Pages

Saturday, July 31, 2010

Blog lawa gila

Award ni kak Kamalia yang bagi. Terima kasih kak! Mmmuuuuaaaahhh....saaaayang akak! ^_^




Suke tak award ni?
-> Mesti la suka!

Kamu rasa blog kamu lawa gila?
-> Err..lawa pun ada gila ye? :p Sekurang-kurangnya lawa la di mata kak Kamalia (",)

Kamu selalu singgah di blog sape?
-> Hampir kesemua blog yang saya follow saya akan singgah tapi saya bagi keutamaan pada blog yang saya suka dan juga blog yang empunyanya rajin singgah blog saya dan tinggalkan komen

Beri senarai blog yang lawa gila bagi kamu..
-> Lawa ni perkara subjektif. Di mata saya mungkin lawa tapi tidak di mata orang lain. Makanya semua blog la lawa *wink*

Tag kepada orang yang kamu rasa patut dapat award special ni
-> Kak Izan
-> Lin
-> Shira
-> Ummi Aisyah
-> Kak Syigim
-> Ibu Dalila
-> Kak Sara
-> Kak Love

Thursday, July 29, 2010

Followed blog: update tak keluar di dashboard

Kenapa ye beberapa blog yang saya follow...tak keluar update di blogger: dashboard? Bila saya klik blog-blog tu, ini yang keluar:









Ada sape-sape tak yang follow blog-blog tu? Keluar tak update di dashboard? Saya pernah cuba unfollow dan follow semula tapi tetap sama. Hmm..

Tuesday, July 27, 2010

Gambar bunga lagi!

Gambar-gambar ni pun lama dah...diambil pada bulan 5. Ada sekali dalam folder gambar di Iris Garden. Jom cuci mata tengok bunga-bunga indah ciptaan Ilahi..


9 Mei 2010







18 Mei 2010 (hari yang sama dengan kunjungan kami yang ke-2 ke Iris Garden)











































22 Mei 2010







p/s: insyaAllah nanti saya kongsikan gambar-gambar bunga lagi ye

Monday, July 26, 2010

Karipap pusing sulung

Ni karipap pusing saya yang sulung!


Ok la kan untuk percubaan pertama? ^_^ Saya buat karipap pusing ni semalam. Tiba-tiba je teringin nak belajar buat karipap pusing. Selama ni buat karipap biasa je. Belajar dari internet je pun. Banyak rupanya step nak buat karipap pusing ni. Leceh la sikit. Kalau saya nak jual karipap pusing, saya jual seringgit seketul la...saiz kecik-kecik! (confirm takde orang beli! eheh..)

Saya takde la puas hati sangat tapi ok la bagi saya yang pertama kali buat karipap pusing. Yang penting, lidah suami saya kata sedap. Lidah orang lain belakang kira :p. Takpe, lain kali boleh improve lagi. Err...kena tunggu angin rajin datang dulu la! Bulan depan ke...tahun depan ke...hihi..

Sunday, July 25, 2010

Breastfeeding: Kolostrum?

Ilmu tentang kolostrum (susu pertama bayi) ni antara yang terpenting yang BF mom perlu tahu sebab ia antara permulaan bagi kejayaan menyusukan anak secara eksklusif. Saya copy artikel di bawah ni dari SusuIbu.Com, yang ditulis oleh Kaunselor Laktasi; Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci...


“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.


“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu-talu kepada Husna. Risau benar dia.


Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh ibu-ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.
Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.


Apakah sifat-sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning).

Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4).

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit-penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)

Kajian-kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur-ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari-hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips-tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak-anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.


Oleh:
Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci

Saturday, July 24, 2010

Tag berserta award

Satu lagi tag dari kak Syigim! (baru tahu Syigim lebih tua dari saya. Dia tak kisah saya tak panggil kakak, tapi saya nak panggil jugak sebab tak nak dia perasan muda saya perasan muda takpe..hihi..). Tag ni best sebab ada award sekali. Thank you kak Syigim! ^_^


1. Apakah yang bermain di fikiran anda sekarang?
-> Jawapan-jawapan untuk tag ni

2. Apakah nama samaran anda?
-> Saya takde nama samaran. Tunggu saya jadi penulis buku dulu kot baru saya pakai nama samaran. Eh, tapi kalau letak nama betul lagi best, kan? (mode berangan..hihi..)

