safiyyah.


Tahun ni, selain drum, gitar Wii ini juga mencuri perhatian Safiyyah.


Sesi memanaskan badan depan unggun api :).


Julie main hula hoop, Safiyyah pun sibuk juga nak main. Tak reti buat sendiri, suruh orang pusing-pusingkan pula gelung tu di badannya :p.


Giliran Shakir pula mencuba ^_^. Yang seorang lagi ni Eshaal namanya. Pakistani :).



Masing-masing buat macam rumah sendiri :p.


Ada hati nak work out anak teruna ni. Tak padan dengan kenit ^_^.


Entah apalah yang dibuat budak bertiga tu...



Take a break ;).


Anak teruna ni orang sibuk berkemas, dia minta makan pula lagi. Lapar baliklah tu lepas main.



Wednesday, November 28, 2012

Salji pertama 2012-2013






Turun juga salji di Lincoln Isnin lepas. Sebelum ni dah beberapa kali salji dijangka turun tapi bila tiba harinya, tak ada pun. Huhu. 26 November, salji dijangka turun juga. Pagi tu tengok di luar, tak ada salji pun tapi langit mendung sangat. Dalam pukul 9.30 pagi, tengok sekali lagi...eh, salji turun! Terus rasa ceria ^_^. Al-maklumlah, balik Malaysia nanti tak ada peluang dah nak tengok salji depan mata sendiri...sebab tu gembira je kalau salji turun...hihi..

Sikit je salji turun. Light snow. Nak kumpul untuk buat ais kacang pun tak cukup :p. Tak apalah, itu pun dah buat hati ni berbunga riang ^_^. Suhu masa tu pun tak rendah mana. Dalam -1'C sahaja. Tengahari salji dah berhenti turun. Pagi esoknya pula tengok-tengok suhu jatuh menjunam ke -13'C tapi tak ada salji. Cahaya pun elok je memancar.

Harapnya musim sejuk tahun ni dapatlah main salji sepuas hati. Tahun depan nak balik Malaysia dah..uhuhu..


Monday, November 26, 2012

Menu istimewa: Cengkerik goreng

Ada sesiapa terliur? ^_^


Cengkerik goreng ni antara juadah yang disediakan di majlis ESA (Entomological Society of America) 60th Annual Meeting pada 11-14 November lepas. Mentang-mentanglah melibatkan pertemuan ahli entomologi (pengkaji serangga), juadahnya pun bertemakan serangga juga :p.


Licin! Laku juga cengkerik goreng.


Ini lagilah...moth larvae. Licin juga tu! *pengsan*



Aduhai...kembang tekak walaupun sekadar baca nama dan tengok gambar sahaja terutama larva tu >_<. Suami saya tak makan pun...dia hanya ambil gambar sahaja. Itu pun dah licin baru dia teringat nak ambil gambar. Cengkerik goreng tu dari pinggan kawan dia.



Nota:

  1. Kesemua gambar ni saya ambil dari Facebook suami saya. Dia menghadiri ESA meeting di Knoxville, Tennessee masa tu. Macam biasa, saya dan anak-anak kena tinggal di Lincoln.
  2. Belalang yang orang biasa makan pun saya tak makan, inikan pula cengkerik. Larva tu lagilah...terbayang-bayang ulat melentik-lentik masuk dalam mulut >_<.

Sunday, November 25, 2012

Thanksgiving dinner dan Black Friday

Khamis lepas kami sekeluarga memenuhi jemputan Thanksgiving dinner di rumah Dr. Brewer; Head of Department of Entomology, UNL. 3 tahun berturut-turut kami ke sana. Tahun pertama kami di sini je yang kami tak pergi. Masa tu naif lagi. Entah apa-apa je yang difikir masa tu. Isu utamanya bab makananlah. Buat apa pergi kalau tak boleh makan? Nanti ada 'minum-minum' macam mana? Itulah penyebab utama kami tak turut serta di rumah Dr. Brewer.

Lepas itulah belajar sikit-sikit cara bersosial di sini. Kalau nak diikutkan, bukanlah nak pergi makan sangat pun. Sekadar tunjuk muka sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka tahu Muslim juga bergaul dengan non-Muslim. Sekurang-kurangnya juga persepsi negatif mereka terhadap Muslim (sekiranya ada) berubah sedikit sebanyak. 'Minum-minum'? Minuman yang memabukkan memang biasa dihidangkan. Biar sahajalah mereka nak 'minum'. Dah itu memang minuman mereka.


