Pages

Thursday, December 30, 2010

Dah selamat sampai rumah!

Err..bukan rumah kat Malaysia...rumah di Lincoln ni..uhuk! Takpe la, home sweet home juga. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah jam 6.30 pagi tadi. Dah tamat dah sesi percutian kami selama seminggu untuk Winter 2010. InsyaAllah nanti saya cerita kami ke mana selama seminggu ni..

Saturday, December 25, 2010

Adrini's First Anniversary Contest

Contest lagi! ^_^
Jom join ramai-ramai contest ni!


Ada 2 kategori...A dan B..boleh pilih yang mana yang berkenan (berdasarkan syarat la). Nak join 2-2 kategori pun boleh juga *wink*. Saya join kategori A je sebab tak layak nak join kategori B..hee~


Category A
  1. Open for all guys, girls, ladies and gentleman.
  2. Winners are selected by a LUCKY DRAW.
  3. Each one below qualify you to get more chances for the LUCKY DRAW:
  • Put contest banner in your blog’s sidebar with link back to this contest page. – 1 chance. -> DONE!
  • Must create one entry for this contest “Adrini’s First Anniversary Contest” with links from our sponsors and Adrinis.com. -> DONE!
  • Add Adrinis.com and contest sponsors link in your blog – 1 chance (per link) -> DONE!
  • Add adrinis.com/blog in your bloglist – 1 chance. -> DONE!
  • Put link entry in your FaceBook (notes/status/wall,etc.) – 1 chance. -> DONE!
  • Follow adrini’s in networkblog – 1 chance. -> DONE!
  • Put link entry in your Twitter – 1 chance.
  • Like Adrini’s page in FaceBook – 1 chance. -> DONE!


Bawah ni pulak senarai penaja-penaja yang bermurah hati menaja hadiah untuk contest ni:

















Nak join klik banner Adrini's Anniversary Contest atas tu ye. Tarikh tutupnya: 30 Disember 2010

Thursday, December 23, 2010

Emneya


Sedari kecil nasib Emneya sentiasa dirundung malang. Daripada seorang bayi terbuang, Emneya dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Mak Wa; seorang insan yang berhati mulia. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Emneya kembali keseorangan dan hidup sebatang kara setelah Mak Wa menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam sebuah kemalangan.

Beberapa tahun berlalu, sinar kebahagiaan kembali berputik di hati Emneya di saat dirinya menjadi suri hidup kepada Syed Erman Haikal Syed Hanief yang begitu menyayangi Emneya. Namun, ujian sekali lagi menimpa Emneya. Segala-galanya berpunca daripada ibu mertua Emneya yang tidak sukakan Emneya. Cubaan demi cubaan dan hasutan demi hasutan dilakukan agar Emneya dan Syed Erman berpisah.

Atas alasan zuriat, Syed Erman akhirnya termakan hasutan ibunya sendiri dan bersetuju untuk memperisterikan Ku Sarah, anak kepada teman baik ibunya. Walaupun hati dirobek-robek, Emneya tetap memberi keizinan kepada suaminya untuk memperisterikan Ku Sarah. Keadaan bertambah buruk setelah Syed Erman ditunangkan dengan Ku Sarah. Pelbagai taktik keji yang dibuat oleh ibu mertua Emneya agar Syed Erman membenci Emneya.

Apakah kesudahannya?? Ikuti sambungan dan kisah penuh Emneya di laman Pena Farhana.


Fuh, selesai pun! Saya nak tag:
  1. Kakyong
  2. Kak Fa10
  3. Kak Nida
  4. Kak Hamizah
  5. Kak Ros Illiyyuun

Pelik ek ada tag-tag? Ni contest sebenarnya! Ngee~

Jom join ramai-ramai! Klik SINI ye. Tarikh tutup contest ni 31 Disember 2010. Sambil-sambil tu boleh baca cerita penuh Emneya, karya Deena Farhana; pemilik laman Pena Farhana. Yang tu ringkasannya aje *wink*. Lama dah saya tak buat karangan..huhu..boleh tak dapat gambaran cerita Emneya tu daripada ringkasan yang saya buat tu?

