Thursday, December 30, 2010
Dah selamat sampai rumah!
Saturday, December 25, 2010
Adrini's First Anniversary Contest
Jom join ramai-ramai contest ni!
Ada 2 kategori...A dan B..boleh pilih yang mana yang berkenan (berdasarkan syarat la). Nak join 2-2 kategori pun boleh juga *wink*. Saya join kategori A je sebab tak layak nak join kategori B..hee~
Category A
- Open for all guys, girls, ladies and gentleman.
- Winners are selected by a LUCKY DRAW.
- Each one below qualify you to get more chances for the LUCKY DRAW:
- Put contest banner in your blog’s sidebar with link back to this contest page. – 1 chance. -> DONE!
- Must create one entry for this contest “Adrini’s First Anniversary Contest” with links from our sponsors and Adrinis.com. -> DONE!
- Add Adrinis.com and contest sponsors link in your blog – 1 chance (per link) -> DONE!
- Add adrinis.com/blog in your bloglist – 1 chance. -> DONE!
- Put link entry in your FaceBook (notes/status/wall,etc.) – 1 chance. -> DONE!
- Follow adrini’s in networkblog – 1 chance. -> DONE!
- Put link entry in your Twitter – 1 chance.
- Like Adrini’s page in FaceBook – 1 chance. -> DONE!
Bawah ni pulak senarai penaja-penaja yang bermurah hati menaja hadiah untuk contest ni:
Nak join klik banner Adrini's Anniversary Contest atas tu ye. Tarikh tutupnya: 30 Disember 2010
Thursday, December 23, 2010
Emneya
Sedari kecil nasib Emneya sentiasa dirundung malang. Daripada seorang bayi terbuang, Emneya dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Mak Wa; seorang insan yang berhati mulia. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Emneya kembali keseorangan dan hidup sebatang kara setelah Mak Wa menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam sebuah kemalangan.
Beberapa tahun berlalu, sinar kebahagiaan kembali berputik di hati Emneya di saat dirinya menjadi suri hidup kepada Syed Erman Haikal Syed Hanief yang begitu menyayangi Emneya. Namun, ujian sekali lagi menimpa Emneya. Segala-galanya berpunca daripada ibu mertua Emneya yang tidak sukakan Emneya. Cubaan demi cubaan dan hasutan demi hasutan dilakukan agar Emneya dan Syed Erman berpisah.
Atas alasan zuriat, Syed Erman akhirnya termakan hasutan ibunya sendiri dan bersetuju untuk memperisterikan Ku Sarah, anak kepada teman baik ibunya. Walaupun hati dirobek-robek, Emneya tetap memberi keizinan kepada suaminya untuk memperisterikan Ku Sarah. Keadaan bertambah buruk setelah Syed Erman ditunangkan dengan Ku Sarah. Pelbagai taktik keji yang dibuat oleh ibu mertua Emneya agar Syed Erman membenci Emneya.
Apakah kesudahannya?? Ikuti sambungan dan kisah penuh Emneya di laman Pena Farhana.
Fuh, selesai pun! Saya nak tag:
- Kakyong
- Kak Fa10
- Kak Nida
- Kak Hamizah
- Kak Ros Illiyyuun
Pelik ek ada tag-tag? Ni contest sebenarnya! Ngee~
Jom join ramai-ramai! Klik SINI ye. Tarikh tutup contest ni 31 Disember 2010. Sambil-sambil tu boleh baca cerita penuh Emneya, karya Deena Farhana; pemilik laman Pena Farhana. Yang tu ringkasannya aje *wink*. Lama dah saya tak buat karangan..huhu..boleh tak dapat gambaran cerita Emneya tu daripada ringkasan yang saya buat tu?