Masing-masing baru sampai je masa ni. Tahun ni tak ramai ke rumah Dr. Brewer berbanding dua thanksgiving dinner yang lepas. Ada yang dah balik ke negara asal masing-masing dan ada juga yang punya agenda tersendiri.


Juadah utama. Dah 3 kali kami ke sana, Mrs. Brewer pun dah tahu ada sesetengah makanan yang kami tak boleh makan. Awal-awal lagi dia maklumkan makanan mana yang boleh makan, yang mana kami tak boleh makan. Berbanding kali pertama dulu, kami kena terangkan. Kini, dia dah sedia memahami :).


Makan, berbual, makan, berbual...


Pinggan saya. Sikit je yang saya ambil. Tekak tak gemar sangat makanan omputih. Sikit-sikit bolehlah.


Tuan rumah; Dr. & Mrs. Brewer.


Dessert.


Sempat bersembang sebelum beredar.


Lebih kurang 3 jam juga kami di rumah Dr. Brewer. Sampai rumah terus terbaring. Pinggang sakit akibat duduk lama. Hampir tengah malamnya pula, suami keluar. Pergi shopping sempena Black Friday sale :p. Saya memang tak dapat nak pergilah. Ikutkan hati nak jugalah tengok sendiri macam mana keadaannya semasa Black Friday sale ni. Masa anak baru seorang pun suami tak bagi ikut, inikan pula dah dua orang. Ditambah pula perut yang semakin memboyot ni...lagilah dia tak bagi ikut.

Nak kata betapa 'hebat'nya penangan Black Friday, seawal jam 4 petang orang dah menunggu di luar kedai sedangkan sale hanya bermula pada waktu tengah malam. Black Friday punya pasal, sanggup orang beratur berjam-jam lamanya di luar kedai dalam keadaan sejuk. Macam tak ada kerja lain pula yang boleh dibuat >_<.

Usai solat Subuh pagi esoknya, barulah saya tengok apa yang suami beli. Baju anak-anak je pun. Yang paling berbaloi, winter jacket Shakir. Harga asalnya 60 dollar. Harga Black Friday sale, 15.95 dollar. Murah sangat! Sebelum ni lagi suami mencari baju winter untuk Shakir tapi tak terbeli sebab harga mahal. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Shakir masa Black Friday.

Saya tak mengharapkan apa-apa pun. Susah nak dapat apa yang saya mahukan. Sekali suami tanya ada tengok ke baju yang dibeli untuk saya? Saya ternampak macam baju kemeja dalam beg plastik tapi saya fikirkan baju suami. Jadinya, saya tak usiklah. Rupanya, baju saya! Kedua-duanya warna biru, bukan warna kegemaran saya, lagilah saya tak sangka itu baju saya. Tak sangka ada juga 'habuan' untuk saya masa Black Friday tahun ni ^_^.

Walaupun warnanya bukan kegemaran saya, kedua-dua baju ni memenuhi kriteria yang saya inginkan; berlengan panjang, cutting longgar dan labuh mencecah paras lutut. Sangat selesa pakai baju begini! Di sini, baju begini dipanggil dress. Kalau bukan waktu sale, paling murah harganya antara 60-70 dollar. Kalau sale pun biasanya dalam 20-35 dollar. Susah nak dapat baju macam ni waktu sale...saiz saya selalu kehabisan stok >_<. Yang suami saya belikan ni sehelai 11 dollar, sehelai lagi 15 dollar. Rezeki :).



Nota:

  1. Cerita thanksgiving dinner tahun 2010 boleh baca di entri Safiyyah dan Thanksgiving Dinner. Yang tahun lepas saya tak buat entrinya. Angin M melanda rasanya masa tu >_<.
  2. Bagi yang tak tahu apa itu thanksgiving, black Friday...boleh baca dalam entri Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday. :)

Thursday, November 22, 2012

Akhirnya..."No!"

Al-kisah anak teruna ni di rumah minggu lepas...

Punyalah tak nak melayan ummi. Macam-macam isyarat dia buat yang dia malas nak layan ummi tapi ummi ni tak faham-faham juga.

Akhirnya...

"No!" Keluar juga perkataan ni dari mulunya.

Hihi. Sabar je la.

Mana taknya, ummi asyik suruh sebut perkataan-perkataan yang sama berulang kali sampai dia pun malas nak layan :p.



Sebelum tu elok je dia melayan tapi terlupa nak rakam. Bila mula rakam, dia pun dah penat dan malas layan ummi ^_^.