Tuesday, December 21, 2010

2nd pregnancy: Selera di awal kehamilan

2nd pregnancy ni saya tak berselera sangat la makan nasi putih. Kadang-kadang tu bila terhidang, rasa berselera tapi bila dah jamah, baru 3-4 suap dah rasa tak lalu nak telan. Paksa juga la makan sampai habis. Sayang pulak nak buang macam tu je. Tapi berjam la nak habiskan sepinggan nasi! Mana taknya...saya kunyah nasi tu banyak-banyak kali sampai saya rasa boleh telan, baru saya telan. Memang jadi lumat selumat-lumatnya la nasi tu! Huhu..

Yang saya berselera...sama ada nasi goreng atau bihun goreng. Kalau boleh setiap hari nak masak nasi/bihun goreng! Hihi. Tu masa awal-awal mengandung dulu la. Sekarang ni ok dah tapi tetap prefer nasi/bihun goreng jugak. Apa kena entah selera saya kali ni. Bayangkan, masa puasa hari tu boleh dikira berapa kali je saya masak nasi putih. Hampir setiap hari saya masak nasi goreng.

Saya bagitau suami awal-awal lagi apa yang saya nak masak, suami saya kata, "Masak la apa-apa pun asalkan bini abang kenyang". Biasanya dia complain jugak :p. Dia kesian kot bininya pregnant, layan je la selera anak tekak saya..ehehe. Terharu jugak sebenarnya sebab dia boleh je pergi berbuka kat masjid tapi dia memilih untuk berbuka di rumah walaupun saya hanya masak nasi goreng je. 3-4 kali je dia berbuka di masjid. Tapi saya bukan la masak nasi goreng yang sama je setiap hari. Nasi goreng kan ada macam-macam jenis..antara yang saya masak:


Nasi goreng pattaya. Alhamdulillah, jadi jugak! Nak makan punya pasal...kena la buat sendiri. Mula-mula tu tak jadi jugak..terburai bawahnya :p. Bungkus kali ke-2 (saya buat 2...1 untuk saya, 1 untuk suami)..alhamdulillah, jadi pun ^_^


Nasi goreng USA. Ni baru betul nasi goreng USA sebab masaknya di USA..hihi. Saya pun pelik macam mana nasi ni boleh dapat nama nasi goreng USA. Ada sape-sape tahu?

Sunday, December 19, 2010

Inai dan Selamat Pengantin Baru Along, Angah!

Seminggu dua ni asyik teringat pasal inai je. Mungkin sebab musim kenduri kahwin hujung-hujung tahun ni kot. Inai kan sinonim dengan pengantin. Macam tak sah kalau pengantin perempuan tak berinai. Nak-nak pulak saya baca entry Pesta Berinai di blog Mamasyaza...laaaaaagi la teringat-ingat dan terbayang-bayangkan inai!

Saya memang suka pakai inai. Sejak kecik lagi. Tiap-tiap tahun mesti tak missed pakai inai. Tak pasti sejak umur berapa saya mula pakai inai dan mula sukakan inai. Ni dah lama sungguh jari ni tak berinai. Seingat saya, kali terakhir saya pakai inai, masa kahwin la. Hampir 3 tahun lepas. Huhu..

Masa kecik-kecik dulu, mak saya la yang tolong tumbuk daun inai dan pakaikan inai di jari saya. Bila dah besar, mak pun tak kuasa nak buatkan. Merayu-rayu pun mak buat tak tahu je..hehe. Dah besar kan..dah boleh buat sendiri..nak jugak mak yang buatkan. Tang tumbuk daun inai yang tak rajin tu :p. Tapi saya buat juga la sendiri sebab nak pakai sangat-sangat.