3. Berikan 3 orang yang anda sayang.
-> Suami, Safiyyah & ahli keluarga saya

4. Panggilan untuk si dia.
-> Abang. Papa kalau cakap depan Safiyyah. Kalau nak membodek, panggil darling..ngee~

5. Hadiah yang diimpikan dari seseorang yang istimewa.
-> DSLR *wink wink* <-- abang, sila ambil perhatian ye ^_^

6. Blog mana yang anda suka tengok?
-> Blog yang mudah difahami ayatnya, yang tak banyak shortform dan tak berserabut, blog yang bersahaja dan ada identiti sendiri

7. Tagkan pada 15 orang blogger
-> Kak Lina
-> Kak Idasm
-> Kak Yati
-> Kak Izan
-> Kak Mas
-> Alynnz
-> Maszmadi
-> Ibunafis
-> Kak Kamalia
-> Kak Nur
-> Kak Suhana
-> Ummi Aisyah
-> Kak Hamizah
-> Chik Na
-> Kak Yong

Thursday, July 22, 2010

Trip to East USA (part 8)

Day 10 (June 4, 2010)
Jam 10 pagi kami jalan-jalan sekejap di Miami Beach. Ikut perancangan, dalam pukul 10 pagi ni dah gerak ke Key West tapi tunggu punya tunggu, bujang berdua tu tak balik lagi ke hotel. Sakan mandi laut sampai tak ingat dunia..eheh. Sudahnya kami pun ke laut la jugak. Saya takde la teruja sangat jumpa laut sebab kurang minat laut. Dulu-dulu masa mandi laut asyik tertelan air laut je! Masin. Dan badan jadi melekit-lekit. Itu antara sebab saya tak minat laut. Lebih suka sungai sebab airnya sejuk, segar dan tak masin. Oh, tapi saya sangat suka pasir pantai! Halus je pasirnya...berbeza dengan pasir lain.


Di balik rimbunan pohon di belakang tu terletaknya laut. Memang takkan terus nampak laut, terlindung dek pagar dan pohon-pohon tu. Unik la berbanding pantai yang lain


Pagar ni la yang saya maksudkan. Ada 2 lorong kat sini...kedua-duanya menuju tempat yang sama..laut!


Nampak dah lautnya!


Pemandangan sekitar laut. Jauh dari laut saya ambil gambar sebab 'ramai' ikan kering di jemuran (tak faham?? tak faham sudah :p). Kat Miami ramai Latino. Banyak dengar bahasa Spanish je la kat sini. Mujur la ada yang reti berbahasa Inggeris!




Balik sekejap di hotel, sejukkan diri sebelum berolak ke Key West. Kami extend penginapan kami di hotel ni untuk 1 malam lagi. Nak bermalam di Key West rasa macam tak berbaloi...lagipun tak larat dah nak berpindah-randah!


Hampir tengahari juga la baru kami bertolak ke Key West. Dalam perjalanan, ternampak signboard Everglades National Park...singgah la sekejap di situ..


Kami sampai di sini dalam pukul 12.30 tengahari


Perasan tak ketiga-tiganya pakai flip-flops je. Ala-ala orang Miami la kononnya! Berangan je diorang ni..lol. Tapi memang betul, tak ramai yang pakai kasut di Miami. Mungkin cuacanya yang panas kot, lebih senang dan selesa pakai selipar/flip-flops/sandal je berbanding kasut bertutup


Aneh betul burung ni...tak bergerak-gerak! Hanya kepalanya je digerakkan. Saya pergi dekat burung ni, burung ni macam takde perasaan je...takde pun cuba nak lari. Dah biasa agaknya dengan manusia


Ini minat suami saya...serangga! Semua serangga la dia suka. Sesuai sangat la dengan bidang yang dia ambil..entomologi (kaji serangga). Saya pulak suka serangga yang cantik-cantik je..ehe. Saya yang ternampak belalang ni masa jalan-jalan kat situ..saya bagitau suami, terus dia mintak kamera :p


Ada pondok lak kat sini


Ni pun saya yang nampak dulu! Ni baru 3 jenis, entah berapa banyak agaknya spesiesnya yang ada kat situ. Gambar atas tu suami saya yang snap, lagi 2 di bawah tu saya yang snap. Geli sebenarnya tapi buat-buat berani..lol. Risau je cicak (cicak ke?) tu tiba-tiba naik atas kaki saya! Lepas snap gambar cicak tu, terus lari..hihi..


Cantik jugak tempat ni tapi tak berani nak jalan sorang-sorang, kiri kanan hutan


Jumpa belalang lagi! Suami saya kata ni anak belalang. Belum boleh terbang pun lagi


Safiyyah pun terperasan belalang ni...ada hati dia nak tangkap belalang ^_^


Meh tengok aksi Safiyyah tangkap belalang..