Wednesday, November 21, 2012

International Bazaar 2012

Kali kedua ke International Bazaar. Kali pertama adalah pada tahun 2010 [International Food Bazaar]. Tahun lepas tak dapat pergi. Tak ingat sebab apa. Kalau tak silap, suami ke ladang, buat field work. Masih dibuat di tempat yang sama; di UNL City Campus Union. Masa pun masih sama; 11 pagi hingga 2 petang. Juga dibuat pada bulan November. Tahun ni dibuat pada 16 haribulan. Haruslah tak dilepaskan peluang. Masa ni sahajalah dapat membeli makanan Malaysia.

Seingat saya, tahun 2010 lebih banyak gerai dibuka oleh persatuan-persatuan pelajar antarabangsa. Tahun ni tak banyak sangat. Waktu tu juga ramai sangat yang pergi bazar ni. Bersesak-sesak dibuatnya. Tahun ni sedikit lengang. Tak tahulah kalau itu hanya perasaan saya semata-mata.

Kami sampai di Union pada jam 11 pagi kalau tak silap. Kebanyakan gerai pun masih belum mula beroperasi. Masing-masing masih sibuk menyusun atur makanan di gerai masing-masing termasuklah gerai NUMSA (Nebraska University Malaysian Student Association). Kami datang awal pun sebab ada urusan di bank.

Sempat singgah di gerai persatuan pelajar Thailand sebelum ke bank. Depan Safiyyah tu Juthamas (Thai) namanya. Kami kenal Juthamas melalui Sumardi yang dah pun pulang ke tanahairnya; Brunei beberapa hari sebelum Aidiladha lepas.


Selesai urusan di bank, terus ke gerai NUMSA. Tak sabar-sabar nak makan! ^_^


Seperti dua tahun lepas, NUMSA menjual nasi lemak dan karipap gergasi. Bezanya, dua tahun lepas ada menu tambahan. Tahun ni hanya nasi lemak (3 dollar) dan karipap (2 dollar) sahaja yang dijual. Tahun lepas pun nasi lemak juga kalau tak silap saya. Mungkin tahun-tahun mendatang pun nasi lemak juga yang dijual NUMSA..hihi. Saya suka je sebab memang suka nasi lemak ^_^.


Yum, yum!


Kami makan sekali dengan anak-anak dara bertiga ni; Hasanah, Fizah dan Elfha. Kebetulan terserempak dengan mereka. Masing-masing kepedasan masa ni. Berapi sungguh sambal nasi lemak tu. Memang tak tahan tahap kepedasannya. Saya yang suka pedas pun tak dapat habiskan sambalnya.


Anak teruna ni lepas makan nasi lemak dan karipap, makan kuih Arab pula. Tak tahu kuih apa namanya. Suami tak minat nasi lemak, dia cari makanan lain. Shakir ni bab makan tak ada masalah. Pantang nampak orang makan, mesti nak ^_^.


Dah kenyang, terus lena! Mengantuk sangatlah ni. Kalau tak, tak sesenang ni dia tidur. Selagi tak menyusu, susah dia nak lelapkan mata.


Selingan....

Hasil yang diperoleh dari Wells Fargo bank...

2 ekor kuda ^_^. Kalau buka akaun, akan dapat seekor kuda (bukan kuda betul pun :p). Kebetulan hari tu baru mula promosi ni. Buka satu je akaun baru tapi disebabkan buat akaun bersama (joint account), ia dikira 2 akaun. Makanya dapatlah 2 ekor kuda. Tak adalah berebut dua beradik di rumah ni. Bukannya mereka nak main pun tapi kalau hanya ada satu...adalah punca mereka nak berebut >_<.




Sunday, November 18, 2012

Hypoglycemia

Beberapa minggu lepas saya baca artikel bertajuk Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil di blog Dr. Zubaidi. Sebelum ni saya tak tahu istilah yang diguna pakai. Yang saya tahu, apabila badan saya tiba-tiba rasa lemah, menggigil dan berpeluh, maknanya kandungan gula dalam badan saya kurang. Cepat-cepat saya ambil makanan manis (kebiasaannya coklat). Beberapa minit lepas tu badan saya kembali seperti sediakala.

Alhamdulillah saya jarang alami hypoglycemia ketika hamil. Waktu biasa (dalam keadaan tak hamil) lebih kerap berlaku. Hypoglycemia juga ada dikaitkan dengan diabetes. Setakat ni alhamdulillah saya tak menghidap diabetes (mudah-mudahan tak kena langsung sampai bila-bila..ameen..). Mungkin saya tak jaga makan agaknya. Dulu masa zaman anak dara selalu juga kena marah dengan teman serumah sebab asyik tak makan.