Tuesday, December 21, 2010
2nd pregnancy: Selera di awal kehamilan
Yang saya berselera...sama ada nasi goreng atau bihun goreng. Kalau boleh setiap hari nak masak nasi/bihun goreng! Hihi. Tu masa awal-awal mengandung dulu la. Sekarang ni ok dah tapi tetap prefer nasi/bihun goreng jugak. Apa kena entah selera saya kali ni. Bayangkan, masa puasa hari tu boleh dikira berapa kali je saya masak nasi putih. Hampir setiap hari saya masak nasi goreng.
Saya bagitau suami awal-awal lagi apa yang saya nak masak, suami saya kata, "Masak la apa-apa pun asalkan bini abang kenyang". Biasanya dia complain jugak :p. Dia kesian kot bininya pregnant, layan je la selera anak tekak saya..ehehe. Terharu jugak sebenarnya sebab dia boleh je pergi berbuka kat masjid tapi dia memilih untuk berbuka di rumah walaupun saya hanya masak nasi goreng je. 3-4 kali je dia berbuka di masjid. Tapi saya bukan la masak nasi goreng yang sama je setiap hari. Nasi goreng kan ada macam-macam jenis..antara yang saya masak:
Sunday, December 19, 2010
Inai dan Selamat Pengantin Baru Along, Angah!
Saya memang suka pakai inai. Sejak kecik lagi. Tiap-tiap tahun mesti tak missed pakai inai. Tak pasti sejak umur berapa saya mula pakai inai dan mula sukakan inai. Ni dah lama sungguh jari ni tak berinai. Seingat saya, kali terakhir saya pakai inai, masa kahwin la. Hampir 3 tahun lepas. Huhu..
Masa kecik-kecik dulu, mak saya la yang tolong tumbuk daun inai dan pakaikan inai di jari saya. Bila dah besar, mak pun tak kuasa nak buatkan. Merayu-rayu pun mak buat tak tahu je..hehe. Dah besar kan..dah boleh buat sendiri..nak jugak mak yang buatkan. Tang tumbuk daun inai yang tak rajin tu :p. Tapi saya buat juga la sendiri sebab nak pakai sangat-sangat.
Saya hanya suka inai daun je. Inai serbuk saya tak suka. Inai daun wangi baunya. Tu la antara sebab saya sukakan inai. Inai serbuk pulak tak wangi dan tak tahan lama. Sekejap je dah hilang warna merah di jari. Masa kahwin dulu, mak saya suruh pakai inai serbuk je sebab tak jumpa pokok inai. Dulu ada mak tanam kat belakang rumah tapi ada orang dah tebang pokok tu..huhu.
Mujur jiran mak sedara saya ada pokok inai...mak sedara saya la mintak sikit kat jirannya tu. Dapat juga pakai inai daun masa kahwin ^_^. Kalau saya pakai inai daun, warnanya tak merah sangat (kalau tak ditambah apa-apa la masa tumbuk daun inai tu). Orang kata, warna merah inai (inai daun) bergantung pada kepekatan darah..maknanya kalau darah cair, warna merah inai tu pun tak merah sangat. Betul ke ek?
Alhamdulillah, 2 orang sepupu saya (2 beradik; along dan angah) dah selamat menjadi suami orang bulan lepas. Sedih tak dapat pergi kenduri diorang...dah la diorang berdua sepupu yang paling rapat dengan saya pun. Diorang dah macam abang pada saya (kuat menyakat saya masa kecik dulu tu!). Along dan angah cucu pertama dan kedua di sebelah keluarga mak saya, saya pulak yang ketiga merangkap cucu perempuan sulung ^_^.
Along bertemu jodoh dengan orang Selangor, angah pulak jodohnya dengan orang Sabah. Diorang nikah bulan lepas. Majlis belah sepupu saya (along, angah) dibuat serentak pada 11 Disember lepas. Gambar-gambar bawah ni saya ambil di Facebook je [kredit buat semua pemilik kamera dan tukang ambil gambar-gambar tu]. Yang ada ni pun gambar-gambar kat majlis di KL, gambar-gambar kat majlis belah perempuan takde.
