Semalam saya duk sembang dengan mak saya..sebenarnya 2 hari berturut-turut sembang dengan mak..selama sejam! Semestinya guna Skype. Banyak benda nak cerita..tu yang lama tu. Saya call dalam pukul 7.30 petang waktu tempatan (di Malaysia 8.30 pagi). Tengah-tengah duk sembang dengan mak, mak saya kata:
"Ayah baru balik dari surau ni. Nak cakap dengan ayah ke?" Begitu la rutin ayah setiap hujung minggu...lambat balik dari surau sebab duk dengar kuliah Subuh dan lepas tu bersarapan di surau. Setiap minggu ada je yang sedekah juadah di surau tu, kalau berlebihan mesti ayah bawa balik ke rumah.
"Erkk...tak nak la," jawab saya.
Macam biasa, mak saya mesti gelak-gelak sebab dia tahu memang tu la jawapan saya. Hehe. Dari dulu lagi saya memang tak reti nak bersembang dengan ayah. Kalau dengan mak macam-macam cerita boleh keluar tapi bila dengan ayah...automatically saya jadi mati kutu! Tak tahu apa yang nak dibualkan. Ada ke tidak ye orang yang serupa macam saya ni? Yang anehnya...ayah saya pun camtu gak. Dia pun tak tahu nak sembang apa dengan saya. Kadang-kadang kalau call rumah, ayah saya yang jawab phone. Kebiasaannya ini la dialognya:
"Apa khabar? Sihat ke?"
"Safiyyah macam mana?"
"Kat sana pukul berapa sekarang ni?"
"Nak cakap dengan mak ke? Mak ada ni."
See...? Kan saya dah kata dah. Takde pun mention nak cakap dengan mak tapi ayah awal-awal lagi dah nak pass ke mak. Hehe. Tapi kalau bab-bab politik memang saya suka sembang dengan ayah! Hee..
Mak saya bagitau...Along dengan Angah (sepupu saya...anak-anak Mak Long...kedua-duanya lelaki) dah nak bertunang. Along insyaAllah 1 Ogos ni dan Angah dalam bulan 11 nanti. Kenduri kahwin insyaAllah nak dibuat serentak dalam pertengahan tahun depan. Seronoknya dengar! Huhu...tapi sedih tak dapat nak menyibuk-nyibuk nanti.
"Keluarga perempuan minta hantaran RM 15,000 daripada Along, Angah lak RM 12,000," mak saya menyambung cerita.
"Amboi...sampai RM 15,000???"
"Keluarga perempuan tu orang susah...dia mengharapkan duit hantaran tu la nak urus segala hal kahwin nanti. Tapi akhirnya dikurangkan ke RM 10,000 lepas Along cakap dengan perempuan tu," terang mak saya.
Lebih kurang gini la ayat Along kat bakal tunangnya tu:
"Nak kahwin ke tak nak?"
"Nak," jawab bakal tunang Along.
"Ha...kalau nak, tak boleh sampai RM 15,000," macam mengugut pulak Along ni..hehe..
"Ok la...nanti bincang dengan mak." Yess!! Berjaya juga taktik Along.
Akhirnya dipersetujui la RM 10,000 sebagai hantaran. Yang Angah maintain RM 12,000. Kalau tak silap dengar semalam, mak saya kata keluarga bakal tunang Angah ni antara orang kaya juga la...tu yang hantaran sampai RM 12,ooo. Jenuh nak kumpul duit! Tapi kami tak kisah sangat dengan Angah sebab keluarga kami semua tahu Angah jenis berjimat orangnya, sangat kontra dengan Along!
"Mak duk gelak je kat Along. Tu la...dari dulu dah suruh simpan duit, tak disimpan-simpannya. Boros je dia. Sekarang ni dah nak kahwin baru kelam-kabut nak kumpul duit. Dapat pulak yang minta hantaran tinggi...ha..baru tahu! Angah mak tak risau sebab dia dari kecik memang pandai simpan duit. Tak reti dia nak boros-boros ni," mak menyambung bicara.
Nasib la Along..Angah! Nak buat macam mana dah orang minta hantaran tinggi. Nasib baik la keluarga saya tak minta hantaran tinggi-tinggi untuk anaknya ni. Kalau tak...jenuh la suami saya nak 'gali' duit..ehe..