Waktu hamil kali ni seingat saya baru 2 kali saya kena hypoglycemia. Waktu hamil jarang kena sebab selalu lapar dan selalu cari bahan untuk dikunyah :p. Perut tak boleh lapar sikit dalam keadaan berbadan dua ni. Kalau lapar dan perut tak diisi, cepat je pedih perut macam nak kena gastrik.

Bulan Ramadhan lepas, saya kena hypoglycemia sekali. Memang rasa lemah sangat badan masa tu. Hampir-hampir nak berbuka dah tapi saya cuba bertahan. Masa tu saya belum baca lagi artikel Dr. Zubaidi tu. Dah baca, barulah sedar tindakan saya tu boleh mengundang bahaya. Tak pernah tahu pun hypoglycemia boleh mendatangkan bahaya kalau tak baca artikel Dr. Zubaidi tu. Malah, dalam keadaan serius, ia boleh memudaratkan bayi dalam kandungan jika paras glukosa dalam darah terlalu rendah.

Ada sesiapa yang pernah kena hypoglycemia?


Wednesday, November 14, 2012

Ketiga: Trimester pertama

Dah masuk tahun baru 1434H dah. Sekejap sahaja tahun demi tahun berlalu. Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam!


Sedikit catatan bagi trimester pertama untuk kehamilan yang ketiga...

13 Julai 2012
Buat urine pregnancy test (UPT) sendiri di rumah. Seperti yang dijangka, keputusan positif. Jelas kelihatan double lines. Alhamdulillah, betul-betul seminggu sebelum Ramadhan dapat tahu yang saya hamil buat kali ketiga. Itu pun suami yang 'desak' saya buat UPT. 5 hari sebelum tu keluar sedikit darah yang saya sangka adalah darah haid. Anehnya, darah yang keluar hanya sedikit. Hari keesokannya, tiada lagi darah yang keluar.

Saya dah mula syak yang saya mengandung. Dalam hati sedikit risau memandangkan saya tak pernah ada pengalaman keluar darah (spotting) di awal tempoh kehamilan. Cuma, masa mengandungkan Shakir, keluar sedikit darah ketika usia kandungan mencecah 13 minggu. Ingat nak buat UPT senyap-senyap tanpa pengetahuan suami tapi tak ada stok home-pregnancy test di rumah. Dalam pada tu saya cari maklumat di internet. Rupanya, spotting adalah salah satu tanda awal kehamilan. Sedikit kelegaan di situ.


Bermulanya Ramadhan 1433H
Dua kali kehamilan sebelum ni Allah izin saya dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bagi kehamilan ketiga ini juga saya mengharapkan saya dapat berpuasa penuh tapi baru 1 Ramadhan, saya hampir tewas. Badan rasa tak berdaya sangat pagi tu. Saya hanya lebih banyak berbaring. Alhamdulillah, melepasi tengahari, saya rasa sedikit bertenaga dan mampu untuk meneruskan ibadah puasa.

Beberapa hari selepas tu, saya mula demam di waktu pagi. Bermula jam 10 pagi, mula rasa tak sedap badan tapi selepas jam 2 atau 3 petang, badan saya kembali normal. Keadaan ni berterusan sehingga pertengahan Ramadhan. Dalam tempoh tu, setiap hari jam 10 pagi saya akan berselimut di atas katil sehingga tengahari. Demam pun ada timing :p. Awal Ramadhan ni juga saya mula tak boleh gosok gigi di awal pagi, rasa nak muntah; sama halnya macam mengandungkan Safiyyah dulu.

23 Ramadhan, balik dari majlis graduasi Fatin dan Irfan, saya rasa sangat tak berdaya. Terbaring je dalam bilik. Suami saya pula terus pergi ladang (field work). Mujur juga tetamu yang ada di rumah waktu tu turut sama keletihan dan berehat dalam bilik. Saya tak masak pun untuk berbuka. Kebetulan pula tetamu dapat jemputan berbuka di tempat lain. Saya dan anak-anak, suami bawa makan di luar.

Pada 28 Ramadhan pula, badan saya tiba-tiba rasa lemah, menggigil dan berpeluh. Tanda-tanda kekurangan gula dalam darah. Setiap kali keadaan ni berlaku, saya cepat-cepat makan makanan manis (kebiasaannya coklat) dan beberapa minit selepas tu badan saya pulih seperti sediakala. Saya cuba untuk bertahan. Rasa sayang pula nak berbuka. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi Ramadhan berbaki. Saya baring dan tenangkan diri. Alhamdulillah, tak lama lepas tu hilang rasa menggigil dan saya dapat berpuasa penuh untuk hari tu.