Saya hanya suka inai daun je. Inai serbuk saya tak suka. Inai daun wangi baunya. Tu la antara sebab saya sukakan inai. Inai serbuk pulak tak wangi dan tak tahan lama. Sekejap je dah hilang warna merah di jari. Masa kahwin dulu, mak saya suruh pakai inai serbuk je sebab tak jumpa pokok inai. Dulu ada mak tanam kat belakang rumah tapi ada orang dah tebang pokok tu..huhu.

Mujur jiran mak sedara saya ada pokok inai...mak sedara saya la mintak sikit kat jirannya tu. Dapat juga pakai inai daun masa kahwin ^_^. Kalau saya pakai inai daun, warnanya tak merah sangat (kalau tak ditambah apa-apa la masa tumbuk daun inai tu). Orang kata, warna merah inai (inai daun) bergantung pada kepekatan darah..maknanya kalau darah cair, warna merah inai tu pun tak merah sangat. Betul ke ek?

*************************************

Alhamdulillah, 2 orang sepupu saya (2 beradik; along dan angah) dah selamat menjadi suami orang bulan lepas. Sedih tak dapat pergi kenduri diorang...dah la diorang berdua sepupu yang paling rapat dengan saya pun. Diorang dah macam abang pada saya (kuat menyakat saya masa kecik dulu tu!). Along dan angah cucu pertama dan kedua di sebelah keluarga mak saya, saya pulak yang ketiga merangkap cucu perempuan sulung ^_^.

Along bertemu jodoh dengan orang Selangor, angah pulak jodohnya dengan orang Sabah. Diorang nikah bulan lepas. Majlis belah sepupu saya (along, angah) dibuat serentak pada 11 Disember lepas. Gambar-gambar bawah ni saya ambil di Facebook je [kredit buat semua pemilik kamera dan tukang ambil gambar-gambar tu]. Yang ada ni pun gambar-gambar kat majlis di KL, gambar-gambar kat majlis belah perempuan takde.

Kanan: Along dan kak Sue
Kiri: Angah dan kak Hanie


Siap naik kereta kuda lagi! Huhu..dapat tengok gambar je pun jadi la...


♥ Selamat Pengantin Baru Along & Kak Sue! ♥
♥ Selamat Pengantin Baru Angah & Kak Hanie! ♥

InsyaAllah moga kita semua dapat jumpa satu hari nanti. Meh le honeymoon kat sini...tapi tiket tanggung sendiri ye! Hehe..

Thursday, December 16, 2010

Rentetan daripada kisah Safiyyah reti memanjat #3

Tak habis-habis lagi kisah Safiyyah memanjat..hehe. Oh, sebelum tu....ramai yang tak kenal dengan buah pisang kaki (persimmon) rupanya ye. Saya ingat suami saya sorang je yang tak kenal..hehe. Sape yang belum pernah rasa tu cuba la. Mana tau terjatuh hati jugak nanti dengan buah tu. Jangan contohi saya...saya ni daripada kecik memang susah nak cuba makanan yang tak pernah saya makan. Selagi hati tak terbuka nak mencuba, jangan harap la saya nak cuba walaupun orang semua cakap sedap. Mak, ayah dan suami saya semua suka buah pisang kaki. Diorang kata sedap. Buah tu rangup kata mak saya.

Ok, jom tengok pulak aksi Safiyyah bila dia dah tak boleh nak panjat kerusi...


18 bulan

Tricycle pun jadi buat tempat memanjat! Sekali-sekala je la Safiyyah naik tricycle ni macam naik basikal tapi selalunya dijadikan tempat memanjat. Sekarang ni kami dah sorok dah tricycle ni...risau dia jatuh je panjat atas tu...benda tu kan beroda. Oh ye, tricycle ni hadiah daripada Muzammil dan Suhaizi sempena 1st birthday Safiyyah dulu. Sori ye uncle Muzammil dan uncle Suhaizi...tak best la naik tricycle tu ikut cara biasa...cara ni baru best..mencabar! :p


19 bulan

Bantal dan kusyen memang selalu la Safiyyah angkut bila dia nak memanjat. Masa ni saya tengah solat rasanya. Kebetulan masa tu papa dia balik rumah, tengok-tengok dia dah keluarkan barang-barang dari laci tu. Mujur dia tak sampai nak ambil barang-barang dari laci atas sekali...laci atas sekali tu saya letak pisau!


