Jam 10 pagi kami jalan-jalan sekejap di Miami Beach. Ikut perancangan, dalam pukul 10 pagi ni dah gerak ke Key West tapi tunggu punya tunggu, bujang berdua tu tak balik lagi ke hotel. Sakan mandi laut sampai tak ingat dunia..eheh. Sudahnya kami pun ke laut la jugak. Saya takde la teruja sangat jumpa laut sebab kurang minat laut. Dulu-dulu masa mandi laut asyik tertelan air laut je! Masin. Dan badan jadi melekit-lekit. Itu antara sebab saya tak minat laut. Lebih suka sungai sebab airnya sejuk, segar dan tak masin. Oh, tapi saya sangat suka pasir pantai! Halus je pasirnya...berbeza dengan pasir lain.
Di balik rimbunan pohon di belakang tu terletaknya laut. Memang takkan terus nampak laut, terlindung dek pagar dan pohon-pohon tu. Unik la berbanding pantai yang lain
Pagar ni la yang saya maksudkan. Ada 2 lorong kat sini...kedua-duanya menuju tempat yang sama..laut!
Pemandangan sekitar laut. Jauh dari laut saya ambil gambar sebab 'ramai' ikan kering di jemuran (tak faham?? tak faham sudah :p). Kat Miami ramai Latino. Banyak dengar bahasa Spanish je la kat sini. Mujur la ada yang reti berbahasa Inggeris!
Balik sekejap di hotel, sejukkan diri sebelum berolak ke Key West. Kami extend penginapan kami di hotel ni untuk 1 malam lagi. Nak bermalam di Key West rasa macam tak berbaloi...lagipun tak larat dah nak berpindah-randah!
Hampir tengahari juga la baru kami bertolak ke Key West. Dalam perjalanan, ternampak signboard Everglades National Park...singgah la sekejap di situ..
Perasan tak ketiga-tiganya pakai flip-flops je. Ala-ala orang Miami la kononnya! Berangan je diorang ni..lol. Tapi memang betul, tak ramai yang pakai kasut di Miami. Mungkin cuacanya yang panas kot, lebih senang dan selesa pakai selipar/flip-flops/sandal je berbanding kasut bertutup
Aneh betul burung ni...tak bergerak-gerak! Hanya kepalanya je digerakkan. Saya pergi dekat burung ni, burung ni macam takde perasaan je...takde pun cuba nak lari. Dah biasa agaknya dengan manusia
Ini minat suami saya...serangga! Semua serangga la dia suka. Sesuai sangat la dengan bidang yang dia ambil..entomologi (kaji serangga). Saya pulak suka serangga yang cantik-cantik je..ehe. Saya yang ternampak belalang ni masa jalan-jalan kat situ..saya bagitau suami, terus dia mintak kamera :p
Ni pun saya yang nampak dulu! Ni baru 3 jenis, entah berapa banyak agaknya spesiesnya yang ada kat situ. Gambar atas tu suami saya yang snap, lagi 2 di bawah tu saya yang snap. Geli sebenarnya tapi buat-buat berani..lol. Risau je cicak (cicak ke?) tu tiba-tiba naik atas kaki saya! Lepas snap gambar cicak tu, terus lari..hihi..
Meh tengok aksi Safiyyah tangkap belalang..
Pokok oren ni betul-betul menarik perhatian saya! Banyak jumpa di Florida. Kat state lain takde pun. Banyak kali saya cuba snap dari dalam kereta tapi tak berjaya..huhu. Bila tak dapat tu, mengadu la kat suami (mengada-ngada! :p). Pastu masa berhenti rehat tu...suami saya tiba-tiba naik kereta, tak bagitau saya pun dia nak ke mana (saya tengah menyusukan Safiyyah masa tu) tapi tak lama la. Rupanya suami saya pergi kat pokok ni..nak snap dari jarak dekat! Kebetulan tak jauh dari tempat kami berhenti tu ada pokok ni. Terharunya. Saya menyengih sampai ke telinga la :D
Dah sampai di Key West! Key West ni sebuah pulau, terletak di selatan Florida (refer peta Florida di bawah). Replika Southernmost Point tu pulak sebagai tanda berada di penghujung selatan Florida
Pemandangan sekitar Southernmost Point. Konon-kononnya kami nak tengok sunset, rupanya kami salah tempat! Ingatkan di Southernmost Point ni la tempatnya, rupanya-rupanya di tempat lain. Berpusing la kami cari tempat yang betul tapi dah terlambat la...takde rezeki kami..
Malam tu kami jalan-jalan di Key West je. Memang meriah la! Tempat ni 'hidup' di waktu malam. Biasa la...aktiviti clubbing. Lagipun, kat situ adalah shopping area
Kami bertolak dari Key West jam 11.15 malam dan sampai di Princess Ann Hotel dalam pukul 3 pagi. Memang mengantuk sangat! Sampai hotel terus lena!