♥ Selamat Pengantin Baru Angah & Kak Hanie! ♥
InsyaAllah moga kita semua dapat jumpa satu hari nanti. Meh le honeymoon kat sini...tapi tiket tanggung sendiri ye! Hehe..
Thursday, December 16, 2010
Rentetan daripada kisah Safiyyah reti memanjat #3
Ok, jom tengok pulak aksi Safiyyah bila dia dah tak boleh nak panjat kerusi...
18 bulan
19 bulan
20 bulan
21 bulan
Haa...yang bawah ni yang terbaru..
23 bulan
p/s: alhamdulillah suami saya selamat sampai rumah dalam pukul 11 malam tadi. Happy betul Safiyyah bila papa dia balik. Papa dia dukung dia...gelak besar dia ^_^
Tuesday, December 14, 2010
Pisang kaki dan suami
Sebelum tu memang dia tak pernah rasa dan tak pernah kenal pun buah pisang kaki! Ni mak saya la yang cerita kat saya ni. Tergelak je saya dengar. Masa mak saya hidang tu, memang jakun la dia tengok buah tu. Lebih kurang macam mat salleh tengok durian la kot :p. First time dia rasa, terus jatuh hati dengan buah pisang kaki! Lepas daripada tu..bila jumpa je kat kedai, terus beli. Sampai sekarang macam tu la. Nampak je buah pisang kaki, mesti beli. Dah jadi hantu pisang kaki pulak :p
Tapi buah pisang kaki ni kalau bukan musimnya (buahnya masih tak banyak)...mahal harganya. Kadang-kadang tu dah tak boleh nak sabar, suami saya beli juga la 2-3 biji buat melepas kempunan. Kat sini pun ada juga dijual buah pisang kaki. Dah beberapa kali dah suami saya beli. Tak pasti la harga kat sini berapa. Tak ingat nak tanya suami saya. Mahal jugak rasanya. Mungkin masa suami saya beli tu belum musim kot.
Oh, saya tak makan buah pisang kaki. Tak pernah cuba pun sebenarnya :p. Saya tak minat baunya. Baunya tu yang membantutkan keinginan saya nak rasa buah tu. Ciku pun saya tak makan sebab baunya tu la. Durian makan pulak :p. Durian lain, baunya wangi..eheh..
Sunday, December 12, 2010
Celoteh Safiyyah: Ditinggal papa
Hari ni dah hari ke-2 papa pergi San Diego. Papa kata San Diego tu kat California. Tinggal Safiyyah dengan ummi je la kat rumah. Eh, dengan baby sekali tapi baby tak keluar lagi dari perut ummi. Safiyyah tak sedar pun bila papa keluar rumah semalam. Awal sangat papa keluar, sebelum Subuh lagi. Lena Safiyyah tidur sampaikan papa cium Safiyyah sebelum papa keluar pun Safiyyah tak sedar. Safiyyah terjaga pukul 6 pagi tapi masa tu papa dah takde dah. Ummi la bagitau papa dah pergi airport, uncle Syafiq hantarkan. Thank you uncle Syafiq!
Papa pergi San Diego sebab ada conference kat sana. Safiyyah pun tak tahu conference tu apa. Safiyyah tak pernah pergi conference. Papa kata papa balik sini hari Rabu nanti. Hmm..lamanya papa pergi..nanti siapa nak dukung Safiyyah..? Ummi tu bukannya larat pun. Dukung Safiyyah asyik nak terjatuh je Safiyyah. Berat Safiyyah baru 10 kg dah ummi tak larat dukung Safiyyah. Apa la ummi ni. Ummi makan la banyak-banyak sikit, baru ada tenaga nak dukung Safiyyah..
Tahun lepas pun papa pernah tinggalkan ummi dengan Safiyyah kat rumah. Masa tu papa pergi conference jugak..kat Mississippi. Safiyyah pun dah pernah jejak Mississippi tau..masa tu Safiyyah dengan ummi dengan papa makan angin dengan uncle Muzammil dan uncle Syafiq tapi tak sempat jalan-jalan pun kat Mississippi tu. Ummi ada cerita pasal tu...ingat tak? Kalau tak ingat, baca kat sini ye: vacation.
