Pages

Thursday, July 2, 2009

6 bulan

Alhamdulillah hari ni Safiyyah genap 6 bulan. Dah start makan dah hari ni. For a start, saya bagi kanji kosong je. Ada nampak sikit-sikit gaya nak meniarap tapi aktiviti baru dia sekarang ni..berpusing-pusing atas tilamnya tu. Daripada 90 darjah ke 180 darjah ke 360 darjah! Sudahnya, bantal dia ke mana, dianya ke mana..heh. Gambar-gambar terbaru Safiyyah sekitar 5 bulan:



tertidur masa baca buku :)





antara mainan terbaru Safiyyah..2 dollar je..
kalau kat kedai biasa harganya lebih daripada 30 dollar..




So far dia ok di sini. Takde apa-apa masalah. Cumanya...saya kesian pula kat mak ayah saya. Ini la satu-satunya cucu yang mereka ada buat masa ni. Mak saya selalu tanya pasal cucunya (waa..sejak dah ada cucu ni..lebih sayangkan cucu daripada anak sendiri..huhu). Hampir setiap kali mak hantar email pada saya, mesti dia tanya khabar cucunya tu. Dah mengiring ke belum..dah meniarap ke belum..sihat ke tidak..

"Cucu mak macam mana?"

"Send la gambar kat mak. Mak nak tengok."

"Gambar-gambar yang Nadiah send semalam mak dah print..bagi Cu (adik saya) dan atuknya tengok. Diorang asyik tanya je."

Hiba je rasa bila baca ayat-ayat macam tu tapi tu la..nak buat macam mana..terpaksa merantau jauh. Hanya email dan SMS je yang mampu dikirim. Gambar Safiyyah pun kerap juga saya send..dengan harapan terubat sikit la rindu mereka pada Safiyyah. Harap-harapnya cepat la suami saya menghabiskan pengajiannya di sini..boleh la pulang cepat ke Malaysia..

p/s: lusa Independence Day sini tapi kenapa esok cuti ye..? ~saya yang masih tak mengerti~

10 comments:

Anonymous said...

esok di panggil independence observation..di samping itu beri peluang org balik bercuti..satu US cuti sok dan lusa..semua pejabat tutup

daud.montak.zakaria said...

whaaa...nampaknye ibu dah 'jelous' ngan anak...

ummuilham said...

salam...
saya add link awak juga :)
comel Safiyyah :)

dora said...

rajin betul safiyyah baca buku.. bagus terapkan minat dr kecik lagi... nanti akak pun nak bg buku kat adib... berapa thn lagi asben nadiah abis study?

pali said...

skype2. buleh video conversation, sangat clear. huhuh.

Nadiah Sidek said...

anonymous: oo..gitu ye? baru sy fhm. tq 4 that info!

ukmstudio: hehe..

ummu ilham: sila..sila..=)

dora: itu la..berkenan betul Safiyyah dgn bukunya tu..tgk dia mcm betul2 baca buku lak..hehe. waa...jgn la tny brp thn lg kak..dia baru je nk start kelas bln 8 ni. huhu

pali: mak akk bknnya reti sgt..sekdr emel tu blh la..tu pun kat ofisnya. kat umah takde intrnt..bln 8 ni dia pencen..huhu

Dayah @ Real Ummu said...

nenek dah rindu2an dgn cucu sorang ni ye...cucu sulong le katakan...

Anonymous said...

mlm ni ada fireworks pkl 12 mlm..jd jgn tidur lagi..boleh tgk kat depan rumah..di Lincoln, meraka lancarkan mercun tu id Oak Lake dkt dgn Masjid Lincoln..kalau nak tgk dr dekat kena keluar awal lg untuk ke oak lake dlm pkl 8..enjoy ur stay in Lincoln, Nebraska................

Nadiah Sidek said...

dayah: tu la..cucu sulung la katakan..

anonymous: 12 mlm??? ntah larat lg ke tidak mata ni nk bertahan..

husna said...

memang rajin betul safiyyah tu baca buku..sampai tertido..sian kat mak kak nadiah kerinduan kat cucu kesayangan...