Day 11 (June 5, 2010)
Dalam pukul 9.30 pagi kami ke Miami Beach lagi! Kali ni pergi nak bagi Safiyyah mandi laut..
Happy betul dapat main air dan pasir! Gambar ni suami saya yang snap. Masa ni tak ramai orang lagi. Nak dekat tengahari baru la ramai ke laut ni...berjemur! Sekejap je pun kami kat sini, dalam setengah jam je. Mengamuk Safiyyah tak puas main air! Huhu..
Kami check out jam 11.30 pagi dan bersiar-siar sekejap di downtown Miami. Takde gambar pulak. Dalam pukul 2 petang kami bertolak ke Orlando..
Kami sampai lebih kurang pukul 7 petang dan bermalam di Knights Inn. Kelainan Knights Inn ni, bangunannya setingkat je. Kat state lain pun memang setingkat. Trademark Knights Inn agaknya. Dan ni la motel yang paling lengkap sekali kalau nak dibandingkan tempat penginapan kami yang lain...bukan setakat ada microwave dan peti ais...peti besi pun ada jugak!
Agak mahal la tapi disebabkan susah nak jumpa restoran halal, kami pejam mata la tengok harganya. Tapi mujur juga kami boleh guna kupon diskaun...dapat la kurangkan 10% harga
Ni makanan saya. Saya order Shish Tawook. Suami saya order Shish Kabab. Sama je pun sebenarnya, yang membezakan...saya punya ayam, suami saya pulak kambing. Setiap 1 berharga 12.99 dollar. Rasanya ok la, not bad. Saya bukan la minat sangat makanan Arab. Dah lapar, makan je la tapi saya tak habiskan pun. Besar sangat portionnya! Nampak macam sikit je, kan? Tengok dekat...besar pinggannya tu. Dah la saya tertuang sup dalam bekas kecil tu...habis nasi jadi masam-masin..tekak saya tak boleh nak terima
Teka di mana pulak ni? Di outlet!!! Orlando Premium Outlets. Ni outlet yang ke-3 kami pergi..lol. Duit dah takde, cuci-cuci mata je la..hehe. Tengok Safiyyah tu...ada je la kerja yang dia nak buat
Habis dah cerita untuk hari ke-10 dan ke-11! Sambungannya insyaAllah saya buat entry lain..
14 comments:
cantik pantainya yek, bersih je.berani gak si safiyyah ni main pantai ek, kalau Aisyah menjerit2 takut kena air pantai.pelik btol.
jauh perjalanan luas pemandangan kan.. biasa tgk csi miami jer.. hehehe.. braninya safiyyah nk tgkp belalang. auntie pun takut tau.. :)
bestlah tgk nadiah jalan2 tu...
like abah like daughter ye safiyyah, minat pd serangga, hehe..
seronok tgk gambar2 nadiah, tak perlu gi sana dah, tgk gambar je rasa mcm pergi Miami ;)
seronoknya..sakan awak bercuti ye..best tengok tempat orang :D
aik? kak nadiah bukan pokok oren tu ade kt usm ke?
wah safiyyah ikut papanye.. kagum2 kat safiyyah sebab saya takut semua insects!!! :(
wah jauh ye jln2 kali ni. bila tengok mknan arab tu teringat pula students arab Knur yg selalu promote mknan diaorg mcm Khabsa.
ummi aisyah: aisyah takut ombak2 tu kot..
kak mas: nadiah dulu tgk csi miami gak..hehe. cuma skrg ni malas betul nak tgk tv
mirah: :)
ammi sara: kecik2 ni semua tak takut kak..tunggu besar skit lg tgk dia takut ke tak. kalau takut/geli tu ikut ummi dia la..ehe..
lin: a'ah, cuti kali ni sakan sikit :D
cik oryza: uik..tang mana pokok tu? knp akk tak perasan? kena belajar dgn safiyyah la mcm ni supaya jd tak takut dgn serangga..hihi..
kak nur: nadiah ni tak brp nak sgt mkn mknn arab tapi kalau mcm nasi+kebab yg nadiah mkn tu ok la, blh terima
kak ida suka sangat pic safiyyah atas katil tu. so cute. boleh buat postcard tu.. hehe.
bestnyer nadiah jalan2 ngan suami n anak. mesti seronokkan.
comel nya tengok syafiyyah nk tangkap belalang...hehe tak dapat2 ke..
Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah... seronoknya bawak safiyyah berjalan2... comel sangat aksi safiyyah nak tangkap belalang tu... hehe, akhirnya dia mengalah jugak...
Sangat-sangatlah geram bila tengok si Safiyyah ni..pipi bam-bam....tomei Safiyyah pakai gaun bertali...kiut sangat...
idasm: buat poskad? ehehe..
sweetsal: tak dpt pun kak..hehe..
ashanas: tu la, dah tak dpt2 jgk, dia pun malas dah nak cuba tangkap :D
suhana: seksi..hihi..
pokok tu banyak kt area PPIP. kt IH ni pun ade. kalo musin dia berbunga sebijik mcm dlm gmbr
Post a Comment