♥ Safiyyah ♥
Thursday, December 9, 2010
Rindunya nak makan...
Lamanya tak makan...setahun lebih sejak ke US ni! Uhuhu. Dulu sebelum adanya Big Apple Donut ni, selalu makan Dunkin Donut tapi bila Big Apple ni muncul, tak pandang dah Dunkin Donut :p. Tadi tengok la website Big Apple Donut. Belum pun 2 tahun saya tak makan Big Apple Donut, dah macam-macam jenis donut yang keluar! Huhu. Yang dalam gambar atas tu, memang dah ada dah dulu. Yang paling saya suka, The Alien. Aneh namanya tapi sedap hingga menjilat jari! 3 lagi yang saya suka dan suami selalu beli...Duren Duren, Californian Almond dan Moonraker. Memang sedap! Duren Duren tu memang wajib la suami saya beli..dia kan hantu durian :p
Roti Gardenia!
terutamanya roti coklat ni...
2-3 hari lepas tengok gambar kak Arin kat FB..tengah suap Hanum makan roti Gardenia coklat ni...terliur pulak! Haha..teruk betul..macam budak-budak je. Dulu kat Malaysia hampir setiap hari saya makan roti ni. Roti Gardenia biasa tu pun saya boleh makan macam tu je tanpa disapu jem/mentega. Saya kan peminat roti! Nasi tak makan takpe, asalkan ada roti. Ayat favorite mak saya: "Tak jemu ke makan roti hari-hari? Mak tengok pun mak jemu". Ehehe...nak buat macam mana mak..dah anak mak ni suka roti! Tu yang pipi kembung macam roti..ekeke. Tapi badan tak jugak naik-naik..keding tu jugak la..harap pipi je yang kembung :p. Safiyyah pun menurun ummi dia..harap pipi je labuh, badan kecik jugak. Takpe la Safiyyah..pipi tu yang 'mahal'nya..eheh..
Cempedak goreng!
Sini takde cempedak..macam mana nak buat cempedak goreng...? Huwaaa...!!! Nangka pernah nampak la ada dijual kat sini tapi cempedak takde :(. Ada ke orang buat nangka goreng? Sedap ke ek? Mak saya suruh cuba je goreng nangka tapi saya tak cuba pun lagi. Belum sampai tahap mengidam..baru rindu-rinduan..hehe..
Sambal tumis sotong!
Awal-awal duduk Lincoln ni ada juga la 2-3 kali beli sotong. Lepas tu tak beli-beli dah. Sini seafood semua tak fresh. Ikan pun sama. Bernasib baik, dapat la yang elok sikit. Nasib tak baik...dapat yang dah nak dekat busuk! Huhu. Sini jauh dari laut. Yang ada dijual pun semuanya frozen. Kalau teringin sangat la baru beli. Sambal tumis sotong antara favorite saya la. Saya memang suka masakan yang merah-merah dan pedas-pedas. Tengok warna merah-merah baru terbuka selera nak makan. Kalau pedas laaaagi sedap! Tapi sejak kahwin, kena kurangkan jumlah cili sebab suami tak makan pedas! Makan pun tak syok sangat..huhu. Harapkan warnanya je merah tapi tak pedas mana ada umph!