20 bulan

Penutup kotak pun jadi! Masa tu saya dan suami tengah sibuk punggah barang-barang yang mak saya pos. Safiyyah pun menyibuk juga la...diambilnya penutup kotak bungkusan tu. Ingatkan nak buat apa...rupanya nak dijadikan tempat memanjat! Nampak tak roda belah kiri tu? Kerusi tu memang sengaja kami terbalikkan. Kalau tak...memang tak selamat la barang-barang yang diletak atas meja...laptop sah-sah la tak selamat! Kerusi beroda lagi la senang Safiyyah nak tolak ke mana-mana yang dia suka untuk memanjat. Nak guna komputer masa Safiyyah ada..kena berlutut le jawabnya! Tak boleh nak duduk atas kerusi tu...nanti dia pun sibuk jugak


21 bulan

Boleh teka Safiyyah pijak atas apa tu? Cawan plastik! Safiyyah memang suka main cawan plastik tu. Konon-konon dia tengah buat air la, konon-konon minum air la..memang saya tergelak la tengok gelagat dia. TAPI...tak lama lepas tu dia dapat idea baru pulak...dibuatnya cawan tu untuk memanjat! Habis barang-barang atas rak tu dibawak turun..huhu. Sekarang ni, cawan plastik tu pun kami dah tak bagi dia main


Lepas saya ambil cawan plastik tu...dia terbalikkan pulak botol-botol air mineral tu untuk memanjat! Otaknya tu berjalan aje


Diambilnya periuk dari dalam kabinet untuk memanjat. Reti pulak tu dia terbalikkan periuk tu


Haa...yang bawah ni yang terbaru..

23 bulan

Agak-agaknya benda hijau kat atas lantai tu apa ye...? Kusyen sofa! Ditolaknya kusyen tu ke rak tu, pastu baru dipanjatnya rak tu


Tengok ni...mula-mula Safiyyah turunkan kusyen tu. Biasanya kusyen tengah la yang diambil. Pastu ditolak la ke mana-mana yang dia suka. Berat kusyen tu. Pada kita yang dewasa ni takde la berat tapi pada Safiyyah...memang berat la. Kalau dia penat tolak, dia berhenti sekejap pastu dia sambung tolak balik. Gigih betul!


Sasaran yang paling dekat, TV ni la. Tapi dia boleh tolak kusyen ni sampai pintu belakang. Jauh jugak tu dari kedudukan sofa. Tapi disebabkan kemahuan dia tinggi, dia buat juga sampai berjaya


Tak puas hati lagi tu...nak jugak panjat tinggi lagi! Setakat ni masih belum berjaya lagi la


p/s: alhamdulillah suami saya selamat sampai rumah dalam pukul 11 malam tadi. Happy betul Safiyyah bila papa dia balik. Papa dia dukung dia...gelak besar dia ^_^

Tuesday, December 14, 2010

Pisang kaki dan suami

Hari tu Min ada cerita pasal buah pisang kaki, teringat pulak kisah suami saya dan buah pisang kaki ^_^. Suami saya mula kenal buah pisang kaki masa baru-baru kenal dengan keluarga saya. Masa tu kami belum kahwin pun lagi. Dia pergi rumah mak ayah saya dan kebetulannya buah pisang kaki ada kat rumah, mak saya jamu la sekali buah pisang kaki tu kat dia. Saya di Penang masa tu. Entah kenapa entah dia pergi rumah keluarga saya waktu tu. Nak ambil hati mak ayah saya kot..eheh. Kan orang kata..nak tackle anak dara orang, kena 'tackle' mak ayahnya dulu..hihi..

