Jumaat lepas (8 Jun 2012) department suami saya mengadakan 'rumah terbuka'. Sesiapa sahaja boleh masuk Entomology Department dalam tempoh 2 jam (4-6 petang). Saya berserta anak-anak dan Ain (undergrad student) keluar rumah hampir jam 5 petang. Jalan kaki je pun. Dekat je department suami dengan rumah.
Mulanya ingat nak pergi pukul 4 tapi suami saya kena bertugas jadi penyambut tetamu dari pukul 4 sehingga 5 petang. Pergi awal saya takut tak terlayan dengan karenah anak-anak. Jadinya sekejap je la kami di sana. Tak sempat nak masuk kesemua 'bilik terbuka'. Harapnya tahun depan dibuat lagi la program macam ni.
Dalam ni ada lebah. Kami tengok-tengok gitu je.
Spesies kupu-kupu dan rama-rama.
Safiyyah dah jumpa ni memang tak nak la dia bergerak ke tempat lain. Ajak ke tempat lain melalak-lalak dia..huhu. Memang betul-betul peminat rama-rama dan kupu-kupu ni.
Sebahagian daripada serangga yang ada di Nebraska.
Ain melayan Safiyyah.
Tengah tengok serangga yang dipamerkan, tiba-tiba kami dihiburkan dengan tiupan harmonica ^_^. Safiyyah terus tutup telinga dengar bunyi harmonica tu. Dia memang tak suka dengar bunyi-bunyian yang kuat.
Kala jengking yang sangat kecil. Dalam gambar ni nampak besar sikit sebab saya ambil gambar dari jarak dekat. Mungkin anak kala jengking agaknya.
Ketiga-tiga ni rama-rama (moth), bukan kupu-kupu (butterfly). Ada beza rama-rama dan kupu-kupu. Dulu saya selalu tertukar. Saya fikirkan yang cantik adalah rama-rama tapi salah sebenarnya. Yang cantik berwarna-warni adalah kupu-kupu. Yang warnanya seakan sama (kebanyakannya berwarna coklat) macam dalam gambar ni adalah rama-rama. Rama-rama aktif di waktu malam manakala kupu-kupu aktif di waktu siang. Dan badan rama-rama (yang bahagian tengah tu) lebih besar berbanding kupu-kupu. Lepas tengok spesies rama-rama yang ada, cantik juga sebenarnya tapi kenapa saya selalu bayangkan rama-rama tak cantik? :p
Seorang staf menerangkan sesuatu pada suami saya. Shakir pun turut sama mendengar. Gayanya tu macam faham je ^_^
Safiyyah berkenalan dengan pak belalang.
Suami saya tengah terangkan pada Ain beza belalang dan mentadak (praying mantis).
Pelbagai jenis kumbang. Tak sangka kumbang pun sebegini banyak spesiesnya.
Si kenit ni sengih je. Bukannya kenal serangga pun lagi. Takpe Shakir...tahun depan kalau ada program ni lagi insyaAllah kita pergi ye :).
Geli tengok ulat ni! Besar saiznya. Kata suami saya, ini ulat gonggok yang bersaiz besar. Belum pernah lagi saya jumpa ulat gonggok besar begini.
Ada yang kenal ulat ni? Inilah ulat sutera. Pertama kali saya tengok secara live. Ye, ulat ni memang hidup. Setakat ambil gambar boleh la. Nak pegang minta maaf la...geli! Saya memang geli dengan segala macam ulat, cacing, lintah, pacat dan sepupu-sepapatnya :p.
Belalang. Tak banyak serangga hidup yang dipamerkan. Kebanyakannya yang dah mati dan diawetkan.
Kebetulan terjumpa dengan budak-budak bujang.
Ain, Aizuddin dan Alif Sophian berbincang tentang perbezaan rama-rama dan kupu-kupu. Safiyyah senyap balik la dah nampak rama-rama dan kupu-kupu tapi dia masih tak dapat bezakan lagi. Semuanya dia sebut
by-fly walaupun yang ditunjuk tu sebenarnya moth ^_^.
Serangga ni macam asam keping kata Ain ^_^. Tak tahu la nama apa serangga ni.
Saya suka 3 serangga di bawah ni...Allah jadikan serangga-serangga tersebut boleh menyamar. Subhanallah.
Nampak tak serangga dalam gambar ni? Badannya betul-betul macam daun kering.
Yang ni pula badannya macam dahan pokok.
Ni spesies belalang agaknya. Sayapnya tu seakan-akan daun.
Lawrence Bruner Entomology Club booth. Ada 2 album diletakkan di situ yang memuatkan gambar-gambar aktiviti kelab.
Belek-belek album, terjumpa pula gambar suami saya dan Safiyyah ^_^. Gambar ni diambil pada bulan Januari lepas masa majlis Holiday Party anjuran Entomology Club.
Lepas puas bermesra dengan serangga dan ulat (bermesra la sangat :p), kami ke UNL Dairy Store pula.
Makan aiskrim! ^_^
Nyamannya tekak dapat makan aiskrim di waktu panas begini.
Seronok la kak long ni dapat makan aiskrim.
Shakir sedih tak dapat aiskrim :p. Saya suap juga aiskrim padanya sikit-sikit. Tunggu la 2 tahun lebih nanti baru bagi makan aiskrim betul-betul.