Mengidam ke ni? Saya tak rasa saya mengidam nak makan 4 makanan yang saya senarai tu cuma rindu sebab dah lama tak makan. Kalau tak pregnant pun, saya tetap teringat dan teringin juga makanan-makanan tu semua..hehe. Yang saya betul-betul mengidam....saya nak makan masakan orang lain! Err..tapi kegemaran saya je la. Sini mana nak jumpa..uhuhu. Masa awal-awal pregnant hari tu saya jadi homesick sampai nangis-nangis sebab nak makan makanan kegemaran saya yang dimasak orang lain la. Entah apa-apa je kan. Orang mengidam makanan je, saya mengidam nak makan masakan orang lain :p
Tuesday, December 7, 2010
Safiyyah dan topi ajaib
*clap, clap, clap*
p/s: bagi topi betul-betul tak nak pulak dipakainya. Mangkuk plastik pulak yang dijadikan topi! Jimat la duit papa gini...recycle aje barang-barang yang ada kat rumah..ngee~
Sunday, December 5, 2010
Salam Maal Hijrah 1432
Sempena tahun baru hijrah ni, jom sama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik! Moga kita semua diberkati Allah hendaknya setiap masa dan ketika..ameen..
Friday, December 3, 2010
Banana Cheesecake
Jom kita tengok resipinya pulak..
INGREDIENTS
3/4 cup all purpose flour
3/4 cup finely chopped pecans
3 tablespoons sugar
2 tablespoons brown sugar
1-1/2 teaspoons vanilla extract
6 tablespoons butter, melted
FILLING
1 cup mashed ripe bananas
2 tablespoons lemon juice
2 packages (8 ounces each) cream cheese, softened
1-1/4 cups sugar
2 tablespoons cornstarch
1/8 teaspoon salt
3 eggs, lightly beaten
1 cup (8 ounces) sour cream
1-1/4 teaspoons vanilla extract
TOPPING
1 cup (8 ounces) sour cream
1/4 cup sugar
1/4 teaspoon vanilla extract
1 cup assorted fresh fruit
- Combine the first five ingredients; stir in butter. Press onto the bottom of a greased 9-in springform pan; place on a baking sheet. Bake at 350'F for 10 minutes or until lightly browned. Cool on a wire rack.
- Combine bananas and lemon juice; set aside. In a large bowl, beat the cream cheese, sugar, cornstarch and salt until smooth. Add eggs; beat on low speed just until combined. Stir in the sour cream, vanilla and banana mixture. Pour into crust. Place pan on a baking sheet.
- Bake at 350'F for 50-60 minutes or until center is almost set. Let stand for 5 minutes. Combine sour cream, sugar and vanilla; spread over top of cheesecake. Bake 5 minutes longer.
- Cool on a wire rack for 10 minutes. Carefully run a knife around edge of pan; cool 1 hour longer. Refrigerate overnight. Garnish with fruit.
Selamat mencuba! Dah cuba nanti bagitau ye! :)
Wednesday, December 1, 2010
Rentetan daripada kisah Safiyyah reti memanjat #2
TAPI...kami terpaksa ambil keputusan drastik pasang safety lock pada keempat-empat laci tu bila mana Safiyyah dah naik sampai laci paling atas! Tengok gambar kabinet atas tu, yang saya bulatkan dengan warna kuning. Memang terkejut sangat masa tu! Bayangkan macam mana dia boleh panjat daripada laci yang saya bintangkan ke laci yang saya bulatkan tu. Dia buat laci sebelah (4 laci berderet tu) macam tangga!
Saya ada je kat dapur masa tu tapi membelakangi dia...tengah siang ayam kalau tak silap. Sebelum tu memang saya perasan dia duk main laci. Saya buat tak kisah je la sebab memang dia selalu main kat situ. Saya tersedar dia dah berada di laci atas sekali tu pun bila suami tegur masa dia masuk dapur. Buatnya masa tu Safiyyah jatuh ke, atau laci tu patah ke...isy, na'uzubillah. Hari tu jugak la suami saya beli safety lock dan terus pasang hari tu jugak. Risau kalau Safiyyah buat sekali lagi. Dia bukannya reti gayat..huhu..
Kisah-kisah Safiyyah memanjat yang lain:
p/s: sebulan lagi genap la Safiyyah 2 tahun! Cepatnya masa berlalu..