Sebelum tu memang dia tak pernah rasa dan tak pernah kenal pun buah pisang kaki! Ni mak saya la yang cerita kat saya ni. Tergelak je saya dengar. Masa mak saya hidang tu, memang jakun la dia tengok buah tu. Lebih kurang macam mat salleh tengok durian la kot :p. First time dia rasa, terus jatuh hati dengan buah pisang kaki! Lepas daripada tu..bila jumpa je kat kedai, terus beli. Sampai sekarang macam tu la. Nampak je buah pisang kaki, mesti beli. Dah jadi hantu pisang kaki pulak :p

Ni la buah pisang kaki/persimmon. Ada yang tak kenal? Rupanya seakan-akan tomato. Takde langsung rupa pisang tapi tak tau la kenapa buah ni dinamakan pisang kaki


Tapi buah pisang kaki ni kalau bukan musimnya (buahnya masih tak banyak)...mahal harganya. Kadang-kadang tu dah tak boleh nak sabar, suami saya beli juga la 2-3 biji buat melepas kempunan. Kat sini pun ada juga dijual buah pisang kaki. Dah beberapa kali dah suami saya beli. Tak pasti la harga kat sini berapa. Tak ingat nak tanya suami saya. Mahal jugak rasanya. Mungkin masa suami saya beli tu belum musim kot.

Oh, saya tak makan buah pisang kaki. Tak pernah cuba pun sebenarnya :p. Saya tak minat baunya. Baunya tu yang membantutkan keinginan saya nak rasa buah tu. Ciku pun saya tak makan sebab baunya tu la. Durian makan pulak :p. Durian lain, baunya wangi..eheh..

Sunday, December 12, 2010

Celoteh Safiyyah: Ditinggal papa

Yay..thank you ummi kasi peluang Safiyyah berceloteh sekali lagi kat blog ummi! Lama dah Safiyyah tak berceloteh kat sini sejak entry Celoteh Safiyyah: Anniversary Celebration. Eh...itu satu-satunya pun celoteh Safiyyah kat blog ummi ni. Safiyyah banyak kerja la nak kena buat kat rumah, tu yang tak sempat tu nak berceloteh kat sini. Lagipun ni kan blog ummi, sekali-sekala boleh la Safiyyah tumpang berceloteh kat sini. Rindu tak baca celoteh Safiyyah? ^_^

Hari ni dah hari ke-2 papa pergi San Diego. Papa kata San Diego tu kat California. Tinggal Safiyyah dengan ummi je la kat rumah. Eh, dengan baby sekali tapi baby tak keluar lagi dari perut ummi. Safiyyah tak sedar pun bila papa keluar rumah semalam. Awal sangat papa keluar, sebelum Subuh lagi. Lena Safiyyah tidur sampaikan papa cium Safiyyah sebelum papa keluar pun Safiyyah tak sedar. Safiyyah terjaga pukul 6 pagi tapi masa tu papa dah takde dah. Ummi la bagitau papa dah pergi airport, uncle Syafiq hantarkan. Thank you uncle Syafiq!

Papa pergi San Diego sebab ada conference kat sana. Safiyyah pun tak tahu conference tu apa. Safiyyah tak pernah pergi conference. Papa kata papa balik sini hari Rabu nanti. Hmm..lamanya papa pergi..nanti siapa nak dukung Safiyyah..? Ummi tu bukannya larat pun. Dukung Safiyyah asyik nak terjatuh je Safiyyah. Berat Safiyyah baru 10 kg dah ummi tak larat dukung Safiyyah. Apa la ummi ni. Ummi makan la banyak-banyak sikit, baru ada tenaga nak dukung Safiyyah..

Tahun lepas pun papa pernah tinggalkan ummi dengan Safiyyah kat rumah. Masa tu papa pergi conference jugak..kat Mississippi. Safiyyah pun dah pernah jejak Mississippi tau..masa tu Safiyyah dengan ummi dengan papa makan angin dengan uncle Muzammil dan uncle Syafiq tapi tak sempat jalan-jalan pun kat Mississippi tu. Ummi ada cerita pasal tu...ingat tak? Kalau tak ingat, baca kat sini ye: vacation.

Safiyyah dengan ummi dan papa kat Mississippi. Safiyyah tak ingat la siapa yang tolong ambilkan gambar ni...uncle Muzammil ke uncle Syafiq..lupa la..