Puasa dalam keadaan diri berbadan dua kali ni benar-benar menguji diri. Namun, alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh sebulan Ramadhan 1433H.


4 September 2012
Prenatal check up untuk kali pertama. Kalau sewaktu mengandungkan Shakir dulu, check up dibuat di People's Health Center, kali ni dibuat di Heart and Hands Womancare. Kandungan sudah berusia 11 minggu. Sengaja tunggu Ramadhan berakhir baru buat check up. Lagi pun, memang kena tunggu sehingga kandungan 8 minggu baru boleh mendaftar untuk prenatal check up. Untuk kali pertama ni, midwife Jearlyn yang in-charged.

Sebelum masuk ke bilik pemeriksaan, berat ditimbang; 94.6 lbs (42.9 kg). Seperti biasa, check up kali pertama hanya banyak bersoal jawab sahaja. Mula-mula, nurse yang masuk dulu; ambil dan rekod segala maklumat yang diperlukan. Kemudian, masuk pula student di bawah seliaan Jearlyn. Juga bersoal jawab. Ada juga soalan-soalan yang sama ditanyakan nurse, ditanya sekali lagi. Letih nak menjawab! Akhir sekali, barulah Jearlyn masuk. Bersembang serba sedikit dan degupan jantung bayi dikesan menggunakan Doppler fetal monitor. Suatu kelegaan dapat mendengar degupan jantung si kecil. Alhamdulillah, si kecil dalam keadaan baik kata Jearlyn.



Nota:
Gaza diserang lagi oleh tentera Zionis. Sama-sama doakan saudara-saudara seIslam kita di sana. Bagi yang ada Facebook, boleh ikuti perkembangan yang berlaku di Gaza di page Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)


WW: Safiyyah's train

"All aboard!"
^_^


Nota:
Boleh tahan daya imaginasi dan kreativiti anak dara yang seorang ni.


Sunday, November 11, 2012

Buat macam rumah sendiri

Macam nilah gelagat anak-anak di kedai buku. Dibuat macam rumah sendiri je ^_^. Lama dah ni...bulan Julai lepas. Langsung terlupa pasal aktiviti anak-anak di kedai buku. Belek-belek gambar, terjumpa gambar-gambar ni :).




Shakir sebelum ni tak nampak minatnya pada buku (koyak buku dia sukalah :p), mahu juga dah berjinak-jinak dengan buku. Selalu tengok kak long baca buku di rumah, terpengaruh jugalah dia. Alhamdulillah, pengaruh yang baik :). Err...tapi aktiviti mengoyak buku masih menjadi aktiviti kegemaran >_<. 




Safiyyah siap meniarap di kedai buku tu ^_^. 


 Macam tengah buat persembahan pula ^_^.




Ada juga sudut bermain disediakan di sini. Yang ni tempat main lego. Satu sudut lagi tempat main keretapi (Thomas and friends).


Wednesday, November 7, 2012

WW: Ketiga

InsyaAllah.



Monday, November 5, 2012

Musim luruh di Woods Park























Nota:

  • Gambar-gambar diambil pada 20 Oktober 2012.
  • Pertama kali menjejakkan kaki di Woods Park padahal ia adalah taman terdekat dengan rumah (lebih kurang 5-6 minit perjalanan menaiki kereta). Gara-gara geram dengan pemandangan musim luruh yang cantik di sini, singgah juga akhirnya di Woods Park :).
  • Beberapa minggu sebelum tu lagi teringin nak ke Woods Park. Tujuan utama adalah nak ambil gambar ^_^. Terfikir nak bawa anak-anak dengan berjalan kaki tapi terpaksa melupakan hasrat memandangkan jalan besar yang perlu dilintas selalunya sibuk dengan kenderaan. Alhamdulillah, hasrat hati tertunai juga apabila suami sudi memenuhi permintaan isterinya ^_^.
  • Sebelum keluar, kami pakai sweater. Bila keluar rumah, panasnya la cuaca walaupun suhu tak setinggi mana (kalau tak silap, tak sampai 20'C pun waktu tu). Terus tanggalkan sweater tanpa sempat masuk ke dalam kereta lagi. Padahal hari sebelumnya punyalah sejuk gedi. Cuaca dan suhu amat tak menentu dan sukar diduga di sini.