Tuesday, November 30, 2010
Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday
Thanksgiving Day is a harvest festival celebrated primarily in the United States and Canada. Traditionally, it has been a time to give thanks for a bountiful harvest. While there was an underlying religious element in the original celebration, Thanksgiving today is primarily identified as a secular holiday.[1]
Although earlier feasts are known to have taken place, Thanksgiving as it is known and celebrated today derives from a joint celebration between the Pilgrim settlers of Plymouth, Massachusetts and members of the Native American Patuxet tribe of the Wampanoag people in 1621.
In Canada, Thanksgiving Day is celebrated on the second Monday in October, which is Columbus Day in the United States. In the United States, it falls on the fourth Thursday of November. [source]
Boleh jugak baca di sini: Thanksgiving (United States). Kat link ni ada la diceritakan sejarah-sejarah Thanksgiving di US.
Sifir mudahnya...pesta menuai la. Eh, kat Malaysia ada jugak pesta menuai, kan? Di Sabah kalau tak silap. Cuma, cara sambutan la yang berbeza. Sini, kebiasaannya disambut dengan makan besar, sama ada dengan ahli keluarga atau dengan kawan-kawan.
Dan...antara menu 'wajib' masa Thanksgiving (di US la, Canada saya tak tahu) adalah baked/roasted TURKEY! Sampaikan ada yang gelar Thanksgiving Day sebagai Turkey Day. Masa saya nak ke rumah Dr.Brewer minggu lepas, saya berangan nak tengok seekor turkey (ayam belanda) panggang atas meja. Dasar jakun :p. Memang la sama je bentuknya macam ayam biasa tapi saiznya besar berbanding ayam. Tu yang nak tengok tu. Selama ni tengok kat TV je. Tapi...tak kesampaian juga la nak tengok. Turkey yang dihidang di rumah Dr.Brewer dah dihiris-hiris dagingnya...senang orang nak makan. Aisey..
Makanan lain yang dihidangkan (ni ikut kebiasaan la): mashed potato with gravy, sweet potatoes, cranberry sauce, pumpkin pie. Ni semua ada dihidangkan di rumah Dr.Brewer tempohari cuma pumpkin pie tu saya tak pasti ada ke tak sebab banyak sangat dessert yang Mrs.Brewer hidangkan.
Black Friday tu apa pulak? Jumaat yang hitam kelam?? Hehe. Tahun lepas la pertama kali saya dengar istilah Black Friday. Ingatkan apa benda la Black Friday tu...rupanya hari untuk shopping. Sale memang menggila la sempena Black Friday. Bayangkan, orang sanggup beratur kat luar kedai 4-5 jam sebelum kedai dibuka! Ada yang siap pasang khemah kat luar kedai. Dah la sejuk, sanggup diorang tunggu. Mana taknya, barang yang dijual tak banyak jumlahnya. Each item, hanya ada lebih kurang 10 pieces je. Sebab tu orang sanggup tunggu dan beratur berjam-jam lamanya kat luar kedai semata-mata nak dapatkan limited stock tu. First come, first serve la kata orang sekarang.
Tahun ni suami saya melibatkan diri jugak dalam Black Friday sale tapi takde la dia beratur sampai berjam-jam. Hanya 15 minit je (tapi kena beratur panjang la). Dia pergi dengan Alif dan Irfan. Kedai dah nak buka baru diorang pergi, jadinya takde la lama sangat kena beratur tapi dalam suhu yang sejuk macam sekarang ni...15 minit tu pun terseksa jadinya! Masa suami saya pergi tu, suhu -8'C. Nak merasa bahang Black Friday punya pasal...suhu negatif pun tak menjadi penghalang :p.
Kedai yang suami saya pergi tu dibuka (sale bermula) pada jam 12 tengah malam tapi kebanyakan kedai (kalau tak silap saya) dibuka pada jam 4-5 pagi. Tak spesifik masanya. Kat kedai tu (yang suami saya pergi tu la), every item is 50% off! Mana la orang tak jadi 'gila' kalau macam tu punya diskaun. Oh, suami saya kena beratur lebih sejam masa nak buat bayaran! Masa nak masuk kedai tak beratur lama, nak bayar pulak jadi lama.