Papa, jaga diri elok-elok tau kat tempat orang. Jangan nakal-nakal. Papa jangan risaukan Safiyyah, ummi dan baby kat sini ye. Nanti Safiyyah jaga ummi dengan baby. Papa balik nanti bawa ole-ole untuk ummi dengan Safiyyah dari San Diego tu ye. Miss you papa!


♥ Safiyyah ♥

Thursday, December 9, 2010

Rindunya nak makan...

Big Apple Donut!


Lamanya tak makan...setahun lebih sejak ke US ni! Uhuhu. Dulu sebelum adanya Big Apple Donut ni, selalu makan Dunkin Donut tapi bila Big Apple ni muncul, tak pandang dah Dunkin Donut :p. Tadi tengok la website Big Apple Donut. Belum pun 2 tahun saya tak makan Big Apple Donut, dah macam-macam jenis donut yang keluar! Huhu. Yang dalam gambar atas tu, memang dah ada dah dulu. Yang paling saya suka, The Alien. Aneh namanya tapi sedap hingga menjilat jari! 3 lagi yang saya suka dan suami selalu beli...Duren Duren, Californian Almond dan Moonraker. Memang sedap! Duren Duren tu memang wajib la suami saya beli..dia kan hantu durian :p


Roti Gardenia!

terutamanya roti coklat ni...


2-3 hari lepas tengok gambar kak Arin kat FB..tengah suap Hanum makan roti Gardenia coklat ni...terliur pulak! Haha..teruk betul..macam budak-budak je. Dulu kat Malaysia hampir setiap hari saya makan roti ni. Roti Gardenia biasa tu pun saya boleh makan macam tu je tanpa disapu jem/mentega. Saya kan peminat roti! Nasi tak makan takpe, asalkan ada roti. Ayat favorite mak saya: "Tak jemu ke makan roti hari-hari? Mak tengok pun mak jemu". Ehehe...nak buat macam mana mak..dah anak mak ni suka roti! Tu yang pipi kembung macam roti..ekeke. Tapi badan tak jugak naik-naik..keding tu jugak la..harap pipi je yang kembung :p. Safiyyah pun menurun ummi dia..harap pipi je labuh, badan kecik jugak. Takpe la Safiyyah..pipi tu yang 'mahal'nya..eheh..


Cempedak goreng!


Sini takde cempedak..macam mana nak buat cempedak goreng...? Huwaaa...!!! Nangka pernah nampak la ada dijual kat sini tapi cempedak takde :(. Ada ke orang buat nangka goreng? Sedap ke ek? Mak saya suruh cuba je goreng nangka tapi saya tak cuba pun lagi. Belum sampai tahap mengidam..baru rindu-rinduan..hehe..


Sambal tumis sotong!


Awal-awal duduk Lincoln ni ada juga la 2-3 kali beli sotong. Lepas tu tak beli-beli dah. Sini seafood semua tak fresh. Ikan pun sama. Bernasib baik, dapat la yang elok sikit. Nasib tak baik...dapat yang dah nak dekat busuk! Huhu. Sini jauh dari laut. Yang ada dijual pun semuanya frozen. Kalau teringin sangat la baru beli. Sambal tumis sotong antara favorite saya la. Saya memang suka masakan yang merah-merah dan pedas-pedas. Tengok warna merah-merah baru terbuka selera nak makan. Kalau pedas laaaagi sedap! Tapi sejak kahwin, kena kurangkan jumlah cili sebab suami tak makan pedas! Makan pun tak syok sangat..huhu. Harapkan warnanya je merah tapi tak pedas mana ada umph!



