Pages

Sunday, May 30, 2010

Spring: Indah berwarna-warni (part 2)

Masih mood Spring lagi love. Gambar-gambar bawah ni saya snap sebulan yang lepas. Gambar basi takpe kan...tak jejas apa-apa kan senyumkenyit. Nak buat entry ni tak terbuat-buat sampai terlupa. Ni baru teringat balik. Jom cuci mata kenyit.


Ni bunga depan rumah. Dah gugur dah pun bunga-bunganya. Sekejap je berbunga. Tulip pun memang takde dah. Tulip lagi kejap je berbunga


Bunga pink tu pun takde dah. Gambar ni dan gambar atas tu suami saya yang snap


Macam bunga pengantin pulak. Yang pengantin perempuan duk pegang tu








Bangunan belakang tu library










Tengah jalan-jalan kat sini, ada sorang budak lelaki (yang saya tulis 'the boy' tu) tiba-tiba datang kat Safiyyah nak peluk Safiyyah. Menangis Safiyyah. Budak lelaki tu rasanya lebih kurang baya Safiyyah je, selalunya Safiyyah suka berkawan dengan budak-budak lain tapi agaknya masa tu Safiyyah terkejut sebab tiba-tiba je budak lelaki tu datang dekat dia nak peluk ihikhik






Rehat kejap kenyit


Close up




Duduk tempat lain pulak






Saya suka tengok bunga ni. Kombinasi warnanya kot yang buat saya tertarik






Model bunga-tanpa-rela sengihnampakgigi

Saturday, May 29, 2010

Tag dari Alynnz dan Chik Na

Berkurun dah tag ni baru nak buat! Tu pun disebabkan hutang tag makin bertambah..huhu. Sori ye Alin...jangan marah naa lambat buat tag ni. Tag ni dari Alynnz, pasal kasut favourite..


Pilihan pertama:

Ni suami saya hadiahkan masa baru kahwin. Kebetulan masa tu sandal saya dah uzur. 1st time saya pakai sandal mahal-mahal. Pada orang lain, Scholl ni biasa la kot tapi pada saya...huhu...mahal! Sampai sekarang saya tak bertukar sandal kenyit


Pilihan kedua:

Skechers ni beli kat sini...kat bahagian clearance...hihi. Kat sini kalau nak beli yang baru punya, tengok kat clearance je la, tu je yang termampu pun. Masa ni 1st time saya tahu pasal Skechers. Saya ni memang tak tahu jenama-jenama semua ni...bukan kaki shopping...terbalik dengan suami saya...semua dia tahu


Pilihan ke-3 takde sebab saya hanya ada 2 pasang tu je. Ada 2 pasang lagi; sport shoes dan boots, tak letak la sini sebab 2 pasang tu hanya dipakai waktu tertentu je.


Sape-sape yang belum buat tag ni dan rajin nak buat, buat la ye senyum


***************************


Ni pulak tag dari Chik Na. Ni pun dah berkurun dah! Sori Chik Na ye...lambat sangat nak buat tag ni


1. Siapakah anda di rumah?
-> HambaNya, isteri, ummi, drama queen, chef, babysitter, cikgu senyumkenyit

2. Siapakah diri anda di samping rakan?
-> Err...kena tanya diorang la kot

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
-> Berbakti pada mak ayah
-> Tunaikan umrah dan haji
-> Ada tanah dan rumah sendiri yang selesa
-> DSLR
-> Travel all around the world

4. Siapakah nama pasangan anda?
-> Wan Zaki Wan Mamat

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
-> Romantic & loving
-> Suka buat surprise
-> Tak merokok
-> Sesibuk mana pun tetap akan luangkan masa dengan family
-> Tak minat bola sepak

6. Bila tarikh couple?
-> 29 Mac 2008 (sebaik diijabkabulkan love)

7. Kenangan pahit anda bersama rakan anda?
-> Tak ingat la..

8. Lagu tema cinta anda?
-> Takde

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
-> Kurangkan aktiviti shopping..hoho..

10. Tag 10 rakan lain:
-> Deena
-> Ummi Aisyah
-> Ibu Arifa
-> Alynnz
-> Syigim
-> Kak Yati Ahmad
-> Nia
-> Izan
-> Kak Sari
-> Fireflies

Tuesday, May 25, 2010

Isu kasut Crocs?

Baru-baru ni timbul pulak isu pasal kasut crocs. Rasanya ramai kot tahu pasal ni. Benda-benda macam ni cepat tersebar, baik melalui emel, Facebook mahupun blog. Dunia IT la katakan. Ustaz Hasrizal pun ada sebut sikit pasal isu ni. Saya takde nak ulas apa-apa, baca je la ye perbincangan di bawah ni:



Sunday, May 23, 2010

Half a Dozen Babies

3-4 hari lepas saya baca entry pasal teringin anak kembar (tak ingat pulak blog siapa), pastu baca pulak cerita Affan dan Afnan di blog Izan. Baca 2 entry tu teringat pulak saya cerita Half a Dozen Babies. Cerita yang digarap daripada kisah benar pasal pasangan suami isteri (Becki dan Keith Dilley) yang dapat kembar 6 (sextuplets)! Saya teringin jugak dapat anak kembar (yang sorang ni pun tak terlarat nak jaga, ada hati nak anak kembar jelir) tapi takde la sampai kembar 6. Kembar 2 peace cukup la...

Becki dengan Keith memang suka budak-budak. Bila dah kahwin, diorang nak anak cepat la tapi setahun berlalu masih juga takde tanda-tanda diorang akan dapat anak. Pastu bila gi klinik, doktor kata peluang diorang nak dapat anak sangat tipis (saya tak ingat sebab apa). Tapi diorang tak putus asa. Macam-macam usaha la yang diorang buat selama 6 tahun. Dari 1 hospital ke hospital yang lain diorang pergi sampai la diorang dapat maklumat pasal fertility drug.

Lepas ambil fertility drug tu baru la Becki disahkan mengandung. Memang happy la diorang bila dapat tahu yang diorang bakal menimang cahaya mata sendiri. Bila scan, doktor bagitau Becki ni mengandung anak kembar...kembar 5 pulak tu! Masa bersalin, keluar sorang lagi baby...yang ke-6! Baby sorang tu menyorok, memang tak nampak pun tiap kali scan. Pandai baby tu menyorok..hehe..


The Dilleys (3 tahun)


9 tahun


Dah remaja dah pun. Ikutkan, diorang dah 17 tahun le dah. Lahir tahun 1993


sumber gambar: ABC News


p/s: Tak dapat nak bayangkan macam mana nak jaga kembar 6 blur