Macam kawasan kampung pulak kat sini


Ada tram untuk round park tu tapi kami tak naik la...mahal la bayarannya


Gambar terakhir di Everglades National Park sebelum meneruskan perjalanan


Kami berhenti sekejap di sini. Rehat dan solat


Ada bunga kertas pulak kat sini. Setahun dah tak jumpa!


Pokok oren ni betul-betul menarik perhatian saya! Banyak jumpa di Florida. Kat state lain takde pun. Banyak kali saya cuba snap dari dalam kereta tapi tak berjaya..huhu. Bila tak dapat tu, mengadu la kat suami (mengada-ngada! :p). Pastu masa berhenti rehat tu...suami saya tiba-tiba naik kereta, tak bagitau saya pun dia nak ke mana (saya tengah menyusukan Safiyyah masa tu) tapi tak lama la. Rupanya suami saya pergi kat pokok ni..nak snap dari jarak dekat! Kebetulan tak jauh dari tempat kami berhenti tu ada pokok ni. Terharunya. Saya menyengih sampai ke telinga la :D


Close up. Cantik, kan? Nama pokok ni Royal Poinciana


Dah sampai di Key West! Key West ni sebuah pulau, terletak di selatan Florida (refer peta Florida di bawah). Replika Southernmost Point tu pulak sebagai tanda berada di penghujung selatan Florida


Yang saya tandakan merah tu la terletaknya Key West. Yang biru tu pulak dipanggil Florida Keys


Gambaran ni lebih jelas lagi [Credit to Wikipedia for both maps]


Pemandangan sekitar Southernmost Point. Konon-kononnya kami nak tengok sunset, rupanya kami salah tempat! Ingatkan di Southernmost Point ni la tempatnya, rupanya-rupanya di tempat lain. Berpusing la kami cari tempat yang betul tapi dah terlambat la...takde rezeki kami..


Malam tu kami jalan-jalan di Key West je. Memang meriah la! Tempat ni 'hidup' di waktu malam. Biasa la...aktiviti clubbing. Lagipun, kat situ adalah shopping area


Kawasan sekitar Key West


Kami bertolak dari Key West jam 11.15 malam dan sampai di Princess Ann Hotel dalam pukul 3 pagi. Memang mengantuk sangat! Sampai hotel terus lena!



Day 11 (June 5, 2010)
Dalam pukul 9.30 pagi kami ke Miami Beach lagi! Kali ni pergi nak bagi Safiyyah mandi laut..


1st time jumpa laut!


Aksi Safiyyah di laut. Saya ambil gambar dari jauh sebab tak nak biarkan stokin basah :p


Happy betul dapat main air dan pasir! Gambar ni suami saya yang snap. Masa ni tak ramai orang lagi. Nak dekat tengahari baru la ramai ke laut ni...berjemur! Sekejap je pun kami kat sini, dalam setengah jam je. Mengamuk Safiyyah tak puas main air! Huhu..


Kami check out jam 11.30 pagi dan bersiar-siar sekejap di downtown Miami. Takde gambar pulak. Dalam pukul 2 petang kami bertolak ke Orlando..


Kami sampai lebih kurang pukul 7 petang dan bermalam di Knights Inn. Kelainan Knights Inn ni, bangunannya setingkat je. Kat state lain pun memang setingkat. Trademark Knights Inn agaknya. Dan ni la motel yang paling lengkap sekali kalau nak dibandingkan tempat penginapan kami yang lain...bukan setakat ada microwave dan peti ais...peti besi pun ada jugak!


Lepas solat, kami makan di sini...Jerusalem Restaurant


Agak mahal la tapi disebabkan susah nak jumpa restoran halal, kami pejam mata la tengok harganya. Tapi mujur juga kami boleh guna kupon diskaun...dapat la kurangkan 10% harga




Ni makanan saya. Saya order Shish Tawook. Suami saya order Shish Kabab. Sama je pun sebenarnya, yang membezakan...saya punya ayam, suami saya pulak kambing. Setiap 1 berharga 12.99 dollar. Rasanya ok la, not bad. Saya bukan la minat sangat makanan Arab. Dah lapar, makan je la tapi saya tak habiskan pun. Besar sangat portionnya! Nampak macam sikit je, kan? Tengok dekat...besar pinggannya tu. Dah la saya tertuang sup dalam bekas kecil tu...habis nasi jadi masam-masin..tekak saya tak boleh nak terima


Teka di mana pulak ni? Di outlet!!! Orlando Premium Outlets. Ni outlet yang ke-3 kami pergi..lol. Duit dah takde, cuci-cuci mata je la..hehe. Tengok Safiyyah tu...ada je la kerja yang dia nak buat


Habis dah cerita untuk hari ke-10 dan ke-11! Sambungannya insyaAllah saya buat entry lain..