Mengidam ke ni? Saya tak rasa saya mengidam nak makan 4 makanan yang saya senarai tu cuma rindu sebab dah lama tak makan. Kalau tak pregnant pun, saya tetap teringat dan teringin juga makanan-makanan tu semua..hehe. Yang saya betul-betul mengidam....saya nak makan masakan orang lain! Err..tapi kegemaran saya je la. Sini mana nak jumpa..uhuhu. Masa awal-awal pregnant hari tu saya jadi homesick sampai nangis-nangis sebab nak makan makanan kegemaran saya yang dimasak orang lain la. Entah apa-apa je kan. Orang mengidam makanan je, saya mengidam nak makan masakan orang lain :p

Tuesday, December 7, 2010

Safiyyah dan topi ajaib

Lama dah cerita dan gambar-gambar bawah ni...3 bulan lepas lagi..masa Safiyyah 20 bulan. Meh tengok gelagat Safiyyah dan topi ajaibnya..


Cik Safiyyah dan topi ajaibnya. Ajaibnya topi ni, ia boleh dijadikan mangkuk! Tuang air dalamnya pun gerenti tak bocor (jangan diterbalikkan sudah la...confirm la air tumpah :p). Dan ajaibnya juga topi ni...'mengajar' Safiyyah agar tak mudah berputus asa! Tak percaya? Tengok gambar bawah ni:


Bersungguh-sungguh cik Safiyyah kita ni cuba pakai topi ajaib tu. Mula-mula tu umminya perhati je gelagat dia (bukan setakat perhati, siap gelak lagi..hihi..). Tengah syok perhati, baru le si ummi teringat nak ambil gambar. Mula-mula tak berhasil percubaan Safiyyah. Tiap kali dia letak topi tu di kepala, tiap kali tu jugak la topi tu jatuh. Entah kenapa topi ajaib tu tak nak bekerjasama pulak


TAPI....

tanpa mengenal erti putus asa dan hasil kesungguhan..


AKHIRNYA......

BERJAYA juga Safiyyah pakai topi ajaib tu tanpa bantuan sesiapa!
*clap, clap, clap*


Yay..berjaya! Tapi muka masih tak confident lagi ni. Duk risau je kalau-kalau topi tu jatuh lagi dari kepalanya


Super duper happy!


p/s: bagi topi betul-betul tak nak pulak dipakainya. Mangkuk plastik pulak yang dijadikan topi! Jimat la duit papa gini...recycle aje barang-barang yang ada kat rumah..ngee~

Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah 1432



Sempena tahun baru hijrah ni, jom sama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik! Moga kita semua diberkati Allah hendaknya setiap masa dan ketika..ameen..

Friday, December 3, 2010

Banana Cheesecake

Dari sehari ke sehari tangguh nak kongsikan resipi cheesecake ni, hampir terlupa jadinya. Banana cheesecake ni kata suami saya, cheesecake yang paling sedap yang pernah saya cuba dan buat. Kalau suami saya kata sedap tu memang sedap la. Dia bukan jenis yang manis mulut, nak ambil hati bini dia. Kalau tak sedap tu, tahan telinga je la dengar komen dia :p. Sape-sape yang suka cheesecake, boleh la cuba buat banana cheesecake ni. InsyaAllah berbaloi mencubanya :). Oh, resipi ni saya dapat daripada buku baking, bukan resipi saya sendiri..eheh..

Ni la banana cheesecake yang saya buat. Bukan strawberry cheesecake tau. Hiasannya je strawberry, keknya takde kaitan dengan strawberry..hihi. Hanya ada strawberry je kat rumah, saya bantai je la hias dengan strawberry..ngee~


Jom kita tengok resipinya pulak..

INGREDIENTS
3/4 cup all purpose flour
3/4 cup finely chopped pecans
3 tablespoons sugar
2 tablespoons brown sugar
1-1/2 teaspoons vanilla extract
6 tablespoons butter, melted

FILLING
1 cup mashed ripe bananas
2 tablespoons lemon juice
2 packages (8 ounces each) cream cheese, softened
1-1/4 cups sugar
2 tablespoons cornstarch
1/8 teaspoon salt
3 eggs, lightly beaten
1 cup (8 ounces) sour cream
1-1/4 teaspoons vanilla extract

TOPPING
1 cup (8 ounces) sour cream
1/4 cup sugar
1/4 teaspoon vanilla extract
1 cup assorted fresh fruit