Black Friday ni jugak sebenarnya ada kaitan dengan Thanksgiving Day...
Black Friday is the day following Thanksgiving Day in the United States, traditionally the beginning of the Christmas shopping season. Especially popular in the United States, the event is spreading to other nations such as Canada and Australia. On this day, many retailers open very early, often at 4 a.m., or earlier, and offer promotional sales to kick off the shopping season. Black Friday is not actually a holiday, but many employers give their employees the day off, increasing the number of potential shoppers. It has routinely been the busiest shopping day of the year since 2005,[1] although news reports, which at that time were inaccurate,[2] have described it as the busiest shopping day of the year for a much longer period of time.[3]
The day's name originated in Philadelphia, where it originally was used to describe the heavy and disruptive pedestrian and vehicle traffic which would occur on the day after Thanksgiving. Use of the term began by 1966 and began to see broader use outside Philadelphia around 1975. Later an alternative explanation began to be offered: that "Black Friday" indicates the period during which retailers are turning a profit, or "in the black."[4] [source]
Ingat Thanksgiving Day, ingat Black Friday..eheh. Thanksgiving Day jatuh hari Khamis ke-4 bulan November. Jadinya, Jumaat keesokannya la Black Friday. Masa kami di rumah Dr.Brewer tu, ramai la yang duk sembang pasal Black Friday. Orang bukan sembang sangat pasal Thanksgiving Day, tapi Black Friday yang lebihnya :p.
1 lagi istilah...Cyber Monday. Dah nama pun cyber...mesti la ada kaitan dengan internet. Yang ini pun ada kaitan dengan Thanksgiving dan Black Friday. Dekat-dekat je harinya. Kalau Thanksgiving hari Khamis, Black Friday Jumaat keesokan harinya...Cyber Monday pulak Isnin berikutnya.
Ada kaitan dengan shopping jugak! Bezanya, Cyber Monday ni online shopping. Tak payah la nak bersengkang mata, beratur panjang, berkhemah dan berebut-rebut semata-mata nak shopping macam Black Friday. Tapi istilah Black Friday lagi glamor berbanding Cyber Monday. Saya sendiri pun baru tahun ni dengar pasal Cyber Monday. Mungkin sebab Cyber Monday ni orang tak nampak...shopping melalui internet je kan. Lagipun harga sale masa Cyber Monday tak seruntuh harga sale masa Black Friday.
Cyber Monday is a marketing term for the Monday immediately following Black Friday, the Friday following Thanksgiving Day in the United States, created by companies to persuade people to shop online. The term made its debut on November 28, 2005 in a Shop.org press release entitled "'Cyber Monday' Quickly Becoming One of the Biggest Online Shopping Days of the Year".[1] According to the Shop.org/BizRate Research 2005 eHoliday Mood Study, "77 percent of online retailers said that their sales increased substantially last year on the Monday after Thanksgiving, a trend that is driving serious online discounts and promotions on Cyber Monday this year (2005)". In 2006, Shop.org announced[2] that it launched the CyberMonday.com portal, a one-stop shop for Cyber Monday deals. In 2009, comScore[3] reported that consumers spent $887M online on Cyber Monday (excluding travel), the second highest spending day of 2009. Cyber Monday is also used as a marketing term in Canada, the United Kingdom, Portugal and Germany. In these countries, with the exception of Canada, Cyber Monday sales last for eight days, typically from the last Monday in November to the first Monday in December. In Canada, the sales period mirrors that of the U.S. [source]
Sekian sahaja pelajaran kita untuk hari ini. Hihi..
Sunday, November 28, 2010
Safiyyah dan Thanksgiving Dinner
Belum winter lagi tapi dah pakai baju winter lengkap. Sejuuuuukkkkk sangat sekarang ni. Malam-malam, pagi-pagi buta suhu bawah 0'C (suhu negatif je memanjang). Duduk rumah pun pakai sweater. Bayangkan la suhu masa winter nanti macam mana..