  1. Combine the first five ingredients; stir in butter. Press onto the bottom of a greased 9-in springform pan; place on a baking sheet. Bake at 350'F for 10 minutes or until lightly browned. Cool on a wire rack.
  2. Combine bananas and lemon juice; set aside. In a large bowl, beat the cream cheese, sugar, cornstarch and salt until smooth. Add eggs; beat on low speed just until combined. Stir in the sour cream, vanilla and banana mixture. Pour into crust. Place pan on a baking sheet.
  3. Bake at 350'F for 50-60 minutes or until center is almost set. Let stand for 5 minutes. Combine sour cream, sugar and vanilla; spread over top of cheesecake. Bake 5 minutes longer.
  4. Cool on a wire rack for 10 minutes. Carefully run a knife around edge of pan; cool 1 hour longer. Refrigerate overnight. Garnish with fruit.


Selamat mencuba! Dah cuba nanti bagitau ye! :)

Wednesday, December 1, 2010

Rentetan daripada kisah Safiyyah reti memanjat #2

Kaki kerusi makan diikat! Kat rumah lama, semua kerusi makan kami letak kat luar sebab Safiyyah suka sangat memanjat. Bukan dia nak panjat atas kerusi semata-mata tapi atas meja! Tu yang kami letak kat luar tu. Kat rumah ni pulak tak sesuai letak di luar. Nak letak kat basement leceh pulak...nanti kalau nak guna, kena pulak bawak naik semula. Sudahnya kami ikat je kaki kerusi tu. Selesai 1 masalah! Sape-sape yang datang ke rumah kami mesti tanya kenapa kerusi meja makan tu diikat. Pelik je masing-masing..macam tak bagi orang duduk pulak..hehe..


Laci belah tepi ni semua dah dipasang safely lock! Sebelum ni kami biarkan aje. Barang-barang pun saya tak letak dalam keempat-empat laci belah tepi ni sebab nanti Safiyyah akan keluarkan semua benda yang ada dalam laci tu. Minggu pertama duduk rumah ni, dia hanya bukak tutup laci je. Minggu seterusnya pulak, dia dah mula balik duduk dalam laci macam kat rumah sewa sebelum ni (tengok gambar bawah)


Ni masa kat rumah sewa sebelum ni. Safiyyah 20 bulan masa ni. Ni la antara kerja dia kat rumah..duduk dalam laci dapur!


Ni pulak masa dia 22 bulan. Kat rumah yang kami duduk sekarang la. Dulu dia masuk dalam laci pertama (laci bawah sekali)....ni dah naik 'pangkat'...ke laci ke-2 pulak. Tapi tu ok lagi la. Saya biarkan aje juga la


TAPI...kami terpaksa ambil keputusan drastik pasang safety lock pada keempat-empat laci tu bila mana Safiyyah dah naik sampai laci paling atas! Tengok gambar kabinet atas tu, yang saya bulatkan dengan warna kuning. Memang terkejut sangat masa tu! Bayangkan macam mana dia boleh panjat daripada laci yang saya bintangkan ke laci yang saya bulatkan tu. Dia buat laci sebelah (4 laci berderet tu) macam tangga!

Saya ada je kat dapur masa tu tapi membelakangi dia...tengah siang ayam kalau tak silap. Sebelum tu memang saya perasan dia duk main laci. Saya buat tak kisah je la sebab memang dia selalu main kat situ. Saya tersedar dia dah berada di laci atas sekali tu pun bila suami tegur masa dia masuk dapur. Buatnya masa tu Safiyyah jatuh ke, atau laci tu patah ke...isy, na'uzubillah. Hari tu jugak la suami saya beli safety lock dan terus pasang hari tu jugak. Risau kalau Safiyyah buat sekali lagi. Dia bukannya reti gayat..huhu..


Kisah-kisah Safiyyah memanjat yang lain:


p/s: sebulan lagi genap la Safiyyah 2 tahun! Cepatnya masa berlalu..